Keputihan, keputihan teruk, Gatal di Kemaluan, Gatal di Faraj ketika hamil, Cara hilangkan Kegatalan ketika hamil, Candida albicans, Bahaya keputihan pada bayi, Tips hilangkan kegatalan pada faraj

hai assalammualaikum

Cara Hilangkan Gatal Miss V Ketika Hamil - Perubahan perempuan yang hamil ni macam-macam, bukan setakat ada alahan malah kegatalan di Miss V atau kemaluan memang memeritkan. Untuk mengandung kali ni, nad alami kegatalan di bahagian kemaluan. Memang tak selesa dan perit sangat. Rasa rimas pun ada.

Nad gatal dibahagia bibir kemaluan. Ala, kaum perempuan tau la bahagian mana. Bahagian pelepat tu. Kadang garu sampai merah. Lepas tu, pedih. Bila kena air,aduhh..sakitnya. Nad kena gatal ni masa mula-mula tau pregnant. Memag tak tahan. Semuanya buat tak kena.

Kegatalan Disebabkan Keputihan Teruk

Lepas tu nad cari info la kat google, sebab kegatalan miss v ni ketika hamil. Ada kesan ke bila gatal ni. Nad baca semuanya tulis, gatal kemaluan ni disebabkan oleh keputihan.

Apa nad lalui, ia keluar keputihan umpama susu basi atau bedak pekat bercampur air. Kadang bau kadang tak. Nad dah cuak dah. Tak pernah alami keputihan seteruk ini.

Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Nad baca lagi, keputihan yang teruk boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin

Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1. Chlamydia
Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2. Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4. Kuman HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Cara Hilangkan Kegatalan Di Kemaluan

Menakutkan kan. Jadi, nad pun cerita dengan kakak nad yang kerja nurse. Dia cadangkan nad pakai krim.


Krim Candid B ni untuk anti-fungal, anti- pruritic. Dia suruh nad sapu krim ni dua kali sehari dekat bahagian yang gatal. Pakai hari-hari, sebab bukan boleh hilang serta merta. Nad pun ikut cakap dia. Alhamdulillah kurang gatal di miss v.


Selain itu, nad ada amik Garlic Complex Shaklee ni. Nad baca, ramai kata bagus. Nad ambil 2 biji selepas sarapan.

Nad memang tak pernah pakai pencuci miss v. Setiap hari, nad cuma basuh dengan air dan sabun sahaja. Lepas basuh, nad pastikan miss v betul-betul dilap sehingga kering.

Tapi nak lagi selamat, nanti nad nak pergi cek di klinik perempuan. Takut weii..pertama kali teruk keputihan macam ni. Jangan endahkan, wajib kena jumpa doktor juga. Takut jadi lain.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Kakfiza pun makan yg shaklee tu nad. Alhamdulillah dh hilang dh masalah tu. Masa mengadu kat doc, dia bagi satu ubat untuk atasai masalah kulat tu. Nanti nad gtahu doc, brand sama dgn cream tu, cuma yang kakfiza guna tu masuk dalam.

    ReplyDelete
  2. Pernah jugak alami camni masa anak ketiga dulu. Selain sapu krim yang doktor bagi akak amalkan cara tradisional, cuci dengan air daun sirih setiap hari. Memang elok.

    ReplyDelete
  3. good sharing.. walaupun belum ade pengalaman hamil

    ReplyDelete
  4. Saya pun sama ni nad, gatal tahap gaban. Baru terjadi je ni sejak kandungan masuk 7 bulan ni. Huhu. Sebelum ni ok je.. Hari tu result GBS positif, doktor bagi antibiotik,lepas makan antibiotik tu la rasa gatal sgt2.. Tak pernah2 lagi gatal seteruk ni. Huhu

    ReplyDelete
  5. nk tnye krim candid B tu beli kt mne?then nad sapu krim tu dekat miss V ke?xpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la yunk dri yg insert tu..ritu cek doc dia tak bg yg sapu punya..mintk tp tak bg..kita yg sakit gatal kat luar bkn dalam vagina..kita due bln 10 2018.skrg dh 7 bln

      Delete
  6. Sy pun doc bagi jenama candid ni..tpi yg insert masuk dalam..klo tahu ad cream nk beli la..

    ReplyDelete