hai assalammualaikum



Harga Barang Di Ikea Banyak Naik - Sejak bila terjebak dan kenal Ikea ni?  Sejak kawin dengann mr mafia la. Dia la hantu ikea,  dan dibawanya sekali isteri untuk terjebak dalam ni..hahaha. Nah, sampai sekarang, ikea jela kalau rasa nak beli rak ke,  perabot ke. Join pulak group dekorasi Ikea, ermm lagi la suka.



Nad suka deko-deko ni sejak remaja lagi.  Waktu tu, inspirasi untuk mendekorasi nad tengok dekat kamus bergambar sekolah tu..serius weii. Semua gambar dalam tu teratur je, sampai berangan, nanti ada rumah,  nak deko macam dalam gambar tu..hahah. Waktu remaja, nad mana ada phone lagi nak google,  takda internet,  takda apa.  Nad ada handphone pun masa kerja partime lepas STPM rasanya..huhu

Harga Naik Lepas SST.. Betul Ke??

Lepas kawin, ikea jela tempat cari barang untuk mendekorasi rumah. Nad beli mana yang perlu je,  sebab harga barang dekat Ikea bukan murah,  mahal semuanya. Masa tu boleh consider belki lagi,  sebab masih mampu beli.  Tapi sejak ada SST ni,  nad tengok,  barangnya lagi naik harga. Ternganga kejap bila survey website dia. Aduhhh.. 


Contoh macam nad beli satu rak dekat Ikea ni,  rak Mulig nama dia. Gambar nad dah bagi tu. Cantik,  sebab warna putih,  lebar dan punyai 5 tingkat. Boleh letak banyak barang dekat situ. Nad buat letak barang-barang review nad dan hadiah yang kawan bagi.  Berbaloi beli, harga masa nad beli cuma RM199. Ok sangat..

Lepas tu nad tengok lagi lepas SST dilancarkan,  dia jadi RM222. Mak aihh,  naik banyak harga tu..fuh,  terkejut kejap. Duk fikir,  nak beli ke tak. Akhirnya nad beli juga,  sebab apa?  Mak nad yang nak..hehe. Mak nampak rak ni dekat rumah nad,  pastu dia cakap " elok rak ni,  buat letak tupperware dekat rumah mak,  tupperware kan banyak".. Hah bila mak dah cakap macam tu,  kita pun,  nak sangat belikan.  Bior hati mak kita gembira. Tersusun sikit rumah mak tu bila guna rak Mulig ni. 

Tu yang akhirnya beli juga..hahaha.. Harga dia pandang tepi jela.  Sebab lepas ni dah tak beli pun..hahaha. 

Barang dekat Ikea, kalau nak, kita kena survey dulu,  tengok harga,  kumpul duit baru beli. Kalau rasa barang dah naik gegiler mcm tu,  kau fikir balik berguna ke tak atau cari tempat dekorasi atau kedai perabot lain..haha. Tapi, ikea ni memang tempat berhantu,  orang tetap datang dan beli. Macam nad la..kahkahkah. 


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. barang2 di ikea semua lawa2 tp kena tunggu sale la baru dpt beli ni. tu pun request org minta belikan, siap kena 30% extra charge bila minta tolong org.. bisnes la sangat kan..

    ReplyDelete
  2. semua ikea eh kak nad? perasan jugak harga brg ikea time p ikea tebrau (rasa2 mcm dua bulan lepas) berbeza betul dgn harga brg ikea kat cheras. kat tebrau mahal gilaaa. tp xtau lah sbb sst ke apa ke tp kalau naik selepas sst pun, mcm banyak sangat dia punya naik tuu..

    ReplyDelete
  3. mak aiiii naik RM23 pas SST...tu satu barang... kalo byk2>???

    *pitammmmmmmmmmm*

    ReplyDelete
  4. dah lama tak singgah ikea. eerrmm. nanti nak kena buat spotcheck la. hihi

    ReplyDelete
  5. btul, mmg naik sket. tp cuba pejam mata & pi masa members sale shj

    ReplyDelete
  6. Dulu akak pun hantu ikea, pantang ada duit mesti pi shopping. Tapi sekarang dah slow sejak anak dah ramai, hehehee!

    ReplyDelete