hai assalammualaikum

Seumur hidup, tak pernah buat kuih di Bulan Ramadhan. Selalunya kalau kuih ni, mr mafia beli je. Entah kenapa, tahun ni dia suruh buat pulak. Haishh..kalau difirkan memang malas, tapi tak salah mencuba. Fikir punya fikir, nak buat kuih apa agaknya..Kalau boleh kuih yang mudah dan senang dibuat. Yela, ada anak ni, kadang payah nak buat kuih. Jadinya macam biasa la, kalau dah tak boleh fikir, kita buat status dekat facebook je..hehee..Dekat situ akan ramai kawan baik hati bagi idea. Nad apa lagi cepat-cepat catit..hehehe..


Hah ni la idea diaorang..ala sayang korang tau..Bila diaorang dah bagi idea, nad pun catit dekat buku dan cari resepi dekat google. Takkanla nak suruh diaorang bagi resepi..melampau tau..heheee..Kalau nak tengok komen diaorang boleh ke SINI.


Dan ni antara senarai kuih yang menjadi pilihan. Tengok macam mudah je nak buat. Agaknyala..hahha. Tak pernahla kita nak buah kuih ni semua. Antara kuih yang dicatit, kuih buah melaka yang menjadi kegemaran nad dengan mr mafia. Kalau dapat rasa tak cukup tau..sebab sedapp..hehee. Pantang nampak kuih tu..mesti nak beli..

Jadinya, misi Ramadhan kali ni, buat kuih. Harap-harap ada kerajinan nak buat..hahahhaa..Kita tengok bulan Ramadhan nanti ye..Lagi 5 hari nak Ramadhan ni..sila persiapkan diri. Orang perempuan sila fikir menu nak buat apa..hahhaa..haishh..pening-pening..Silalah bangun awal..ok..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Ada lagi kuih yang mudah nak buat. Sagu gula melaka, cek mek molek, kaswi, apam nasi, bubur candil, kurma kukus. Haaa banyak dah tu, hehehee!

    ReplyDelete
  2. wowweee dah bersusun ni list nak buat kuih ! nak buat juga onde ondeeeeee

    ReplyDelete
  3. banyak jenis kuih tu, moga berjaya nanti nad! IQ sendiri tak tahu sempat ke tak masak balik kerja...huhu

    ReplyDelete
  4. Pergh.. rajin nad. Nt tnjuk tau

    ReplyDelete