hai assalammualaikum


Wash Of Mask Half Moon Eyes Pinky Fruit

Half Moon Eyes Pinky Fruit Mask - Semingu sekali buat mask muka. Selalu pakai mask jenis topeng tu, kali ni pakai mask jenis sapu dekat muka. Lama dah tak pakai mask jenis krim ni..haha. Tapi mask ni bukan jensi pakai, lepas tu tarik untuk cabut, ni mask, pakai lepas tu basuh. Half Moon Eyes Pinky Fruit Mask, cute je packaging mask ni, bentuk dia pun comel je, tahanla pakai untuk 3kali. Bukan pakai hari-hari pun mask kan..hehee. Mask ni nad dapatkan dekat althea.kr . Dah nak habis mask ni, jadi haritu kita kasi habis la.


Masker Fruity Pink adalah mask berasaskan tanah liat, terdapat dalam pek kapsul 10ml. Teksturnya macam tanah liat, macam palydoh budak-budak tu..Tapi takdala liat sangat..kihkih. Warnanya macam pink, macam coklat pun ye. Korang perasan ada bintik-bintik hitam, sebbakan dia diperbuat daripada ekstrak buah naga, jadi tu seperti biji buah naga. Biji tu dapat membaik pulih muka kita.


Pakainya pun senang je, calit-calit dan sapu dekat muka. sapu bagi rata ya. Sapu dekat keseluruhan muka gitu. Boleh sapu pakai tangan, atau berus. Nad pakai tangan je. Tak kisahla korang nak pakai tebal ke nipis. Biarkan selama 10 minit, atau sampai mask kering. Seriusla, pakai mask ni sejuk je. Baunya memang harum, wangi semerbak bunga kasturi..hahaa..Pakai pun syok je. Serius, wangi sangat!! Dah agak-agak 10 minit. Lepas tu, boleh basuh dengan air suam. Basuh macam biasa. Memang mudah dicuci mask ni. Takdela keras macam tanah liat tu..hahaha..basuh macam cuci muka..Kena air je terus hilang.


Memang best, mask yang lain daripada yang lain. Selalunya, kalau pakai mask jenis sapu ni, akan buat muka jadi kering, tapi Pinky Fruity Mask ni, tak buat muka kering malah bertambah lembut dan kenyal macam tu..ahhaa. Masker naga ini mmbuatkan muka saya tanpa minyak dan kering. Kulit terasa bersih dari teras dan berseri selepas setiap penggunaan.


Mempunyai 8 faedah dalam masker ni iaitu Pengetatan lubang, Pengelupasan, Kawalan sebum, Penghidratan, Pelembapan, Kesan pendinginan, Penjagaan tekstur dan Nourishment.

Masker ni bukan sahaja boleh digunakan di bahagian muka, malah di bahagian dada, leher, lengan, kaki. Tapi, nad macam sayang sangat nak habiskan cepat mask ni, sebba dia best, nad pakai dekat muka je..hahaha.


Sekarang, masker Half Moon Eyes Pinky Fruity ni keluar dengan packaging baru. Lagi lawa. Masih lagi gambar buah naga.

Kalau barang kecantikan dari korea ni memang kebanyakannya best. Lepas ni boleh beli lagi Pinky Fruty Mask ni.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

21 comments so far,Add yours

  1. Eh dah packaging baru laaa. Emi ada beli ni dulu kat althea, bestttt

    ReplyDelete
  2. Macam best je sbb tekstur mcm tanah liat.. Packaging baru nampak cantik

    ReplyDelete
  3. Sally ade nampak blogger review dulu! waaaa...ade packaging baru...walaupun nampak sama je tapi ade la kelainan sikit kan sbb nmpk isi buah naga..hihihi

    ReplyDelete
  4. Kita jarang sangat la dapat pakai mask ni. Tapi tahu best kulit muka bila dah pakai tu. Lembut je. First time tengok mask jenis macam tu. Selalu tengok jenis bertopeng tu.

    ReplyDelete
  5. Madam best je, than berapa lama ni. Zira pun suka pakai

    ReplyDelete
  6. comelnya packaging! mesti sayang nak guna hahaha

    ReplyDelete
  7. This is my first time get to know about this brand, I quite like their packaging.

    ReplyDelete
  8. Macam best je nih :) first time dengar jenama nih. Salam kenal Nadia! Follower #1097 -- Syaza :)

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi guna mask yang jenis sapu2 ni, selalu guna mask yg jenis tepek jerk kat muka. teruja jgk nak try ni

    ReplyDelete
  10. Kalau akak mesti rasa nak makan, yelah dari buah naga kan mesti bau sedap. Hehehee!

    ReplyDelete
  11. comel packagingnya ek, kecik plak tuh. senang nak bawak travel ni. selit-selit pun boleh, mesti wangi baunya kan

    ReplyDelete
  12. dia macam bedak sejuk ke? comel je bentuknya aaa mesti best kan kalau pakai. sejuk gituuu

    ReplyDelete
  13. wow! looks like it's a great mask.. so special to apply like this.. great fruitty smell must be.. nice nice..

    ReplyDelete
  14. Bestnya mask macam ni..ada bau buah tu memang asyik tp tena hati2 jangan sampai terleka rasa nak makan plak...

    ReplyDelete
  15. Bonde pon suka barangan dan produk dari korea. Pakaging pulak comel-comel menarik sekali.

    ReplyDelete
  16. comelnya packaging dia !!! nice combination of color. tak sangka budah naga pon boleh dijadikan produk kulit muka. lepas nie nak cuba jugaklah. nampak mcm menarik dan berkesan j

    ReplyDelete
  17. Comelnya packaging dia nad. Nak cari la nanti. Macam best je bila nad pakai mask ni

    ReplyDelete
  18. Haha. Lain pun still comel packaging dia. Seua juga pakai mask ni sebab senang and jenis tanah.

    ReplyDelete
  19. Tak pernah lagi Cuba masker jenis ni . Nampak comel je kan terus buka pakai je kan. Pernah juga nampak jenama ni jual haritu .

    ReplyDelete
  20. Comella packaging ni. Produk ni rasanya banyak kali jumpa. Macam best dan menarik

    ReplyDelete