ASIANIC, MAJLIS SEPETANG BERSAMA REEN RAHIM DAN ASIANIC, SEPETANG BERSAMA REEN RAHIM DAN ASIANIC, REEN RAHIM

hai assalammualaikum

Produk Penjagaan Diri Halal Jenama Asianic.



Hari Isnin haritu nad hadiri satu majlis Sepetang bersama Reen Rahim dan Asianic bertempat di Donates Coffee, Cake & Bread di Jalan Kuchai Lama.  Asianic ni bukan nama orang tau, tapi nama produk. Pertama kali nad diperkenalkan dengan produk Asianic ni. Korang ada pernah dengar produk ni??


Produk Asianic produk yang halal dan semua bahannya adalah semulajadi. Ada kawan cakap masa majlis tu, bagus produk Asianic ni. Macam skrub dia boleh tanggal semua daki-daki dekat badan. Yang cakap tu pulak kawan lelaki. Wah!!, best betul, tak sabar nak cuba produk Asianic ni. Produk Asianic ni yang terdiri dari penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita.


Bagi krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras. Di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Ianya juga akan memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa.

Syampu rambut pula diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa. Syampu Asianic akan membuat rambut sentiasa lembut bagaikan mutiara, berkilat dan bermaya. Terdapat syampu bagi kepala yang mempunyai masalah kelimumur, rambut gugur ,rambut biasa dan berminyak. Pilih mengikut kesuaian dan lihat  hasilnya seawal lima hari apabila menggunakan syampu jenama Asianic.

Produk jenama Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM10.90 hingga RM17.90 setiap satu. produk Asianic boleh didapati di hampir semua pasaraya besar, farmasi dan  kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui online : www.wonderlandprimary.com Korang tidak perlu ragu-ragu lagi apabila menggunakan produk penjagaan diri kerana Asianic adalah mempunyai rangkaian produk Halal yang pertama  di Malaysia.

Info Tentang WonderlandPrimary
Wonderland Primary Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan syarikat pemasaran bagi barangan penjagaan dan kesihatan diri untuk semua lapisan umur...
Mengukuhkan lagi kedudukan runcitnya dengan memasarkan produk keluaran syarikat ke pasaraya-pasaraya besar ,farmasi, kedai kedai runcit dan toko jamu di seluruh Malaysia malahan telah memenuhi permintaan pengguna bagi pasaran luar negara juga...

Misi Wonderland Primary Sdn Bhd mengetengahkan jenama Halal dibawah jenama Asianic yang telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard) dan bermatlamat untuk
menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan setanding dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Sepetang bersama Artis Reen Rahim



Siapa tak kenal dengan pelakon Reen Rahim. Nad selalu tengok dia punya drama dekat tv. Dan hari Isnin haritu, nad dapat tengok dia depan-depan. Dekat dalam tv lain muka, bila tengok depan-depan, cantik sangat. Putih dan kurus. Bukan itu sahaja, pelakon Reen rahim ni begitu rendah diri dan sangat Friendly. Reen Rahim merupakan duta untuk produk Asianic ni.


Reen Rahim bersama blogger. Riuh dengan Reen Rahim bila bercakap. Dia cakap macam kawan-kawanje. Majlis pun best, santai habis..hehe..memang banyak masa diluangkan dengan Reen ni. Sampai Fariza kena buli..hahaa..tu nanti nad buat entry lain..Memang bagus dia jadi duta Asianic ni.


Banyak aturaca akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Asianic antaranya adalah majlis ramah mesra selebriti Asianic, Reen Rahim. Peminat bukan sahaja dapat  akan dapat berjumpa dengan selebriti ini malah akan dapat berjumpa secara lansung pada acara-acara yang akan dijalankan.
Untuk yang gemar melayari atas talian, boleh juga melayari FB & Instagram Asianic Halal untuk maklumat dan aktiviti terkini yang telah diatur.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Leny Adam
+6019 265 6687

WONDERLANDPRIMARY SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308    Fax :  +603 7783 6308

Website  : www.wonderlandprimary.com
Facebook : Asianichalal
Instagram : Asianichalal


Ni produk Asianic nad dapat..Tak sabar nak cuba..

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Comel je Reen Rahim tu melayan baby kan. Hehehee. Pika excited nak cuba product ni..

    ReplyDelete