PERIA TUMIS BERSAMA UDANG

in , , by Nadia Johari, 13:46:00
hai assalammualaikum

Peria Tumis Bersama Udang - Nad ni bukanla penggemar peria, tapi masa pregant ni, boleh pulak asyik nak makan peria je..haaha. Benda yang pahit ni la yang sedap di makan sekarang. Ada orang suka goreng peria, ada suka buat ulam..tapi nad lebih suka masak tumis. Lepas tu makan dengan ikan goreng dan nasi. Memang tengahari makan, petang pun akan makan balik..hahaha. Sedap oii nad masak..hehhee. Puji makanan diri sendiri yo.

Peria ni walaupun pahit, tapi banyak khasiatnya. Korang boleh baca entry ni, peria sayur yang pahit tapi banyak khasiatnya . Peria juga bagus untuk ibu mengandung, untuk naikkan hb.

Semalam cakap dengan mak, teringin makan peria, mak pergi beli sayur peria jenis besar. Jadi nad pun masakla. Nad masak campur udang, sedap sikit.


Ni la hasilnya lepas selesai masak. Yang makan, nad dengan mak je. Tak ramai dalam keluarga suka peria ni. Yela pahit kan. Budak-budak ambil udang je..sabar jela. Ni cara nad masak peria tumis bersama udang.

Bahan-bahan:
1) Peria
2) Udang
3) 2 ulas bawang merah
4) 2 ulang bawang putih
5) 2 biji cili merah 1 biji cili hijau
6) 6 biji cili padi nak bagi rasa pedas
7) Ikan bilis yang dah dibasuh, direndam dalam air, di potong-potong jadi kecik
8) secubit belacan
9) garam
10) Air sedikit

Cara membuatnya
- Potong kesemua bawang merah, bawang putih, cili merah dan hijau, cili padi dan ikan bilis.
- Tumiskan  semua bahan yang dipotong, masukkan secubit belacan dan masak sehingga naik bau.
- Masukkan sedikit garam dan gula, kacau.
-Masukkan peria dan udang. Gaul kesmua bagi sebati.
- Masukkan sedikit air untuk bagi ada kuah.
- Biarkan sebentar. Bila dah masak angkat.siap..Masak tumis tak perlu lama-lama.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Nany selalu tumis peria dengan cili kering blender. And lepas tuh masukkan telur....fuh! Sedapppp

    ReplyDelete
  2. tak reti nak makan peria.. pahit.,. huhuhu...

    ReplyDelete
  3. jarang makan peria sbb xtahan rasa pahit.. hehe..

    ReplyDelete
  4. pahittt hahaha. Biasa lisa leh makan kena makan dengan cili potong

    ReplyDelete
  5. Tak nak pahit rendam dulu dengan air garam...insyaallah ok..fav akak jugak ni....lama x buat

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS