hai assalammualaikum

Check Up Ibu Mengandung 29 Minggu - Hari Isnin haritu nad pergi check up harian ibu mnegandung. Ingat cepat macam biasa, tapi haritu kene jumpa doktor sebab scan dan nad bagitau masalah nad. Jadi lambat la sikit. Kalau macam biasa, cek ibu mnegandung, ambil nombor, tunggu , lepas tu cek kencing,ambil tekanan darah, berat dan cek jantung baby je.

Carta Pergerakan Janin atau Baby

Tanda Pergerakan Baby Dan Ambil darah

Check up haritu, nurse dah suruh kira gerakan baby dalan buku pink. Dah pernah buat untuk Fariza sebelum ni, throwback tanda pergerakan baby Fariza. Selalu sebelum pukul 12 dah habis check up, tapi haritu check up, tiba-tiba nurse suruh ambil darah lagi, untuk apa lagi tak tau, padahal haritu dah ambil darah dah. Takpela, ikut jela cakap nurse, nurse lebih tau kan. Kot-kot ada sakit lain yang kita tak tau. Bagusla macm ni. Kesihatan ibu dan anak terjaga.

Scan Baby

Dah amik darah, jumpa doktor pulak untuk scan baby. Hah!!, masa ni la boleh cakap dengan doktor kalau nak tau jantina baby...hehehe. Waktu scan, doktor cakap alhamdulillah, semua ok. Doktor tunjuk kepala, kaki, jantung dan uri, alhamdulillah semua ok. Lepas tu, nad tanya " doktor boleh tau jantina tak, tak pernah scan lagi, tak tau jantina lagi"..doktor kata " boleh "..mulalah doktor mencari, lama jugakla, lepas tu dia cakap " macam ......."...hehehhe..ok..tak kisahla jantina apa, asalkan anak sihat.

Masa scan baby,nad bawak Fariza sekali, dia tengok, dia tergamam kejap..hehee..lepas tu senyum..tak paham ape doktor tu buat..hehehe. Adik Fariza bakal keluar beberapa bulan lagi.

Lepas selesai scan, doktor cakap berat nad naik mendadak. Pregnant kali ni naik 2 kg setiap bulan..hahaha. Makan sama je, tapi ntahla. Doktor cakap, " kamu belum minum air gula ye"..nad cakapla " tak"..dia suruh minum air gula minggu depan. Gulp..macam mana rasa air gula ye. Ramai kata tak sedap sampai nak muntah. Ni pertama kali nad kena minum air gula.

Masalah Keputihan

Lepas tu nad cakap masalah keputihan nad masa mengandung ni teruk. Gatal dan tak tahan, tak selesa pun ye. Pernah nad cerita masalah keputihan nad ni sebelum ni, ada la ambil ubat dan sapu tapi tak jalan, tu yang bagitau doktor, dah alang-alang jumpa doktor. Doktor suruh nurse siap sediakan perkakas nak cek bawah..Nad dah telan air liur, malu bila cek bawah, tapi terpaksa sebab taknak ada masalah. Nurse marah, tapi takdela marah sangat sebab tak bagitau dia pasal masalah keputihan ni. Nad cakap, nad pernah bagitau nurse masa check up sebelum ni, nurse cek nad tu suruh minum air kosong je. Nurse tu cakap lagi " yela, memangla, tapi saya ingat dah baik, lain kali bagitau kalau tak elok, boleh bagitau doktor awal-awal"..nad senyap jela..fuh..manalah kita tau.

Apa nama dia tak tau

Lepas dia uruskan semua barang, nad baringla. Lepas tu tunggu doktor sampai. Doktor tu masukkan satu benda macam dalam gambar tu nak tengok keputihan nad. Fuh, seriau tengok benda tu. Muncun dia..ngeri tengoknya, tapi bila dimasukkan dalam faraj memang tak sakit, tapi paham-paham jela bila ada sesuatu benda masuk dalam kita punya faraj, perempuan je paham rasanya..hahaha.. Masa tu nad tenangkan diri jela. Lepas dia masukkan, pastu keluarkan, dia tunjuk keputihan nad. Memang banyak. Sekejap je proses.

Ubat Basuh Faraj. 

Ubat masukkan dalam faraj

Ada benda yang boleh masukkan ubat tu dalam faraj. Ni cara menggunakan ubat candid-v3

Cream sapu bahagian luar, bahagian yang gatal

Lepas tu, dia bagi ubat  masalah keputuhan ni. Ada tiga jenis.ubat, satu.basuh, satu masukkan dan satu sapu sebab dia cream. Yang masukkan dalam faraj tu la, nad dah kerut-kerut dahi. Macam mana nak buat..haishh..Siapa lagi nad suruh, suami la, mr mafia kena masuk ubat tu dalam faraj nad..hahaha. Memang seriau jugakla..Tapi nak baik, kena buat juga. Ubat yang masukkan dalam faraj tu jenis macam pil. Pakai sebelum nak tidur, 3 hari berturut. Memang dalam tu ada tiga biji.

Alhamdulillah, lepas pakai ubat doktor bagi, masalah keputihan nad dah kurang, gatal takda. Legaa..kalau tak, tak selesa. Korang kalau ada masalah masa pregnant, baik bagitay nurse dan doktor. Jangan biarkan. Takut ada masalah ada bila lahirkan anak. Ok..

Jantina dah tau..tapi nanti cek balikla. Kalau betul apa doktor cakap, kami suami isteri terima..hehehe. Rezeki dari Allah. Yang penting kakak Fariza ada kawan nanti.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. harap kak nad,baby dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat :)

    ReplyDelete
  2. Pape masalah kena bgitau tau Nad. Air gula tak seteruk dibayangkan. hehe

    ReplyDelete