hai assalammualaikum

Hadiah Harijadi Rantai Emas Fariza Daripada Nenek - Semalam sambut Harijadi Fariza dekat kampung bersama keluarga. Meriah memang meriah walaupun simple macam tu je. Yela, dah semua adik beradik, anak buah, ipar duai berkumpul. Mana tak riuh. Setiap kali nak sambut birthday, memang akan pastikan semuanya ada. Yang penting Fariza happy sambut dengan sepupu-sepupu dia.

Semalam mak tiba-tiba mak tanya
Mak: Fariza dah dua tahun genap ye
Nad: Ye mak, dah dua tahun dah.
Mak: Nampak besar dah. Kejap lagi nak jadi kakak
Nad: hahhaa ( gelak jela )

Terima Kasih Nenek Rantai emas ni

Tiba-tiba mak masuk bilik. Ingat nak buat. Tak perasan dekat tangan mak ada apa. Tengok-tengok lepas keluar dari bilik, terus mak pasangkan dekat Fariza. Nak tau apa. Rantai emas lerr..hehee. Nad memang tak berani lagi nak belikan Fariza rantai. Sebab takut Fariza tak suka pakai, atau tercabut, atau orang lain ambil. Tapi rantai ni nenek yang bagi, kena la terima. Bila Fariza pakai rantai emas ni, nampak dah besar, nampak cantik, nampak keperempuanan bila dia pakai rantai emas ni..hahaah. Sebelum ni, nad ada rantai untuk dia, tapi rantai perak silver gitu. Entry ada dekat SINI. Itu pun kadang-kadang pakai.

Rantai yang nenek bagi ni sebenarnya rantai emas nad dulu. Mak yang belikan untuk nad. Dulu pakai masa ada kenduri dengan raya je. Nad memang suka pakai rantai-rantai ni. Tapi bila dah dewasa, takut rantai hilang dah tak pakai. Lagi mr mafia bagi, pakai yang tu je la. Yang ni mak simpan. Rupanya nenek tunggu sampai anak dua tahun baru bagi..haahha. Pandai nenek. Hadiah paling berharga sekali. Hadiah turun temurun. Akan disimpan elok-elok.

Dulu suka rantai ada buah, baru cantik

Rantai ni nipis, ada buah dan huruf " R". Mak cakap mak main beli je, tak ikut huruf nama. Kalau tengok harga sekarang mesti dah beribu. Untung simpan emas ni.

Budak ni dari dipakaikan sampai sekarang, taknak buka rantai emas tu. Dimarahnya bila kita nak buka. Kita ni risau kalau terjatuh. Tapi kalau dalam rumah takpela. Kalau keluar memang kena buka tu. Kang tak perasan tiba-tiba hilang kang. Fariza dah kemaruk pakai rantai emas tu. Nak cantik je dia ni..hahaa. Setiap kali mandi, tengok, pegang buah rantai tu, setiap kali bangun, rasa ada tak rantai tu..adoii. Okla dia nak pakai, dari dia taknak pakai. Sekurangnya senang kan nak pakaikan dia apa-apa lepas ni.

Kita suruh dia posing, itu jela dia mampu buat

Comel la anak mommy dengan rantai ni. Nanti mommy pakaikan gelang pulak ye. Ada je gelang emas nad dekat nad. NAd ambil haritu. Kecik je, sesuai dengan Fariza. Lengan nad kan kecik..hehee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. wah cantik manis dah besar. Cici pun ada try trt kan rantai lama Cici kat Maira. tapi taknak bagi dia pakai, kang cicir satu hal. orang ragut pun satu hal. dorang bukan kira budak kecik ke apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..dia pakai comel pulak..tu la..orang besar pun boleh rompak apa lagi budak kecik

      Delete
  2. Suwitnya nenek , dah besar anak dara ni haaa makin manis

    ReplyDelete
  3. nenek ngan mak mak memang cemni kan.. sweet je =)

    ReplyDelete
  4. panjangnyaa. hhuhuhuuh.. asyukk laa fariza.. baik2 tau fariza pakai emas tu

    ReplyDelete