hai assalammualaikum

Kalau dah namanya raya, tak kiralah, raya Cina, India,mesti ada bunga api. Setiap perayaan tak sah kalau takde bunga api. Macam tu juga kalau Raya Aidilfitri. Tanpa bunga api, rasa tak meriah je raya ni. Bila dekat kampung lagi meriah, bukan budak-budak je main, mak bapak, pun turut main bunga api.


Main bunga api ni pun memang kena ada pengawasan orang dewasa. Yela, budak-budak sekarang main dasyat sangat. Takut jadi apa-apa.


Sekarang bunga api ada macam-macam. Kalau dulu,bunga api kucing, bunga api kecik, bunga api warna warni, mercun pulak, yang nad tau, thunderclap yang terbang tinggi tu, meecun gasing la. Sekarang ade mercun lebahla, epi boom dah sama bunyi macam bom. Lemah jantung kita. Dasyat..


Layan video ni ok. Meriahnya pasang bunga api yang merdeka tu..hahaha..namanya tak tau. Nad panggil bunga api merdeka...kahkah..sebab dulu nak tengok bunga api ni, masa merdeka atau tahun baru je.


Tengokla meriahnya bila nampak budak-budak main ni. Dulu nad pun macam tu, main bunga api, tengah malam, tak tidur. Main dengan sepupu. Seronok sakan. Sekarang dah besar, tengok dan layankan anak main pulak..anak la yang seronok pula..hehehe..

Setiap benda pasti ada kenagan. Jadi semua ni nad masukkan dalam blog sebagai kenangan.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. Bunga api dan mercun adalah sinonim dengan hari raya

    ReplyDelete
  2. tahun ni tak main mercun hehehe...

    ReplyDelete
  3. betul2 kena pantau kanak2 main bunga api kenot kasi main sendiri..
    hhehe yang dewasa pun sama main dengan kanak2.. ehe..

    ReplyDelete
  4. tahun ni tak dapat main bunga api .. tak terbeli duk tangguh-tangguh punya hal dgn tak berapa sihat nyer

    ReplyDelete
  5. memang meriah kalau main dengan sanak saudara

    ReplyDelete
  6. Betul tu, anak² akak tak sah kalau tak beli bunga api bila raya. Tapi zaman akak kanak² dedulu lagi best, siap main meriam buluh. Hehehee!

    ReplyDelete
  7. Heppi Eid Mubaraq!

    budak2 mmg suka la bunga2 api ni..kita2 ni rasa macam tak seesaited budak2 dah...lebih esaited tgk budak2 main adalah

    ReplyDelete
  8. nad. Saya dah follow sini..

    Btw, saya dah lama tak main bunga api. Huhu. Rindu pulak zaman2 tu..

    ReplyDelete
  9. PROMO MERDEKA 2017 FREEBET POKERVITA
    SEGERA JOIN BBM : D.8.E.B.7.E.6.B
    www,P`0`K`E`R`V`1`T`A,com
    DAFTAR POKER
    POKER TERPERCAYA
    POKER TERBAIK

    ReplyDelete