hai assalammualaikum

Ibu Mengandung Cepat Lapar, Normalkah?? - Hah!!, asal mengandung je mesti cepat lapar. Tapi kadang tak mengandung pun lapar, hahaha. Tapi takdela seteruk masa mengandung ni. Setiap kali mengandung mesti mulut nak mengunyah je. Cepat rasa laapr,, nad wajib sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam. Tapi kadang tengah malam pun perut rasa lapar balik.



Haritu, nad checkup, baru sebulan duduk kampung, kandungan masuk 3 bulan dah naik 1 kg..hahaha..oii..naik 1 kilo tu dari 35kg naik 36. Sebelum pregnant, berat nad 34kg je..hahhaa. Apa nak buat memang nad kurus, tapi bila naik sekilo, teruja jap,..selalu makan, kalau tak pregnant , tak naik berat. Ni mesti baby yang berat naiknya kot..hahhaha.



Semalam makan mee goreng, lepas tu makan spageti, tengah malam makan nasi goreng...hahaha..dasyat sungguh nad ni.

Sebab Ibu Mengandung Cepat Lapar

Apa nad baca rasa lapar terjadi dekat ibu pregnant disebabkan kerana ada janin di dalam perut, dimana janin tersebut melakukan pergerakan yang dapat menekan otot perut. Sedangkan penyebab lainnya mungkin disebabkan oleh
kurang tidur, kurang mengkonsumsi sayuran, stres dan macam-macam lagi la.


Jika Lapar, Ini Yang Ibu Mengandung Perlu Buat


Ibu hamil yang sering merasa lapar sebaiknya makannya sedikit saja tetapi kerap, sebab jika makan sekaligus sesuai dengan hawa nafsu akan menyebabkan sakit perut dan sesak nafas..haaha. yang ni memang selalu jadi kat nad la,dah makan banyak sesak nafas..kihkih.

Hindari makan makanan yang manis dan berlemak tinggi sebab bole menyebabkan ibu pregnant mengalami kegemukan yang berlebihan.

Jangan lupa untuk meminum air putih minimal 2 liter perhari,

Perbanyak makan jenis buah-buahan dan sayuran agar vitamin dan seratnya dipenuhi. Dengan demikian proses pencernaan lancar dan buang air besar menjadi lebih mudah.

Kurangi makanan pedas, makanan ringan dan minuman bersoda.

Jangan memakan makanan yang membuat perut panas seperti nenas, durian, dan anggur karena jika rahim dan janin tidak kuat bisa menyebabkan keguguran.

Jika masih tetap lapar, pilihlah makanan yang sihat seperti biskut yang mengandungi vitamin dan protein. Jangan selalu makan nasi terus menerus. Minumlah madu secara teratur agar rahim dan janin kuat. Jangan lupa minum susu ibu hamil agar nutrisi yang diperlukan janin.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. A ah ada betulnya tu.. dulu wife saya pun setiap kali mengandung slalu cepat lapar.. dah mcm pola bila mengandung je lapar.. kuat makan haha :D

    ReplyDelete
  2. Akak masa kandungan 4-6 bulan memang lapar jer memanjang tapi bila dah masuk 7 bulan kurang dah.

    ReplyDelete
  3. Awal2 mengandung lps fasa muntah2 dah tamat mmg akk kuat makan nad..asal tgh malam lapar asal tgh malam lapar.. makanya en suami laa kena pegi beli . Nak masak tak larat malam2 buta hahhaa

    ReplyDelete
  4. oh.. anggur tak boleh ya.. hihi.. baru tahu.. selalu elakkan air kelapa, durian & nenas je..

    ReplyDelete