HB RENDAH PUNCA ANEMIA

in , by Nadia Johari, 21:10:00
hai assalammualaikum

HB Rendah Punca Anemia - Haritu nad checkup, nurse baru yang jaga. Masa tu dia nak check hb. Dia cucuk sikit dekat jari nad, dan amik darah tu. Dia tengok.darah nad cair, bila diletak bacaan hanya 11.0 . Betul-betul atas pagar. Nurse cakap hb ok 11 ke atas. Masa mengandung sebelum ni, nurse lama tak cakap apa pun, mungkin dia tengok semua ok. Tu sebab nad biasa je. Kali ni teliti nurse tu, tapi nurse tu baik je..cakap pun lembut.

Nad cakap " kenapa ye hb turun "..Nurse cakap " jangan makan coklat atau minum air coklat, teh "..ada lagi dia sebut..lupa pulak. Nad terkejut, sebab masa mula-mula pregnant nad memang minum air coklat, teh semua tu. Tekak tak boleh terima air lain. Tapi lepas nurse cakap tu, terus nad tak minum. Minum air susu je. Lagipun dah lepas fasa mabuk..haaha..

Hb Rendah Punca Anemia

Dekat buku pink nad baca, hb rendah boleh menyebabkan anemia.

Anemia berlaku disebabkan kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Jadi, jika ibu mengandung mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipojsia ( kurang kandungan oksigen ) dan kurang tenaga.

Baca juga ; Ubat Buasir

Bagaimana Anemia dikesan??
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl

Cara Mengatasi Masalah Anemia

1) Tambah darah dengan Pil Hematinik

- pil zat besi ( ferrous fumarate )
- pil asid folik
- pil vitamin c
- pil vitamin b kompleks

Pil Hematinik sangat penting diambil kerana kandungan zat besi, b kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Pil vitamin c membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

Fakta penting:
- Pil Hematinik membantu memulihkan dengan cepatbeg dan janin membesar dengan sihat.. Ia tidak menyebabkan bayi besar.
- Makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.
- Elakkan makan pil dengan airbeg kopi, teh, minuman berkola, bercoklat. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.


Macam nad, dapat ubat merah ni. Acid folik punya ubat. Bila makan mesti rasa pening dan nak muntah. Jad nad akan makan, dua jam lepas makan. Lepas tuu rehat kejap. Nurse cakap memang akan ada ibu mengandung macam tu, tapi sekejap je.

2) Tambah darah dengan makan makanan kaya zat besi

- daging,hati, ayam, lempa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis.
- sayuran sepeti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan.

Tingkatkan penyerapan zat besi dengan dua cara:

1) Lebihkan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan:
- buah dan sayur yang kaya dengan vitamin c seperti jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
- minum jus buah-buahan
- gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan isi daging.

2) Kurangkan makan yang mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi seperti kopi, teh, berkola dan bercoklat. Kalau nak ambil, makan atau minum sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas makan pil hematinik. Minum susu 2-3 gelas sehari utk mendapatkan kalsium walaupun susu juga merupakan penghalang penyerapan zat besi.

Hah!!, jadi makanlah makanan yang disarankan...
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. semoga dipermudahkanNya sepanjang kehamilan Nad kali ini juga, Aamiin..

    ReplyDelete
  2. Jaga diri , masa dulu pun de hb low gak

    ReplyDelete
  3. liz kuat mkn oren, jadi serat vitamin sng serap gaknya, jadi hb alhamdullilah okay. plg tinggi penah dpt 13.5 hahahaha tp skrg da maintain je 12 gitu.

    ReplyDelete
  4. Akak pernah rendah sampai 9.5, pastu kena ambik darah kat lengan tiap² minggu. Sekarang pun masih rendah 10.8 je. Vitamin memang akak tak boleh makan, jadi topup dengan makanan tambahan jelah.

    ReplyDelete
  5. semoga baik baik aje ye.. take care

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2