hai assalammualaikum

Tengah tengok barang Smiggle

Mr Mafia Pun Suka Smiggle - Semua mesti tahu kan pasal kedai Smiggle ni. Siap ada isu lagi, siapa tak ada barang Smiggle ni dia miskin..Rasanya la isu macam tu..hahaha. Tak kisah pun pasal tu semua. Biarla orang nak cakap ape, miskin ka, apa ka, asalkan kita tau kenapa kita tak beli. Nak beli pun tak salah, hak masing-masing kan. Siapa masuk kedai Smiggle ni, memang tak keruan la, mana taknya, barang dia semua comel-comel, kiut, cantik, lip lap, lip lap gitu..hahaa..

Nad pernah masuk dua kali sebelum ni, memang bila masuk kedai Smiggle ni, terus cakap woww!!...haahha..Mana taknya, barang dia warna warni, memang menarik untuk orang masuk lagi-lagi perempuan. Barang dia pun macam-macam bentuk dan kebanyakannya adalah alat-alat stationary. Tapi sebenarnya, bukan orang perempuan je suka masuk dalam ni, sekali suami kita pun suka weii..hahahhaa.

Kotak pensil dia berkenan

disuruhnya anak pilih. Belinya tidak..

Haritu, lepas habis event Laurier, kitaorang jalan-jalan dalam Sunway Velocity Mall tu. Dah satu-satu masuk, sekali mr mafia masuk kedai Smiggle ni..hahaa. Nad ingat dia taknak masuk, tapi masa dekat luar kedai, dia cakap " cantikla barang-barang dia "..Terkjut kejap..hahaha..weeii barang-barang kiut macam ni, selalu perempuan je suka..hahaa. Sekali dia ternampak kotak pensil bentuk kereta. Dia dah suka dah, tapi bila dia tengok harga, kahkahkah!, nad gelakkan je. Paham-paham jela, mahal sangat..hehee. Tapi dia cakap, " takpe, nanti kumpul duit, boleh datang dan beli "..hahaha..Suka sangat dia dengan bentuk kereta tu.

Pensel box bentuk Bola pulak

Lepastu ada bentuk bola, ada cakap dekat Fariza " nah bola ni, suka tak "..adehla..anak kita gegirl bang oii..

Barang-barang beg sekolah yang cantik

Pensel box, cantiknya lahai

Banyak barang stationary dekat sini

Kitaorang jalan-jalan masuk je. Tak beli pun. Takde duit masa tu nak beli. Fariza pun memang jenis, kalau kita cakap taknak, dia takkan amik. Sebab tu, berani je masukkan dia dalam kedai mainan atau kedai macam Smiggle ni. Tapi tak tau la dah besar nanti kan..hahaha..Mungkin dah besar, kita cakap slowtalk, kita takda duit. Nak boleh, kita kumpul ye..hah!!, gituu..hehehe..

Nad tengok, walaupun harga barang Smiggle ni mahal, tapi dia tahan lasak. Yela, dibuat dengan jenis kain yang berkualiti, tahan lasak ni. Kalau tak, takkanla harga dia mahal bebenor macam tu. Kedai Smiggle ada banyak tempat dalam shopping mall. Kalau rasa nak beli, belilah..sebab nad pun rasa nak beli..haaha..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

23 comments so far,Add yours

  1. Last week pergi KLCC lalu jer... depan Smiggle tak singgah pun

    ReplyDelete
  2. hehehe memang geram tengok lawa lawa. harga pun ahahaha lawalawa jugak. tapi bekpek depa jual tu sesuai juga untuk orang dewasa. cuma mahal jela..

    ReplyDelete
  3. Huhuhu nasib baik saya tak minat benda benda macam ni nak nak lagi benda benda pink ni. Jimat duit hehehhe

    ReplyDelete
  4. hahaha memang mahal la kak nad smiggle ni.tapi sekali sekala sbg ganjaran untuk anak why not kan.Kita sendiri pun suka smiggle ni.yelah zaman2 dulu mana da benda smiggle ni.paling hot dulu pun pensil tekan2 gtu haaha

    ReplyDelete
  5. Barang smiggle memang cute-cute. Jadi nya tak hairanlah kalau orang lelaki pon suka.. hehe... So far jamu mata jer nad. TAk mampu poket nak beli.

