hai assalammualaikum

Laurier Muncul Dengan Packaging Baru - Memang banyak tuala wanita dekat luar, dan macam biasa mestila cuba semua nak tau mana yang bagus kan. Dalam banyak-banyak tuala wanita, nad suka dengan Laurier, sebab selesa, senang dibasuh dan tak bocor. Sebelum ni, Laurier satu warna je, sekarang mucul dengan packaging baru you alls..cantik pulak tu. Warna pink, ungu kebiruan gitu. Dari jauh dah nampak tau, meyerlah bungkusan dia.


Kao Malysia Lancar Laurier Serba Baharu Dengan Penampilan Dan Gaya Lebih Segar

Bungkusan baharu yang ‘Diperbuat dengan Penuh Perhatian’ (Made with Love) hadir dengan gaya dan penampilan lebih segar. Direka dengan mengambil kira keperluan dan kemudahan golongan wanita, tuala wanita serba baharu Laurier mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi Jepun, terutama ciri “Ultra Absorbent Core”.



Cantik kan bungkusan baru dia. Ada dua warna setiap bungkusan, warna pink ungu untuk Perfect Comfort (Maxi & Slim) dan warna biru hitam untuk Night Safe. Nad pakai baju pun dah sampai ikut tema bungkusan ni..hehee..Semestinya nad suka warna biru pink macam ni. Warna yang ceria gitu, takdela suram. Nampakla, kita wanita yang aktif yang boleh menjalankan aktiviti harian dengan penuh yakin dan selesa!


Presiden Kao Malaysia, Encik Masaki Fujiwara pada majlis pelancaran berkata,
“Sejak 35 tahun lalu, Kao Laurier terus berpegang pada komitmennya – menjaga wanita serta memperkasakan mereka untuk menjalani kehidupan dengan bebas menerusi teknologi dan inovasi Jepun. Laurier serba baharu memberikan wanita keyakinan kerana dapat menjaga diri sendiri dengan baik, menghilangkan rasa bimbang dan ketidakselesaan fizikal sepanjang tempoh datang bulan yang tidak dapat dielakkan.

“Menerusi produk yang inovatif ini, kami berusaha untuk memberi kepuasan dan memperkayakan kehidupan manusia dengan menawarkan pengalaman baharu kepada wanita dari segi keselesaan, keyakinan dan kemudahan.”

Laurier serba baharu direka berdasarkan kepada nilai “Yoki-Monozukuri” Kao, Laurier kini hadir dengan rupa dan ciri-ciri inovatif yang menawarkan rangkaian lengkap produk tuala wanita demi memenuhi keperluan yang berbeza. Reka bentuk Laurier serba baharu diberi perhatian khusus dan perincian teliti demi memastikan wanita sentiasa selesa sepanjang waktu datang bulan. 


Menerangkan tentang di sebalik reka bentuk bungkusan baru itu, Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata, 
" Kao Laurier “Diperbuat dengan Penuh Perhatian”. Reka bentuk dan penampilan bungkusan Laurier serba baharu direka untuk memenuhi keperluan wanita dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Terutama dalam kalangan wanita muda berusia 18 hingga 22 tahun yang mahukan bungkusan yang ringkas, berwarna-warni dan segar. Ultra Absorbent Core yang inovatif pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita, memastikan kulit kekal kering. Sekali gus memberikan keselesaan dan ketenangan minda kepada wanita, walaupun pada dua malam pertama kitaran haid mereka." 

Selalunya bila datang period atau datang bulan atau lampu merah ni, perempuan mesti resah. Resah bila pakai pad atau tuala wanita, lepastu bocor. Rasa dalam seumur hidup seorang wanita… mesti at least ada sekali kita akan mengalami peristiwa malang macam ni yang konfem konfem lah memang boleh bikin malu giler! ..hahaha..Tapi dengan Laurier, masalah tu tiada. Teknologi Jepun yang inovatif pada Laurier serba baharu memastikan kulit lebih kering, mencegah kebocoran dan tiada kebimbangan, walaupun pada dua hari pertama datang haid.

