hai assalammualaikum


Viral Kuba Guling Di Rantau Panjang Kelantan - Semalam tengok berita tv3, kisah satu kuih yang tengah viral di Kelantan. Orang sanggup beratur nak rasa kuih tu macam mana. Kalau dah viral mestilah nak rasa kan, lagi kalau kuih tu rupanya pelik..hehe. Kuih yang hangat diperkatakan, kuih Kuba Guling atau Kerbau Guling. Kenapa nama dia pelik...hehe..sinonim dekat Kelantan, nama-nama kuih yang unik-unik sampai orang terasa nak memakannya.

Bila tengok rupa kuihnya, warna hitam dan disalut dengan kelapa. Kenapa dipanggil Kuba guling sebab rupanya yang hitam, yela kerbau kan warna hitam, lepas tu diguling atas kelapa, ibarat kerbau tengah berkubang dekat lumpur..hah gitula..Kuih Kuba Guling ni diperbuat daripada arang tempurung nad baca, tapi selamat di makan. Dimasukkan dalam talam, masa nak  makan dipotong dan digulingkan dalam kelapa. Rupa kuih ni nad tengok macam kuih kaswi, yang warna coklat disalut dengan kelapa. Cuma yang ni warna hitam..huhu.

Nad ada baca status, ramai cakap kuih Kuba Guling ni rasanya manis sangat..tak taula kita kan..huhu..Biasalah, benda dah viral, mesti la orang nak cuba. Kalau manis kuih tu, boleh je rasa, tapi jangan hari-hari rasa, boleh kene kencing manis nanti..huhu.

Kalau korang nak cuba, boleh la pergi ke Rantau Panjang tu. Kalau yang teringin nak rasa kan.. huhu..kita takdoknya nak pergi Kelantan tu. Melainkan kan kampung kita kat sana atau menetap di sana bolehla..Kalau nak reesepi, korang google jela, ramai yang post resepi Kuba Guling. Selamat mencuba.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Akak tengok pun dah macam kuih kasui tu je...ada yg cakap masuk tempurung kelapa la..apa la..x tau versi mana yang betul

    ReplyDelete
  2. Kejap lagi smpi lah KL kuih viral tuh. HAHAH~~ tunggu ajerla kan.

    ReplyDelete
  3. CT ade tengok gambar viral orang beratur kemain panjang nak beli kuih ni.. tudiaa syiok meniaga orang mai beli eheh.. tapi kawan dok Kelantan cakap dia xleh go sangat kuih ni.. tapi tengah viral kan.. lajuuu hehe..

    ReplyDelete
  4. salam..
    hi kak nad..
    menarik betul nama dia tp tkut nk rasa..kerbau ke..hehe
    tp klo xtau nama, bgi makan, memang masuk dalam perut ja...
    wahahah =p

    ReplyDelete