hai assalammualaikum


Avillion Port Dickson

Percutian Manis Kami Sekeluarga di Avillion Port Dickson - Tahun lepas sebelum bersalin, nad dengan keluarga ada pergi bercuti. Maaf cerita lama peram, gambar semua mr mafia yang ambil. PC dia buat hal pulak, tu yang tak dapat cerita dalam blog. Lama pulak tu rosak. Lepas tu nad dah bersalin pulak, sudahnya sekarang baru nak cerita..hehee. Maaf ye semua. Percutian kali ni, nad pergi dekat-dekat je. Mana lagi kalau bukan Port Dickson. Tapi tempat yang nad pergi, memang best betul dan memang nad nak sangat stay dekat situ. Waktu tu, memang nak babymoon tempat yang menarik, mengadap laut dan tenang. Kami pilih Avillion Port Dickson. Memang percutian haritu, memang percutian manis kami sekeluarga.

Sebab pertama nad pilih Avillion Port Dickson sebab nad tak pernah datang sini lagi..hahaa. Sebelum pergi, nad ada survey pasal hotel ni, best betul, banyak aktiviti boleh buat, bukan sahaja untuk orang dewasa malah untuk kanak-kanak. Lagi satu sebab ada tempat istimewa, kerusi biru nad panggil, hahaa, nama sebenar dia Avi Lounge. Masa tau ada tempat tu, hati dah tak sabar nak pergi. Bila sampai Avillion, terus cakap wow!!..Memang cantik weii..



Sebelum tu mestila daftar masuk dulu. Ni la ruang lobi hotel tu. Sangat ramah staff dekat situ. Ramah dengan senyuman dan apa kita cakap pun diaorang jawab je. Terbaikla..Tetamu disambut dan dibantu lagi. Parking ada disediakan untuk pelanggandan ia adalah percuma.


Ni ruang menunggu ketika nak check in hotel. Sambil tunggu orang lain check in, bolehla duduk-duduk dekat sini..heehe.



Dekat sini ada banyak jenis bilik korang boleh pilih. Ada tiga jenis bilik iaitu Chalet, Villa dan By The beach. Ada pilihan menghadap taman, dan ada juga pilihan menghadap laut yang luas terbentang. Nad semestinyala nak mengadap laut. Dan paling seronok bilik bawah air gitu.





Masa pergi ke bilik, laluan nya mula-mula pusing-pusing jugala, sampaila masuk, terus nampak swimming pool, nampak garden view, ada farm lagi..pergh..serius best. Swimming pool dia ada tiga, satu kanak-kanak, dua dewasa.






Yang ni Cochin Pool, swimming pool orang dewasa, nak lalu ke bilik nampak swimming pool yang ni. Semua swimming pool dekat sini dibuka 24 jam. Jadi, korang boleh mandi ikut suka korangla..haahha. Mandi sampai ke malam pun boleh. Macam nad keluarga, malam-malam mandi dekat swimming pool yang ni..hahaa.. Takda orang..kitaorang je. Enjoy habis. Siang-siang ramaila orang.

Berkenaan farm, nanti nad cerita, sekarang nak masuk bilik dulu..hehee. Banyak weii nak cerita pasal tempat ni, tapi satu-satu dulu nad cerita ye. Pertama sekali mesti cerita pasal bilik dulu..hahha.















Dalam banyak-banyak bilik, bilik nad pilih ialah Premium Water Chalet. Setiap laluan chalet ada
nombor dan nama dia..So jangan risau korang sesat ke ape..cuma kena ingat jela..hehee..Nampak tak tradisionalnya tempat ni, siap ada tempayan cuci kaki. Budak kecik ni tak pernah nampak, punyala teruja nak cuba..hehe. Premium Water Chalet ni, kita dapat free evening Cokctail kat Avi Louge yang cantik gila, yang nad cakap kerusi biru tu..hehee.
Mana tak bestnya..setiap laluan nak ke bilik, bawah pantai..angin pula sejuk..suka sangatt..boleh tgl matahari terbenam, matahari terbit..sukanya kita..sebelum datang sini, survey tempatnya cantik sangat..bila dah sampai pun woww!!..biasalah pertama kli jejak, memang akan excited dia lain macam..lagi suka tengok Fariza. Dah sampai hotel..aduh bestnyaa..bunyi air laut..rasa nak terjun weii laaa...vacation babymoon gitu..hehehe.. Thank you so much @avillionpd untuk semua ni.. #lifestyleblogger #ceriterasigadisbiru #miszrockersblogspot #avillionportdickson #nadjalanjalan #portdickson #kbba9 #bloggermalaysia #blogger #vsco #vscomalaysia #media #mediainfluencer #beautyblogger #fashionblogger #igerskolumpo #igers #kembarakbba9 #holiday #selangor #travel #traveler #sponsoredtravel #traveling # vacation
A post shared by Nadia Johari (@nadiasamjohari) on