Quick Lock System – dwi lapisan udara yang lembut dan kering pantas menyerap dan memerangkap darah haid pada bahagian tengah tuala wanita ini. Diamond Surface pada Laurier serba baharu (kecuali Maxi Non Wing) menawarkan rasa kering yang mengagumkan dengan penyerapan dua kali (2x) lebih pantas, membuatkan wanita rasa lima kali (5x) lebih kering. Tuala wanita ini juga lebih senang dan cepat dicuci.

Laurier Night Safe Serba Baharu menampilkan Ultra Absorbent Core untuk penyerapan maksimum bagi menghalang kebocoran, walaupun pada hari dengan aliran darah yang banyak. Menyerap cecair 2x lebih cepat dan memerangkap aliran mendadak di dalam terasnya untuk mencegah kebocora pada bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.

Antara Produk Laurier:


Laurier Perfect Comfort Maxi
Maximum Absorbent 360°All Round Leak Guard
Ciri anti-kerenyuk mencegah kebocoran dan kerenyuk ke tengah.
Menahan darah haid dari mengembang ke bahagian tepi.
Laurier Perfect Comfort Slim
 

Laurier Perfect Comfort Slim
Maximum Absorbent Hyper Absorption
Menyerap cecair 2x lebih cepat dan nikmati 5x tahap kekeringan yang tinggi
Kulit lebih selesa untuk jangka masa yang lebih lama. 
Laurier Night Safe 
 






Susah kan, bila tidur malam, esok pagi bangun tengok bocor, lagi parah bila kena cadar atau tilam..hurmm.. Tapi bila pakai All-New Laurier Night Safe ni, tidur malam ku dengan lena. Tidak risau bangun pagi tentang kebocoran apabila datang bulan.

Bebas tidur dengan apa sahaja posisi..hehehe. Pad ni panjang tau,
memang dia tutup bahagian belakang kita, supaya bila datang haid tak bocor dekat pakaian atau tilam.

Direka dengan Ultra Absorbent Core baru dari Jepun, ia mampu menyerap cecair 2x lebih cepat dan memerangkap aliran mendadak di dalam terasnya untuk mencegah kebocoran pada bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur.

Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for leakage prevention
• Menyerap darah haid dengan pantas
• Membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa
jua posisi tidur
• Senang dicuci

#LaurierMadeWithLove #AllNewLaurier #LaurierNewStyle
#NoLeaksNoWorries

Laurier Night Safe with Safety Gather
Ultra Absorbent Core Maximum Absorption for leakage prevention
Menyerap darah haid 2x lebih pantas dan nikmati 5x tahap kekeringan, walaupun pada hari aliran berar anda. 
Padan dengan baik pada badan untuk membantu mencegah kebocoran di bahagian belakang dalam apa jua posisi tidur. 

Suasana Pelancaran Packaging Baru Laurier





Hah, korang bolehla datang ke Sunway Velocity Mall di Ground Floor, sebab diaorang ade dekat situ sehingga 12 August, hari Ahad. Kalau dah takde port bergambar, dekat situ ada banyak tempat gamabr korang boleh ambil, seeprti Magazine Frame, buaian, Photo Frame, dan tempat nad bergamabr dekat bantal tu..hah!!..


Emma Maembong dan Elfira Loy kongsi tentang Laurier terbaru ni. Cantik, kecik,molek diaorg ni tau.




Korang boleh dapatkan Laurier, dan join contest yang mereka anjurkan. Baca bawah ni tentang peraduan tersebut. Datang jangan tak datang..



