hai assalammualaikum



Stok Roti Semasa Mengandung - Kalau mengandung je, mesti kena ada stok makanan lebih untuk kudapan sama ada untuk sarapan, lepas makann, makan petang atau tengah malam. Biasalah ibu mengandung cepat betul laparnya atau tekak ni macam tak sedap kalau takda benda nak disuap..hahaa. Kalau tak mengandung, takda nya nak beli stok makanan banyak-banyak ni. Cukupla ada satu jenis je. Kalau mengandung, stok roti kena adala. Yela, roti ni, pun mengenyangkan, murah pun murah. Macam-macam jenis ada.

Selalu setiap petang akan ada india naik moto jual roti tu lalu dekat rumah. Sampai anak pun dah tau, tu india jual roti sebab bunyi pon-pon dia tu..hehe. Asal bunyi mesti dia akan cakap " hah "..pastu tunjuk pintu suruh keluar beli. Mana taknya, dia dapatla jajan dia juga nanti. Tapi tak selalu pun beli. Bila nak je baru beli.

Masa mengandungkan Fariza pun stok roti banyak juga..haahah. Dari banyak-banyak tu memang akan habis punya. Tak kunyah pagi sebagai sarapan, mesti kunyah petang atau tengah malam. Atau lambat masak, hah, rotila yang dicarinya dulu. Tapi nad baca, makan roti jenis macam ni tak bagusla masa mengandung sebab roti ni tak bernutrisi. Makan roti gandum tu okla. Ini kerana roti ini lebih kaya dengan karbohidrat, serat, dan zat besi yang dapat membuat perut terasa kenyang lebih lama.
Takpela, tekak kita suka makan roti macam ni. Setakat ni, alhamdulillah semua ok je.

Stok roti pun dah habis. Tinggal roti gardenia putih tu je. nasib ada kaya. Makanla roti tu dengan kaya. Sekarang kena beli lagi banyak, sebab ada budak kecik tu. Dia punjoin sekali bila tengok mommy dia makan..hahaha.




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. haha..memahami..simptom ibu mengandung..layan je la.. :D

    ReplyDelete
  2. wah... mcm2 roti ada... biasa sis, masa mengandung ni mmg lapar... hihi

    ReplyDelete
  3. gee mengandung ke tak mengandung ke, roti memang takleh habis stok..sejenis suka mengunyah jugak!!hahhaha

    ReplyDelete
  4. Ha aaa kan memnag kena buat stok la Nad.. Akak ni pon kat rumah mmg wajib la ada roti sebab anak2 kekadang pagi nak ke sekolah diaorang makan roti sapu mentega jer utk sarapan.. Makanan umi masak diaorang bawak bekal untuk.masa rehat..

    ReplyDelete