hai assalammuaikum


Pakcik Aiskrim Wak Selamat, Semoga Panjang Umur Dan Sihat Selalu - "Assalammualaikum, Wak Selamat, nak aiskrim "..macam tu la kitaorang selalu kalau nak beli aiskrim denagn pakcik ni. Nama pakcik ni Selamat. Kitaorang panggil wak la kan. Dari abang, kakak kecik lagi, pakcik aiskrim ni jual aiskrim sampaila sekarang, aku dah ada anak dua, masih lagi jual aiskrim. Kalau dulu, pakcik ni jual aiskrim dekat moto, depan sekolah Meru, sekarang, pakcik ni jual dekat rumah je. Dah turun temurun, dari kitaorang sampai ke anak-anak kitaorang beli dekat aiskrim dekat Wak Selamat ni.

Aiskrim dia dulu ramai budak-budak suka masa time sekolah. Asal balik sekolah, mesti terus ke moto dia. Sebab, kalau beli aiskrim dia, kitaorang suka bubuh asam atas aiskrim tu. Kalau mintak lebih, dia bagi je. Lagipun pakcik ni pandai layan budak-budak..hahaha. Legend sangat Wak Selamat ni. Semua budak Meru kenal dengan Wak ni..


Dia pakai moto lama je bawak aiskrim. Sekarang moto tu masih ada. Wak Selamat pun masih sihat dan kuat je nengoknya. Masih menjual asikrim, tapi jenis aiskrim pop tu yang warna warni dengan jajan. Tengahari atau petang, rumah tu mesti diserbu dengan anak-anak buah kita..hahhaa. Rumah dah dekat, kalau panas tekak, mestila cari aiskrim. Sampai anak kita pun terikut dah pergi beli dekat rumahnya, beli aiskrim..haishh..

Kenangan semua tu. Sekarang yang jual aiskrim orang biasa je. Semoga Wak Selamat sihat selalu dan panjang umur.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours