hai assalammualaikum

Menangi Tiket Percuma Bangi Wonderland - Bulan 8 ni bulan Kemerdekaan, korang dah rancang nak bercuti dan rehatkan minda dekat mana-mana tak..Hah!1, nad cadangkan korang pergi je Bangi Wonderland, mandi manda dan main permainan dekat situ. Nad pergi ke sini dua kali dah, memang best. Sesuai untuk keluarga bersantai, sesuai untuk korang dengan kawan-kawan enjoy ok. Ada 16 permainan yang ada di sini. Korang boleh baca pasal Bangi Wonderland ni di link enjoy mandi manda di Bangi Wonderland . Lepas korang baca, mesti best kan, tengok tempat dia, hah, ni ada berita gembira, korang nak tiket masuk Bangi Wonderland secara percuma tak, siap package makan percuma dan boleh santai dengan artis kegemaran korang? Mestilah nak kan..haaaa..meh rapat, meh baca entry ni macam mana nak menangi tiket percuma Bangi Wonderland ni.

Gempak Merdeka Bangi Wonderland

Tiket Percuma Bangi Wonderland Bersama Artis

Sebelum ni nad pernah pergi untuk Gempak Giler Promosi Sekolah, memang tiket murah habis, ada artis lagi menyanyi dekat pentas, dan sekarang sempena Gempak Merdeka, Bangi Wonderland ada membuat contest dengan hadiah tiket masuk percuma dan makan tengahari untuk korang. Mudah sahaja contest ni weii..

Pihak Bangi Wonderland akan memilih secara rawak 5 peminat bertuah untuk bersantai secara eksklusif bersama artis pilihan anda di Bangi Wonderland. Tiket masuk dan makan tengahari anda adalah PERCUMA! hanya 1 penyertaan untuk satu orang sahaja tau!

Langkah yang sangat mudah:




1. Cepat-cepat Share/ Repost video ini di page facebook Bangi Wonderland Theme Park atau instagram Bangi Wonderland ( officialbangiwonderland ) dan beritahu “saya nak bersantai Gempak Merdeka bersama (Nama Artis) di Bangi Wonderland!'

2. Tag Facebook: Bangi Wonderland Themepark & Resort atau tag IG: officialbangiwonderland
Sertakan #GempakMerdeka2018

3. PM di Facebook: Bangi Wonderland Themepark & Resort atau IG : officialbangiwonderland maklumat penyertaan anda:
i. ‘Screenshot post yang anda telah share/repost’
ii. Nama Penuh, No IC, Nama Facebook/IG, No Telefon


Eksklusif untuk 5 orang peminat sahaja bersama setiap artis. Nyatakan hanya satu nama artis sahaja. Berikut adalah tarikh artis akan ada.
- 18 Ogos (Sabtu): Ella & Aishah
- 19 Ogos (Ahad): Achey Bocey & Tomok
- 25 Ogos (Sabtu): Nabila Razali & Sufian Suhaimi
- 26 Ogos (Ahad): Black Hanifah & Hazama

Cepatlah join contest ni, KONGSI video , mana tahu korang  yang bertuah! Cepat-cepat!
Kempen ini bermula pada 3 Ogos dan tamat pada 9 Ogos 2018, Khamis, jam 4 petang.

Cabutan dan pengumuman akan dibuat pada 10 Ogos 2018 dan disiarkan melalui FB Live Bangi Wonderland Themepark & Resort
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

17 comments so far,Add yours

  1. Perghh, best-best retis-retisnya! Tiba-tiba terasa rindu nak bawa anak-anak ke Bangi Wonderland ni hhihi

    ReplyDelete
  2. Wah ada Ella dengan Cumi2 lah. untung kalau menang contest ni kan

    ReplyDelete
  3. Bestnya tapi bln ni fullll.. xleh nk join tp xpela.. nk cuba gak nasib

    ReplyDelete
  4. Artis semua best2.. Insyaallah free nanti boleh join

    ReplyDelete
  5. Mahal tak? Dekat dengan kuis masa zira beljar belum siap lagi tempat tu.

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dapat pergi. Boleh gak release tension kan.

    ReplyDelete
  7. Alaaaa...ada Baby Pian..eh..hahahaha..nak pi nak pi

    ReplyDelete
  8. Wah ada ella la... Bestnya... Teringin nk ke sini dlu... Boleh la nk try join nnti.. Mne tau rezeki..hehe

    ReplyDelete
  9. nak join lah.. kalau2 memang dapat gak merasa pi bawak harraz.. harraz minat cumi2.. mamanya minat ella.. heee

    ReplyDelete
  10. Wah syaratnya senang jer..sempat lagi nak join

    ReplyDelete
  11. Bangi Wonderland ini dah makin meriah dah taman temanya kita tak pernah sampai lagi hehehe walaupun tak jauh sangat cuma tak ada masa nak sampai ke sana....

    ReplyDelete
  12. Best gak tu. Rawlins pun tak pernah pergi lagi walaupun dekat dengan rumah Rawlins. Jom reramai kita meriahkan Bangi.

    ReplyDelete
  13. Oh wow! such a great event and nice place to go too. I memang minat Ella, all the best to the participants.

    ReplyDelete
  14. Wonderland ini terletak dekat dengan uni saya dulu. Ha :D Selalu kami sekeluarga lalu wonderland ini ketika melawat UKM....mungkin patut cuba join contest in juga. :)

    ReplyDelete
  15. Bestny kalau dapat pergi. Not because of the tiket percuma saje tapi boleh bersantai dengan artist2. Nak join jugak lah contest ni.

    ReplyDelete
  16. Bestnya wonderland ni!! I pun nak dapat free ticket ni, I bet my hubby will love to go and enjoy all the performance too.

    ReplyDelete