hai assalammualaikum

Bila Suami Dapat Rasa Tendangan Baby - Bagi isteri, ibu yang mengandung ni, pengalaman merasai tendangan anak dalam perut memang sesuatu yang sangat istimewa. Yela, ada yang bernyawa di dalam perut tengah berguling-guling sampai geli dibuatnya. Bagi ibu yang mengandung, mungkin perasaan ni sudah biasa dirasai dan diketahui apabila mengandung. Lagi kalau anak, pertama, teruja habis. Tapi bagi si suami memamg susah nak rasai atau nampak pergerakan baby ni kan??..hehehe..

Ingat lagi masa lahirkan Fariza, memang aktif bergerak, samalah macam adik dia ni, aktif sungguh. Tapi masa Fariza, daddy dia pegang perut, Fariza diam je dalam perut. Taknak tunjukkan apa-apa reaksi. Malu kot dengan daddy..hahaha.. shy, shy gitu. Setiap kali daddy pegang, dia senyap. Eheh, tapi dah keluar dari perut mommy, dah besar, taknak pulak berenggang dengan daddy ye..hehehe.

BILA SUAMI DAPAT RASA TENDANGAN BABY
Lena tidur di pangkuan daddy..daddy pertama kali dapat rasa tendangan anak di perut untuk adik Fariza

Berbeza mengandung kali ni, mr mafia sungguh bertuah semalam. Sebab buat pertama kalinya, dia dapat rasai tendangan baby..hahaha. Biasalah, masa kita rehat, waktu tu la dia nak bergerak sakan. Mr mafia pun duduk sebelah. Mula-mula dia usap perut juga tak da ape. Lepas tu, nad suruh dia pegang lagi perut nad, duduk diam tangannya dekat perut. Lepas tu tiba-tiba, " dukk"..tendangan kuat dia bagi..hahahahahaha..Mr mafia terkejut siap buat reaksi muka, lepas tu cakap " kuatnya dia tendang "..hahaha..sabar jela. Nad dah tergelak.

Mesti perasaan dia macam kita la mula-mula rasa tendangan baby. Tapi tak tunjuk sangat..ceh. Takde la lepas tu dia nak rasa lagi. Dia sambung main game..haishh sabar jela. Ingat nak rasa lagi. Mr mafia kita memang macam tu...hahaha..

Sekurang-kurangnya, tu la pengalaman pertama mr mafia, suami ku dapat rasa tendangan baby. Dia tak nampak lagi baby bergerak..hahaha..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours