hai assalammualaikum

Kebaya Batik Dari Bellaabaya

Tahun ni Raya 2017 tema baju nad dengan anak kebaya..hehee.  Mak dengan anak mesti sedondon walaupun lain design..hahaa. Tapi sebelum nad pilih baju kebaya, kawan nad ada offer baju budak. Jadi nad terbekenan dengan baju kebaya budak tu. Hah!!, Jadinya, tahun ni kita berkebaya la..hehee..Masa tu mulalah usha isntagram cari baju kebaya, tapi kebanyakannya terjumpa dari Indonesia..hahaa. Apa lagi, buatla status dekat facebook. Banyak kawan-kawan bagi cadangan, page dan instagram kebaya ni.

Macam nad, taknak kebaya yang jarang dan seksi tu, nad nak kebaya tak seksi. Lepas tu taknak baju kebaya yang labuh tu. Nad nak kebaya yang pendek dan tak seksi. Punyala tengok semua page dan instagram yang diaorang bagi, semua tak berkenan, sampailah ada satu ni, mula-mula tengok macam tak lawa, tapi tiba-tiba terpandang satu kebaya ni, cantik, tak seksi pulak tu. Warna kebaya tu pun takda lagi dalam almari, jadi terus beli je. Murah pun murah.


Hah, ni la baju kebaya nad. Maaf, gambar tak cantik pulak, ni kakak kita yang ambik. Haishh..penat posing cantik-cantik. Kakak ambil gambar senget pulak. Nad beli baju kebaya dia sahaja. Kain nad beli dekat kedai lain depan SOGO. Nasib sesuai kain dengan baju tu, sebab masa nak beli kain, tak bawa baju pulak. Tapi nasib baik ada gambar dekat telefon.


Baju kebaya nad beli ni namanya Baju Kebaya Batik. Baju corak batik. Memang cantik, tak seksi dan tak jarang. Pakai pun selesa. Tak panas pun. Sesuai la dengan nad, walaupun pendek tapi takdela pendek sangat. Baju kebaya ni boleh je pakai dengan seluar. Saiz nad amik saiz S. Ngam sangat dengan badan nad. Suka gila bila dapat baju kebaya ni. Baju nad ni harga RM89.

Kalau korang bekenan baju kebaya nad ni, korang boleh tengok di
Instagram: https://www.instagram.com/bellabaaya/
Contact: 013-5111239

Ada macam-macam jenis baju kebaya ada. Tapi orang ni memang lambat reply..hahaa..bersabarla. Tapi nad ni jenis kalau dah suka, memang sanggup tunggu. Tapi aklau seminggu tak reply memang cari lain la..hahaa. Tapi nasib dia tak lambat seminggu reply..hahaa.


Baju anak pulak, satu set. Susah betul nak ambil gambar dia sorang. Nak main je. Baju Fariza ni nad beli dengan kawan blogger juga. Memang ngam dengan badan dia..hehee. Comel je dia pakai baju kebaya ni. Dia ni dipakaikan baju apa dia tak kisah. Dia selesa je, tak panas.


Tengokla jelingan dia. Tajam oo..hahahaa..

Raya Kedua Tema Baju Pop Yeyeh Dari Zacheela

Baju raya hari kedua tema pop ye yeh la pulak. Bahagian tangan kitaorang kembang. Baju nad pakai ni masa dekat photoshoot. Baju nad ni dari Zacheela.Simple dan cantik. Bawah ada manik-manik sikit. Baju anak pulak bertingkat.


Ni la baju baru Hari Raya 2017 ni..simple je.Asalkan cantik. Yang penting warna tu belum ada dalam almari..hehee.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

12 comments so far,Add yours

  1. tahun ni memang trend kebaya kan..lawa baju Nad.

    ReplyDelete
  2. cantik baju nad. meriah raya jadinya sedondon dengan anak kan?

    ReplyDelete
  3. Comelnye la haiii.. sesuai dgn Nad

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat kebaya tu. Lepas bersalin nanti nak beli jugak sehelai, hehehee!

    ReplyDelete
  5. Hamboiii kak long fariza kemain comey pakai kebaya yea

    ReplyDelete
  6. Teringin nak pakai kebaya, lama dah tak pakai. Tapi sebab tangan auni sejenis yang besar sebelah sebab ada bonggol urat, susah nak cari.. huhu

    ReplyDelete
  7. Alalalala comelnyaa. Ena pun ingat nak beraya berkebaya tahun ni, tapi lambat hantar ke tailor. Ritu ni baru hantar

    ReplyDelete
  8. ala ala Continental.. cantik bajuu

    ReplyDelete
  9. cantiknyaaa.. suka yg Pop Yeyeh tu very classic. hehe.. amboi si Baby Fariza pipi tuu gewam tengok =D

    ReplyDelete
  10. Cantik la kebaya sis nad. Teringin pulak nak pakai. Kena cari jugak la..

    ReplyDelete
  11. Do You Seek Funds To Pay Off Credits and Debts? { FIFOCapitals@gmail.com } Is Here To Put A Stop To Your Financial Problems. We Offer All Kinds Of Loan (Personal Loan, Commercial Loan, etc.) We Give Out Loan With An Interest Rate Of 1.00%. Interested Applicants Should Contact Us Via Email: FIFOCapitals@gmail.com

    Please Fill the Application Form Below:
    - Complete Name:
    - Loan Amount Needed:
    - Loan Duration:
    - Purpose Of Loan:
    - City / Country:
    - Telephone:
    - How Did You Hear About Us:

    If You Are Interested To Get A Loan Then Kindly Write Us With The Loan Requirement. Please, Contact Us via email: FIFOCapitals@gmail.com

    ReplyDelete