Ya ampun, masa ikut laluan sini, memang teruja habis, mana taknya, chalet ni atas air tau. Angin dia best oo..masih terbayang lagi sampai sekarang. Terasa la macam terapung di atas air..kihkih. Cantik betul pemandangan dia. Menjerit dalam hati jela..hehee. Premium Water Chalet, bilik ni betul betul menghadap laut iaitu menghadap Selat Melaka. Tak sabar tengok air pasang surut..hehee..Layankan jela nad dengan Fariza jalan-jalan dekat sini..bila lagi kan..


Ok ni bilik kitaorang. Masuk bilik je, menjerit lagi..aaargghh, mana taknya, ada angsa love ni dekat katil..sukanya kita, terharu pihak hotel buat macam ni tau..lama dah idamkan nak dapat macam ni..hahaa..Bila dapat, teruja lain macam..hehee. Semestinya ambil gambar di sini sebagai kenangan..kihkih..Kang tidur, dah takda benda alah ni..hahha..






Nampak tak bilik ni, luas, memang luas. Boleh la masuk lagi beberapa orang oii. Ada dua katil dalam bilik ni, satu besar satu kecil. Katil besar bersaiz king mestilah untuk laki bini punya, dan nasib baik ada katil kecil tu yang di panggil Pangkin Day Bed, memang sesuai untuk Fariza..hehee.Belajar tidur sendiri ye..eh..ahhaha. Boleh tengok laut sebelah tu sambil buka tingkap..bestnya segar je..

Dekat sini ada wifi, dan ia adalah percuma. Wifi ada disediakan di ats meja, korang boleh tengok, siap username dan pasword.

Apa yang terdapat di dalam bilik:
- Penyaman udara
- Pengering rambut
- Selipar
- Peti keselamatan dalam bilik
- Bar Mini
- Telefon
- Pembuat kopi / teh
- Kipas
- Saluran kabel / satelit
- Wi-Fi [percuma]




Syoknya ada balkoni ngadap laut. Ada kerusi, boleh santai-santai. Terdengar pukulan ombak menghempas pantai dan udara sejuk dari luar masuk ke bilik. Tapi takut juga, yela Fariza ni kecik molek, kang terjatuh dalam air, naya je..huu..memnag pegang selalu..risau..kang nak jadikan percutian manis jadi percutian ngeri kang..ishh takmauu..Bila dekat balkoni ni siap boleh say hai-hai bye-bye dekat jiran sebelah..hahaa..sederet kan.. Bolehlah nampak bot lalu, bunyi macam-macam dekat situ..haaha..





Dan nad teruja lagi bila tengok bilik air dia..haaha. Selalu nampak bilik air tertutup je kan. Tapi bilik air dekat Premium Water Chalet ni open kau..hahaha..bukan maksud orang lain boleh tengok..kau giler..Maksudnya takde bumbung, jadi kalau hujan memang boleh masuk dalam bilik air ni..hahha..bolehla mandi hujan..kah..nak pulak kan..Tapi serius lawa dan best betul bilik air dia. Dah la besar, sampai nad cakap dekat mr mafia " kan best ada bilik air macam ni dekat rumah "..hahaa..berangan jela weii..

Kat sebelah tingkap tu, nampak tak palang tu, hah tu laut tu, sambil mandi sambil dengar air laut. Siapa yang seram nak tengok takyah tengok..hahaa..

Anak mandi dekat bath tab, mommy daddy mandi dekat shower..haaha..berendam la kau lama-lama dekat situ. Tapi dia lebih suka mandi dekat shower, sebab air pancut kan..eh budak tu suka dua-dua..hehee..


