hai assalammualaikum

Dua Tilam Pun Dia Mampu Lepas Sampai ke Lantai - Budak bertuah ni dah start maju ke depan. Kadang baru letak je dah sampai ke lantai. Adik Farhanah, hang melompat ka!!..hhhaaha..adoyai anak. Farhanah start 4 bulan dia dah meniarap, dan 5 bulan terus maju ke depan. Mula letak satu tilam, tapi tengok asyik jatuh ke lantai je, masalahnya, bila dah sampai lantai, takdela dia nak nangis macam kakaknya dulu..hahaa..Farhanah jenis cool dan relaks je..jatuh pun masih boleh sambung main..hahaa..Nad yang terkejut tengok..


Disebabkan kerap dia sampai ke lantai, nad letak tilam lagi satu. Tapi tetap sama boleh dia sampai ke lantai. Anak aku sorang ni, lain pulak perangainya..hahaa. Jarang cerita pasal Farhanah ni, sebab dia cool sangat..hahaha.. Tak tau la dah besar macam mana nanti..Kalau menjerit, dia la paling kuat. Tengah malam pukul 3 pagi memang dia bangun, lepas tu ajak borak..ni yang pening. Cakap sorang-sorang, nad dah tak larat nak layan.

Farhanah ni dengan kakaknya je dia nak gelak sakan,,dengan mommy daddy dia kurang sikit. Nampak mommy dia, cuma nak susu je. Tu la nampak dia senyum berkobar..hahaa


Ramai cakap, Farhanah sama muka dengan Fariza. Dah adik beradik kan, tapi nad sendiri tak nampak mana muka dia yang serupa..hahaa..Nad kalau nak tengok, tengok balik gambar Fariza masa kecik..hah!!, taula sama ke tidak..hahaha.

Farhanah ni lahir lagi besar dari kakak dia. Memang kalau angkat dia, keras badan dia, kaki berketul-ketul macam ayam KFC. Orang cakap muka dia manis..hahaha..entahla..Yang Nad tau Farhanah
lagi putih dari kakak dia..hahaa.. Nad minum Kitsui Whitening masa pregnant..hahaha..Jatuh ke anak. Bulan depan dah mula makan. Cepat je..ahaha..mulut dia sekarang dah terkumat kamit bila nampak orang makan..hehee

Sejak ada Farhanah, Fariza mainla dengan adiknya ni sekali. Motif pun sebab nak bagi kawan dekat Fariza..hahaa. Lepas ni kita berehat sekejap ye..hahaa..Stabilkan kewangan dulu, besarkan diaorang dulu. Nak tambah kemudian..hehee..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours