Shurah, Shurah Malaysia, Shurah Pencerah, Shurah Berwajah Baru

hai assalammualaikum

Dulu waktu sekolah lagi dah kenal jenama Shurah ni. Pernah pakai produk Shurah. Memang best dan elok dekat muka. Kini Rangkaian Shurah Pencerah tampil dengan wajah baru tau!!, Cantik sangat. Lagi-lagi perempuan suka dengan wajah baharu Shurah sekarang kerana warnanya dan kelebihannya. Bertemakan warna merah jambu dan putih, sesuai dengan fungsinya untuk mencerah dan menjadikan kulit kekal berseri.


Rangkaian produk baharu Shurah Pencerah

Rangkaian Shurah Pencerah lengkap dengan satu set iaitu mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus dengan pelindung UV untuk melembap & melindungi kulit daripada sinar UV yang membahayakan dan juga krim malam yang membuatkan wajah lebih cerah dan berseri.

Rangkaian Shurah Pencerah dengan pek baharu ini mempunyai dua bahan aktif iaitu Clear White dan Shiny Glow
- Clear White : Mampu mengurangkan penghasilan melanin selama 24 jam dan memutihkan kulit dalam masa 7 hari sahaja.
- Shiny Glow : Diperbuat daripada bahan semulajadi ekstrak akar kunyit yang memberikan efek cerah pada kulit mencerahkan dan mempunyai efek Anti-tyrosinase.

Meh nad kenalkan satu-satu produk Shurah dan fungsinya:

1. Shurah Pencerah Pembersih Muka ( 50ml, 100ml)


Pembersih muka dirumus untuk membersihkan kotoran dan minyak muka yang berlebihan tanpa mengurangkan kelembapan semulajadi kulit, menjadikan kulit lebih bersih, lembut dan cerah berseri.

Cara penggunaan
Picitkan sedikit pembersih muka pada tapak tangan. Campurkan dengan air dan gosok hingga berbuih, kemudian urut lembut pada wajah sehingga semua kotoran hilang. Bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan bersama Shurah Pencerah Penyegar.

2. Shurah Pencerah Penyegar (120ml)



Nak kulit sentiasa segar dan bermaya mestilah gunakan Shurah Pencerah Penyegar ni. Shurah Penyegar tanpa alkohol dapat membersihkan kulit secara mendalam disamping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa menghilangkan lembapan kulit. Kulit akan menjadi lembap dan segar.

Cara penggunaan
Titiskan penyegar pada kapas kering dan sapukan pada seluruh wajah dan leher untuk membersihkan lebihan kotoran.

3. Shurah Pencerah Pelembap (120ml)



Dirumuskan dengan tekstur yang ringan dan tanpa berminyak, pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan disamping mencerahkan kulit anda. Shurah Pencerah Pelembap mengandungi Pelindung UV untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang membahayakan. Kulit akan menjadi lebih lembap, gebu dan cerah berseri.

Cara penggunaan
Sapukan pelembap pada muka yang telah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar. Urut perlahan pada seluruh wajah dan juga leher.

4. Shurah Pencerah Krim Siang (40g)



Waktu siang, adalah waktu mencabar bagi kulit kita kerana terdedah kepada sinaran matahari yang akan menyebabkan kulit kita rosak. Oleh itu, Krim siang Shurah Pencerah dengan rumusan SPF30, dapat melindungi kulit daripada sinaran UV yang merbahayakan. Krim Siang Shurah Pencerah tidak melekit ini membantu mencerah dan melembapkan kulit anda supaya lebih cerah sekata dan berseri.

Cara penggunaan
Sapukan krim pada wajah dan leher. Boleh digunakan pada waktu siang untuk memelihara dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang membahayakan. Gunakan selepas Shurah Pencerah Serum.

5. Shurah Pencerah Krim Malam (40g)



Waktu malam ialah waktu kulit kita berehat. Pada waktu malam, kulit kita lebih mudah untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan. Krim Malam Shurah Pencerah dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan kulit semasa tidur dengan lebih intensif. Ia dapat menyerap dengan pantas ke dalam kulit agar kulit menjadi lebih lembut, lembap dan cerah berseri.

Cara penggunaan
Sapukan krim pada muka dan leher setelah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar Digunakan  pada wktu malam untuk merawat dan mencerahkan kulit semasa tidur. Gunakan sebelum Shurah Pencerah Serum.

6. Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan ( 140ml & 400ml)



Wanita bukan sahaja nak muka je putih malah seluruh badan nak putih. Shurah Pencerah Losyen Tangan dan Badan yang tidak berminyak ini dirumus dengan Pelindung UV yang dapat membantu melembapkan dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang merbahayakan. Ia dapat diserap dengan pantas ke dalam kulit untuk mencerahkan kulit dengan cepat dan berkesan. Gunakan dengan kerap untuk untuk kulit yang lembut dan cerah sekata.

Cara penggunaan
Sapukan losyen pada tangan dan badan terutamanya selepas mandi.


Hah!! macam mana, lengkap kan produk Shurah ni. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:
Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

Follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah





Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

14 comments so far,Add yours

  1. waa.. best ni.. yang penting HALAL.. hee~ kakak cerewet sket..

    ReplyDelete
  2. Memang suka tengok packaging dia, nampak sweet dan comel sangat!

    ReplyDelete
  3. waaa, boleh abe beli utk cikma guna

    ReplyDelete
  4. nampak gurly sungguh packaging baru ni.

    ReplyDelete
  5. Packaging baru nampak sweet.. Comel..
    Tak pernah guna shurah lagi.. Rasanya sekarang miera dh kena ubah kepada pencuci muka shurah la..sebab halal dan tak was2 pakai. Kan..

    ReplyDelete
  6. Wahhh dah pakai,kita baru bukak hehheheh...kan cantik je kaler packaging baru.

    ReplyDelete
  7. Banyak rupanya rangkaian penjagaan muka shurah.. comel je packaging dia..

    ReplyDelete
  8. Shurah dulu teringat Wawa zainal duta die mana tau awak pulak lepas ni jadi duta

    ReplyDelete
  9. Packaging dia nampak cantik gitu.. semua ada..cukup lengkap ni Nad..

    ReplyDelete
  10. dah lama produk ni dalam pasaran... memang bertahan... packaging sekarang lebih feminin..cantik.

    ReplyDelete
  11. sukanya tgk packing dia..sweet

    ReplyDelete
  12. now syurah dah extravagant. Kuddos!!

    ReplyDelete