Haritu juga dapat coklat dengan buah-buahan..So Sweet la pihak Avillion ni..



Haritu tidur lena kitaorang sambil mendengar deruan ombak yang mengasyikkan. Anak pun tidur lena sampai taknak bangun.




Bangun pagi, nak sarapan, ada choice, nak makan dekat retaurant atau call orang bawak makanan masuk bilik. Jadi nad decide, sarapan dekat bilik jela. Jadi orderla guna telefon. Bagitau menu apa yang kita nak. Best sarapan dekat bilik, buka tingkap dengan lautnya..aduh..asyik sangat..heehhe..Macam orang kaya je..hehee..

Best betul. Tak rugi korang datang ke Avillion Port Dickson ni. Next entry nad ada cerita berkenaan aktiviti dan kemudahan yang ada di Avillion Port dickson ni ye. Sila baca..ehee..banyak sangat nak cerita ni..Boleh baca Kemudahan Di Avillion dan Makan malam Di Avillion.

Untuk maklumat lanjut, kalau nak bercuti ke sini, boleh layari
Website : http://avillionportdickson.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AvillionHotelGroup
Instagram; https://www.instagram.com/AvillionHotelGroup/



SHARE 39 comments

Add your comment

  1. seronok ni.. tingin nak pegi sini n lexis PD.. best nampak laut and puas hati dengan deco yang cantik..

    ReplyDelete
  2. Avillion Port dickson Hotel keren ya. Kamarnya tuh seperti kamar pengantin bertabur bunga bunga berwarna merah. Nuansa hotel juga akrab dengan alam. Suasana taman dan tumbuhan hijau bikin nyaman berada di hotel ini

    ReplyDelete
  3. Bestnya sarapan dalam bilik. Sangat Romantik menarik betul. Boleh la Ika dan keluarga datang bercuti di sini . Habiskan masa dengan melihat pemandangan laut Ika sangt suka

    ReplyDelete
  4. cantiknye pemandangan kat sini, kak lily belum pernah ke sini lagi. tak de kesempatan nak tunggu harga promosi sket kan

    ReplyDelete
  5. Bestnya..sempat baby moon eh..
    Tak pernah stay lgi kat avillion ni...
    Teringin jugak nak stay sni..
    Tpi ntah bila la nak pi pd tu

    ReplyDelete
  6. Bestnyer sempat lagi tu sebelum bersalin. Ye lah kalau da bersalin proses dalam pantang tu lama jugak. Best juga bercuti kat sini. Lari dari hiruk pikuk kota.

    ReplyDelete
  7. bestnya ber babymoon kat port dickson..ciktom pun teringin nak angsa dgn bunga ros mcmt kalau menginap hotel tp xpenah dpt..ke kena request??haha

    ReplyDelete
  8. Happy babymoon sis! Seronok dapat chill staycation, even tak jauh dekat Port Dickson, tapi dapat tenangkan fikiran dengan deruan ombak laut.

    ReplyDelete
  9. wah, seronokyer babymoon nad kat avilion ni. huda 6 tahun lepas babymoon kat avilion PD gak.

    ReplyDelete
  10. seronoknya bercuti di sana..tenangkan fikiran hehe

    ReplyDelete
  11. wahh bestnya dapat berholiday bersama family! Avilion ni memang cantik kan, tak pernah lagi merasa water chalet diorang tapi bile tgk org update nampak cantik dan best jee huhu 👍🏿

    ReplyDelete
  12. bestnya bercuti dekat sini. nampak sangat esklusif. ayu pernah datang sekali dengan famili. memang best...tapi masa tu join hari keluarga..

    ReplyDelete
  13. Ya AMpun nad! Keindahan apakah ini...Kita tengok je hotel ni di website...nak pergi tak kesampaian lagi,hehe..n kalau honeymoon kat sini memang best ni,ekekekkeke

    ReplyDelete
  14. Wow untung lah dapat layanan VIP kat sana hehehehe best juga tempat ni menarik dan cantik selesa untuk bercuti berbulan madu tak ada orang ganggu hehehhe..

