hai assalammualaikum

Sayang, Tapi Tak Tau Macam Mana Caranya - Sejak akhir-akhir ni, nampak dia mula sayang adiknya. Bila adik nangis, dia datang suruh diam. Kadang cium adiknya. Tapi cara dia tu macam ganas sangat,..hahaha. Mungkin Fariza dah tau, dia dah jadi seorang kakak, dan dia dah ada adik. Sebab hari-hari nad sebut dekat dia " kakak, kakak Fariza, ni adik Farhanah "..mungkin dia dah dapat tangkap dah..hahahha..

Nad tak jemu ajar dia sayang adiknya. Setiap hari akan buat benda sama, biar dia tau apa yang perlu dia buat. Ingatkan dia sekarang dah jadi kakak. Bila adik nangis, nad akan surih Fariza, usap kepala adik, suruh pokpok. Yang kelakarnya, kadang Fariza siap nyanyi lagi. Lagu " johnny johny yes papa " juga dia nyanyi..ayoyo..hahaha.


Suka tengok bila dia main dengan Farhanah, borak dengan Farhanah, siap main tepuk amai-amai lagi. Nak rekod, tak dapat sebab Fariza bila nampak nad rekod mula la malu taknak buat atau dia lari..hahaha. Nampak la dia ada teman nanti dekat bandar. Tapi bab kongsi mainan, tak tau la..hahaha. Fariza memang kedekut sikit bila bab mainan, susah nak kongsi dengan orang..hahah. Tapi mainan dia banyak. Tunggu la adik besar, kita tengok macam mana nanti..


Bila disuruh bergambar dengan adik, Fariza nak je. Ala anak mommy dua ni. Baju kene sama, biasalah mak-mak kan..hahhaa.Jap lagi keluar warna je sama, nak cari jenis sama, kena la tunggu ado duit..Harap Fariza sayang, jaga adiknya sampai bila-bila. Adik pun dengar cakap kakak Fariza. Sayang kedua-dua anak mommy ni.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours