hai assalammualaikum

Check Up Fariza Dua Tahun - Haritu check up Fariza dua tahun. Kalau ikut buku, dia tunjuk 18 bulan kena cucuk yang last tapi Fariza dua tahun baru cucuk imunisasi yang terakhir. Tengok pada buku 12 bulan iaitu umur dia setahun, dia kena cucuk MMR dos kedua. Lepas tu check up 18 bulan dengan 21 bulan, masa tu tak cucuk, cuma check up biasa je. Nurse cakap terus cucuk untuk dua tahun. Jadi untuk cucuk dua tahun ialah DTap/DT, IPV ( booster ) dan HB ( booster ). Nad memang akan hantar anak check up dan suntik imunisasi, supaya anak sihat selalu.

Budak dua tahun checkup

Check up haritu, nad dengan Fariza je. Fariza ni behave sikit kelakukan dia. Asalkan ada satu mainan, satu pen dan kertas, bagi dekat dia, nanti dia fokus la dengan barang dia. Kalau ada budak sebelah, hah dia akan main dengan budak tu je. Takpela, check up anak kan, bukan check up maknya, kalau check up maknya memang daddynya kena tengokkan anaknya ni.

Waktu tu tak berapa ramai orang. Okla sikit. Lama tu biasalah, dah klinik kerajaan kan. Kena la tunggu. Lagipun kalau dia nak susu ke apa, boleh masuk bilik menyusu. Alhamdulillah waktu tu, dia tak meragam, menangis nak ajak keluar dari klinik. Sebab ada barang dia.

Yang bagusnya, dia suka benar nak masuk bilik check up tu. Bila nombor giliran dia dipanggil, nad cakap " jom masuk "..hah masuk la dia denagn muka tersengih. Nurse suruh buka baju dan seluar untuk timbang. Berat dia naik banyak sikit la, 500g naik. Okla tu. Dari 8.4kg naik ke 9kg. Mungkin sebab dia dah minum susu tepung kan. Syukurla, berat naik banyak juga. Lagipun dia berselera makan. Bagila apa sahaja, mesti dia nak makan. Tinggi pun ok.

Pemeriksaan fizikal semua dia ok. Alhamdulillah sihat walafiat. Ni bagusnya kalau mommynya yang jaga. Semua terjaga, makan, minum dan kesihatan semua terjaga..Bukan nak kata yang hantar nursery tak bagus, tapi berlainan cara penjagaan kan. Banyk benda dia dah boleh buat. Sebut perktaan pun dah sikit-sikit pandai. Setakat ni perkembangan dia semua ok.

Lepas tu kena tunggu giliran lagi nak cucuk dua tahun ni. Ni yang takutnya, takut dia nangis dan menendang kaki ke..hahaa. Paham-paham jela budak dua tahun, tenaganya mungkin berlainan. Nad duduk dia di peha nad, lepas tu tahan kaki dia. Nurse tunjukla macam mana caranya. Nad ni tengok jarum memang seriau haishh..hahaa. Nad yang kena cucuk pun pandang tempat lain. Ini tengok anak punya. Masa kena cucuk tu, Fariza terkejut la sikit. Nurse pun baca la bismillah..Tup-tup tengok, ok dah selesai. Terus letak kapas dan lekat. Masa berdirikan dia, nak betulkan seluar, dia boleh tersenyum pulak..hahaa..Kuatnya anak mommy ni. Mommy cakap " mana akit "..dia tunjuk..hehee. Tapi tersenyum..Lepas tu nak jalan macam biasa. Haish macam takda apa..good girl.

Harap lepas ni berat naik lagi la ye.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Rayyan pun akan cucuk 2 tahun jugak nanti , aaa harap tak nangis kalau tak malu dengan Fariza hahah

    ReplyDelete
  2. atotototototo.. da besar dia baik. semoga jadi anak solehah =)

    ReplyDelete
  3. baiknya fariza ni tak nangis.. ehh,, ghindu pulak kat fariza

    ReplyDelete
  4. Fariza anak baik, sihat, solehah berjaya dunia akhirat Aamiin :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2