    ReplyDelete
  15. Zaman dolu2 pernah lah dok sini, memang chantik tempat ni..rasa tak nak kuar bilik..nak dok dalam bilik dan dengar deruan ombak serta menung di balkony je..tenang betul jiwa

    ReplyDelete
  16. Lama tak ke Avillion PD last pergi tahun 2016 kalau tak silap... duduk dekat bilik tengah-tengah laut memang best, sebab suami minat memancing! memang santai sekali dekat situ view memang cantik suka sangat.

    ReplyDelete
  17. Bestnya Cantiknya ... Teruja kak nina tengok! Bila laaaa kesampaian nak stay sini

    ReplyDelete
  18. Lamanya Rawlins tak menjengah Avillion. Terus rasa rindu ngan bunyi laut dan bangun melihat lautan luas. Hehe.

    ReplyDelete
  19. bestnya avillion PD nie yer. macam2 jeis bilik ada. kalau saya, pilihan saya haruslah by the beach. suka dengar deruan pantai dan angin tiup sepoi2 bahasa. wahhh siap order makanan masuk bilik. bukan biasa2 nie. okay, sy dah tahu dah nak menginap kat mana kalau datang PD lepas nie

    ReplyDelete
  20. Bestnya Nad cuti kat Avillion. Mimi yang asal PD pun tak pernah bermalam kat sini. Kalau Thistle adalah. Avillion temlat kerja lama ayah Mimi

    ReplyDelete
  21. nampak sedap-sedap... lapar plk

    ReplyDelete
  22. Fuhhhh macam best gila dapat bercuti dekat sini... Eh? Boleh mancing tak dekat sini? Maybe hujung tahun nie boleh bercuti ke PD then menginap dekat sini.

    ReplyDelete
  23. Wishlist el gak ni..sonoklah bleh call diorg antarkan sarapan ke bilik..xpayah susah2 nak keluar kan

    ReplyDelete
  24. Lama betul peram ni...hahaha...Sally ingat baju yg Nad buat sedondon dgn Fariza kan..hahaha..

    Tapi mmg best betul kat sana..Sally kalau nmpk laut terus sihat >.<

    ReplyDelete
  25. wahhhhh cantiknya bilik dia... pemandangan pun lawa.. syok fariza tidur tu..baby dalam perut dah keluar hihihi..

    ReplyDelete
  26. Avillion Port Dickson yea bestnya kalau dapat pi bercuti dan relaks kqt hotel ni.. macam best je suasananya.. kemudahan dan kelengkapan pun nampak selesa..

    ReplyDelete
  27. Bestnya nampak romentik tempat dia, satu malam hrganya Murah Tak?

    ReplyDelete
  28. wow bestnye sis..mengadap laut sungguh damai dan mempersona

    ReplyDelete
  29. Dapat bilik macam ni, mahu tak keluar gi mana...berkurung kat dalam jer lah.

    ReplyDelete
  30. Dh lme teringin nk kesini tp asek plih tmpt lain je. Haha.. Husband kata nk kesini jgn smlman je xpuas.. Haha. Kita suka chalet atas air...bestt

    ReplyDelete
  31. Wah tengok semua gambar ni terus rasa nak bercuti kat Avilion. Banyak juga jenis bilik yang ada kat sini. Kena pandai pilih mana view yang kita nak.

    ReplyDelete
  32. Cantiknyaaa bilik! Syoknya lepak kat balkoni mengadap laut gitu

    ReplyDelete
  33. Memang best kan! I pun nak plan beach holiday somewhere near, maybe a short stay will be good.

    ReplyDelete
  34. Bestnya jalan2 ke pd. Lama dah emi tak ke sana

    ReplyDelete
  35. Wahhh bestnya. View cantik, bilik selesa dan yang penting ada pool. Bawa anak² ni konpem berjam² berendam.

    ReplyDelete
  36. Ehh menarik betul Avillion PD ni.. Selesa sangat..

    ReplyDelete
  37. Heyyy best nya kak nad pergi holiday dengan family... view dan tempat dia nice sangat ... Dila belum lagi pergi sini... biasa pd g tempat lain je inshaAllah soon akan pergi sini...

    ReplyDelete
  38. Memang cantik Avillion ni ❤️

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2