    ReplyDelete
  6. Barang barang ni memang mahal, kadang kadang tu terfikir juga beli barang mahal mahal ni kalau hilang tak jadi punca anak anak gaduh ke di sekolah?

    ReplyDelete
  7. Kalau anak anak ramai, nak beli barang branded macam ni boleh. Itupun sebagai reward je kalau rajin belajar.

    ReplyDelete
  8. Wah smiggle.... Kt kl je ade ekk..johor xnmpk lak... Klo kita msuk pon pinar mata tgk mcm2 ade...colorful lagi..hahaha.. Tp mata pon pening lalat dgn hrganya.. Kekekeke..

    ReplyDelete
  9. Balik event babyshop aritu ada nampak kedai smiggle ni. Mujurlah Thahirah tak nampak kedai tu kalau tak confirm dia nak singgah. Singgah je la, beli memang takla. Tapi memang cantik dan warna-warni. Agaknya kalo zaman kita dulu ada Smiggle ni macam mana la kan kita nad huhu

    ReplyDelete
  10. betul betul..lelaki pun boleh tertarik dengan kelr brg Smiggle ni..kalerful ok. Tapi bila tengok harga, terus rasa cam hitam putih je brg2 Smiggle tu haha

    ReplyDelete
  11. Mmg org dewasa pun seronok dan boleh gila tgk smiggle. Liez th pasal smiggle masa kecoh hr tu. Bila lau dpn kedai tak rasa nak masuk.. tp anak2 liez diaorg dpt brg2 smiggle dr adik ipar smp liez naik pening nak simpan..xbg anak2 bwk kluar rumah..

    ReplyDelete
  12. Mahal gilos kot barang dia kan. Tapi peliknya ramai orang datang beli. Maybe dah ada pengikut dia kot

    ReplyDelete
  13. Bahaya masuk Smiggle nie tau. Rawlins ingat lagi mas abeli my first Smiggle @ Surfer's Paradise, Australia. Berpinau mata nak memilih sebab semua comel. Tapi kat Malaysia harga dia boleh tahan merabakkan poket kan. And Rawlins pernah tengok satu famili beli sampai 6 paperbag produk Smiggle. KAGUM!

    ReplyDelete
  14. Tak pernah lagi masuk kedsi smiggle nie. Selalu jenguk2 dari luar je. Yg sy tahu kedai nie mahal gilos. Nanti nk cuba tgok sndri lh harga2 barang kt sana

    ReplyDelete
  15. Smiggle ni mmg cute..tapi kita ada jual pencil case ala2 smiggle ni...jauh lagi murah...dia punya material semua sama...cuma yg ni xda brand jaah...hihihi

    ReplyDelete
  16. hahaha comel bila tengok ayah yang lebih beria..memang cantik produk smiggle ni..geram tengok design2 yang dikeluarkan..tapi harganya dia memang ahem ahem sikit heheheh

    ReplyDelete
  17. Pernah juga baca tentang mak ayah yang belikan anak produk produk super elite macam extreme original untuk anak bawa ke sekolah. Dah masuk tabarruj juga tu. Berlebih lebihan. Smiggle ni kalau mampu tak ada halangan pun. Cuma jangan sampai hilang sebab kawan kawan ambil. jadi masalah juga tu

    ReplyDelete
  18. Tak tahu & tak pernah masuk kedai Smiggle nie.. one day kena masuk ushar gak barang2 apa yg menarik kat sana nnti.. thanks atas perkongsian yea..

    ReplyDelete
  19. Hihi bagi AS yang gila kedekut ni memang tak la nak beli barang-barang macam ni walaupun comel. Sebab ianya cuma kehendak, bukan keperluan.
    Tapi kalau ada orang hadiahkan, kita sebat je ahaks

    ReplyDelete
  20. Hadiah ni the best betul.Kalau smiggle Ika suka sebab comel bukan beli untuk guna. Beli untuk simpan hehhe. Harga sangat boleh tahan huhuhu

    ReplyDelete
  21. Tak ada anak kecik so tak pernah pun masuk kedai ni. Tapi kalau mak saja2 masuk nak cuci mata boleh kan..hehehe. Teringin gak nak tgok barang2 yg depa kata mahal tu

    ReplyDelete