hai assalammualaikum


Pantang 44 Hari Selesai - Macam ni la orang berpantang, mesti tak sabar kira hari, waktu nak habis berpantang..hahaha. Mula-mula 30 hari, lepas tu 44 hari, ada tu sampai 100 hari. Nak elok ye 100 hari la..tapi selalu yang lepas 30 hari cuma pantang makan je.

Nad ni pantang makan je sekarang. Sebab duduk kampung kan..haaha. Mak yang jaga, jadi apa-apa mana yang tak boleh makan, jangan la makan, sebab mak yang masak kan. Tak boleh lawan. Tapi kadang ada gak curi-curi makan benda lain gak..hahaha. 19.4 haritu dah pantang 44 hari, harini dah 51 hari berpantang makan. Yela anak kecik lagi, kenala pantang. Balik bandar, maunya makan apa-apa ni..hahaha.


Bulan depan dah balik bandar. Bulan depan juga Farhanah masuk 2 bulan. Dulu kakaknya, nad balik bandar masa dia 3 bulan. Ni balik sebab nak siap sedia puasa nanti. Bulan 4 dah puasa oii.. Tapi balik ni pun, mak cakap jangan makan macam-macam ye..hahaha..Nak taknak dengar. Tunggu la 100 hari, baru boleh makan macam-macam.

Lepas ni pantang 60 hari. Bagus la kan pantang ni, masa ini masih lagi menjaga pemakanan dan diri. InsyaAllah badan lebih sihat. 44 hari bukan kata kita dah sihat sepenuhnya. Badan mungkin belum rasa sepenuhnya sihat selepas 44 hari.

Nak badan solid melim, boleh teruskan pakai bengkung, buat tangas semua. Nak cantik untuk suami, walaupun dah anak ramai, boleh makan jamu, mandi herba dan macam-macam lagila..hehhee. Ni pun salah satu nak dapatkan kecergasan badan sebab jaga anak dan buat kerja rumah. Tapi buat kerja rumah kene buat yang berpada-pada, jangan angkat berat.

Dan nad dengar pantang 100 hari lebih dikaitkan dengan tidak melakukan hubungan kelamin dengan suami dalam masa 100 hari untuk menjaga kesihatan dalaman wanita. Betul erk??.. Hahha..entahla...apa-apa pun yang rajin, silalah berpantang sehingga 100 hari. Kalau ditengokkan sekejap je pantang ni. Ikut usia anak la, dah 3, 4 bula. Ok dah..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Yeayyyy tahniah dah habis berpantang..

    ReplyDelete
  2. Tahniah sis! doakan sy dikurniakan zuriat yg comel macam anak sis ye :)

    ReplyDelete
  3. puasa bulan 5 nad, xpe...preparation. farhanah behave nti insyaAllah

    ReplyDelete
  4. bestnya dah habis pantang 44 hari. saya lambat lagi ni... skrang memang duk counting days je. hehe

    ReplyDelete