hai assalammualaikum

Bantuan Sara Hidup Rakyat ( BSH ) Ganti Brim Dibayar Sebelum Raya - Kita sedia maklum, bahawa Brim yang sudah diganti nama kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat ( BSH ) akan diberi sebelum raya. BSH akan dinilai kepada yang layak sahaja. Alhamdulillah, nad salah seorang yang layak menerima BSH ni. Hari Jummat cek maybank2u, tengok ada duit bertambah, cek dari Kerajaan Malaysia BSHR 2018 sebanyak RM400. Syukur sangat. Kira macam bagi duit raya la kan..hehee. Boleh la bantu sikit untuk nad ni, surirumah..huhu.


Boleh la beli barang keperluan raya sikit dengan duit BSH ni. Tak pun simpan jela dekat bank yang boleh beranakkan duit. Tak pun ambil separuh bagi dekat mak dan ayah..haha. Selalunya macam tula, haritu dapat pun bagi mak dengan ayah..hehee. Syukurla, Tun M masih nak beri sedikit duit ni bagi mengembirakan hati kita walaupun rasanya tiada dalam manifesto mereka..agaknya la..ke nad yang salah..huhu

Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Yang masukkan nombor akaun, macam nad, akan masuk dalam bank terus, jadi kalau ada guna online, boleh cek terus. Bagi yang tidak beri nombor akaun, mungkin macam ayah nad, surat kelulusan akan di hantar ke alamat mereka. Surat itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran. Macam ayah nad, duit masuk dalam bank BSN. Jadi dia akan cek dengan pergi ke bank BSN.

Berdasarkan jadual pembayaran BR1M dikeluarkan kerajaan terdahulu, fasa kedua pembayaran dijadualkan pada 6 Jun ini membabitkan agihan RM400 untuk kategori isi rumah dan senarai e-Kasih dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, termasuk warga emas.

Kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 pula bakal menerima bayaran RM300.

Untuk Fasa Ketiga, insyalah, kalau ada lagi, akan dibayar pada Ogos. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau hantar emel kepada br1m@treasury.gov.my.








Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. kalau kerajaan bagi bantuan tanpa syrat ssm mesti da dapat. huhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, bagi yang dapat.. dapat ringankan beban.

    ReplyDelete