hai assalammualaikum

Bertambahnya Keluarga, tapi Tidak Bertambahnya Berat Badan - Bila tengok gambar bertiga ni,mula terfikir, tak caya dah ada anak. Kalau dulu berdua, sekarang dah bertiga. Anak pun dah besar, nak masuk dua tahun. Kalau sebelum ni berdua, nak buat apa pun buatla. Takda siapa yang ganggu. Tapi lama-lama perasaan nak tambah keluarga mestilah ada. Lagi-lagi bila orang mula bercakap, walaupun katanya kita ni nak honeymoon dulu, dah orang selalu cakap je, jadinya kita berdoa, usaha dan tawakal.

Sekarang tiga orang, tahun depan inysllah 4 orang

Kalau nak diikutkan, nad tak kisah lambat ke cepat dapat zuriat, tapi fikir juga dengan mr mafia, dengan usia dia yang jauh beza dari nad, mestilah dia nak merasa zuriat awal kan. Alhamdulillah, dapat la seorang zuriat yang Allah berikan. Bila dah anak sendiri ni, memang berbeza cara kita layan, sayang, main berbanding anak orang lain. Nampak keseronokannya. Terserlah juga senyuman dan kasih sayang seorang ayah kepada anak yang ditunjukkan mr mafia dekat Fariza. Syukur juga, kami berdua bakal dikurniakan anak untuk kali kedua. Mulanya nak tunggu Fariza sampai 3 tahun, tapi dh terlepas dan rezeki datang awal, kitaorang terima dan syukur. Nad dan mr mafia dah rancang, dapat anak kedua ni, cukupla dulu, tunggu anak besar, baru rancang balik..hahaa. Yela memikirkan ekonomi yang tak menentu ni, dua orang dulu la ye..hehee.


Tu pertambahan keluarga, tapi tengokla kitaorang berdua ni, badan maintain je kurus..hahaa. Laki bini ni dah makan banyak tau, tapi tetap badan nak solid. Perut je buncit..hahhhaa. Bila tengok balik gambar berdua ni, eheh kurus giler, macam ranting kayu. Tengok gambar atas..uhuii..sama je..hahaha..Ramai orang cakap dekat nad, kalau diaorang nampak nad, diaorang mesti cakap, " kurusnya kau nad, sakit ke ".." keciknya kau nad, tak besar-besar ".."kau makan ke tak "..macam-macam soalan keluar..haishh sampai tak tau nak jawab apa dah..hahaa. Jawapan kita mestilah dah makan banyak, ntah kemana lemak ni hah..hahaa. Sekarang dah ada anak, jawab je " anak dah sedut lemak mak"..hahaa..syukur la masih badan muda remaja.

Suami pun cakap, isterinya makin kurus. Stress awak oii..stress..semua benda kita kena buat..hihihi..Banyak benda nak kena fikir oiii..Haritu mr mafia cakap, tak tau kenapa dia cakap macam tu, mungkin muka isteri dia berseri-seri kot..hahaa. Dia cakap " abang tengok sayang ni macam budak sekolah la."..kah..macam biasa nad akan cakap " eh memangla"..hahaha..seri ibu mengandung kot..cewah..dan harap kekalkan kecantikan ni semoga nampak remaja selalu..kihkih

Kalau dulu berdua, romantiknya la. Sekarang dah bertiga, huh!!, anak yang lebih romantik dengan daddy..tak boleh nak dekat, mesti mengamuk budak ni...ngengada tau..takpela, harap yang bakal keluar ni lelaki..haha..ku mengharapkan ku ada geng nanti...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Jenis badan Nad yang kecik tu memang payah nak gemuk kot, rangka kecik!

    ReplyDelete
  2. hehe doakan scha dapat baby pulak yer :)

    ReplyDelete
  3. Seronok oii body kecik. Kita nie jenis body besar

    ReplyDelete
  4. seronoklah..tak perlu fikir ubat nak kurus...hehehe

    ReplyDelete