Peraduan " Made With Love "

Hah!!, kepada wanita di luar sana, kepada semua pembaca nad, yang bekerja, tak bekerja, yang aktif , yang datang period tu..heehe..Ni ada peraduan best untuk korang. Hadiah best oo, pergi bercuti ke Japan dengan teman korang siap dengan jurugambar peribadi..Syok gilerr..

Sempena pembungkusan baru Laurier ni, Kao Malaysia menganjurkan peraduan ‘Made with Love’ di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah utama berupa percutian 5D4N ke Jepun untuk dua orang lengkap dengan jurugambar peribadi!

Caranya:
- Beli mana-mana produk Laurier serba baharu bernilai RM20,
- Rakam idea ‘Made with Love’ anda dalam sekeping gambar dan muat naik ke laman Kao Laurier Facebook dengan hashtag #LaurierMadewithlove.
- Gambar yang menerima paling banyak Likes akan dipilih sebagai pemenang.*

Maklumat lanjut, sila layari Kao Laurier Facebook https://www.facebook.com/kaolaurier/ atau laman web rasmi Kao Malaysia di https://web.kao.com/my/laurier/index.html#1



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

31 comments so far,Add yours

  1. Kita pun suka laurier!!.. selesaaa... ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  2. Uish bestnya hadiah contest tu! Boleh laa nak join, mmg dok beli pun hehe

    ReplyDelete
  3. waa.. cantiknya packaging baru diaaaaaa.. lagi2 hat kaler pink ittew-- hee~ tapi tu la.. akak tak serasi pakai laurier.. cuma kalau terdesak, tak de pilihan lain boleh la try..

    ReplyDelete
  4. Wow.. Packaging baru...Sally x berapa sesuai dgn Laurier..huhu..eh...kalau beli nak join peraduan je boleh ke? Haha

    ReplyDelete
  5. Did heard some good comments on this products

    ReplyDelete
  6. Wajah baru Laurier nih nampak lago freah dan cantik. Laurier memang bagus juga

    ReplyDelete
  7. I love to try this out. Laurier was the first brand I used when I first had my menses.

    ReplyDelete
  8. Laurier ni pun one of pad yg k.el suka..wahh ada peraduan..siap 5h4mlm dgn photog uols

    ReplyDelete
  9. Congratulations gor the launch! Their pop up booth looks so much fun!

    ReplyDelete
  10. Orang perempuan lah paling untuk hehehe tapi pakaging baru ini cantik dan menarik lah lebih nampak segar dan berkualiti tinggi bagus...

    ReplyDelete
  11. This new packaging with its striking colours look very vibrant and fresh. I love your outfit. It matches this colour scheme to a T.

    ReplyDelete
  12. Love this new packaging, the packaging is so fresh and simple looking! I love to use their pad!

    ReplyDelete
  13. Lepas ni boleh cuba laurier pulak.. Tak pernah pakai lagi jenama ni

    ReplyDelete
  14. Really I enjoy your site with effective and useful information. It is included very nice post with a lot of our resources.thanks for share. i enjoy this post. https://cpak.cyou

    ReplyDelete
  15. I have seen some great stuff here. Worth bookmarking for revisiting. I surprise how much effort you put to create such a great informative website. Your work is truly appreciated around the clock and the globe. CPAK Packaging

    ReplyDelete
  16. Packaging makes significant effect on customers purchasing choice and creates altruism among the customers. dukepackaging.com

    ReplyDelete
  17. I haven’t any word to appreciate this post.....Really i am impressed from this post....the person who create this post it was a great human..thanks for shared this with us. where to buy boxes

    ReplyDelete
  18. Great things you’ve always shared with us. Just keep writing this kind of posts.The time which was wasted in traveling for tuition now it can be used for studies.Thanks venta de cajas de cartรณn para mudanzas

    ReplyDelete
  19. BUY instant custom boxes with logo, custom printed boxes, custom packaging UK with 100% free shipping on 1 click. BPB is a complete online custom packaging boxes solution custom boxes wholesale

    ReplyDelete