hai assalammualaikum


Lunch Treat Surprise Di Mr Dakgalbi - Korang dah baca entry nad sebelum ni berkenaan surprise suami dan anak menggunakan khidmat Teddyprank? kalau belum baca, klik entry surprise ni sekarang. Kot la tiba-tiba korang nak buat surprise dekat orang tersayang pulak, dah tau nak tempah dekat mana kan. Hah!, masa surprise tu, nad buat dekat restoran Mr Dakgalbi, makanan Korea. Ni pertama kali nad makan-makanan Korea, sama juga dengan mr mafia. Sebab selalu nampak kawan-kawan post makanan Korea ni, sampai nad teringin nak rasa makanan korea ni. Banyak kedai makanan Korea dekat Mytown ni, last-last pilih Mr Dakgalbi.

Sebelum pergi ni, nad ada whatsup kawan, Sally nama dia. yang selalu makan makanan Korea ni. Tanya menu apa yang sesuai dan murah dekat Mr Dakgalbi ni. Jadi sdia suggest amik set..okla..sebelum tu google juga. Bila dah sampai tempatnya senang, takda terpinga-pinga. Mr Dakgalbi ni ada dekat Level 2 mytown.

Tengok kedai makan dia, luas, selesa dan bersih. Servis pun laju dan tak tertunggu-tunggu.

Sebenarnya tak tau pun apa maksud Dakgalbi tu, tapi baca Sally cakap Dakgalbi tu Ayam..ooo..ok..baru paham. Tapi tak semua menu dia ada ayam, ada juga yang seafood, sotong atau daging. Pada hari kejadian, nad order Dakgalbi 2 Pax Set.



Dalam set tu ada nasi, cheese, dan ramen. Wajib ada mestilah ayam dan sayuran. Ayam tu dah diperap denagn sos istimewa dia.


Setiap set dakgalbi tu datang sekali dengan side dish korean style , dan daun salad . Side dish tu termasuklah salad yang diletak mayonis , lobak putih , seaweed/ tofu soup dan kimchi. Nad suka makan salad mayonis tu, rangup je, makan macam tu je pun boleh. Pertama kali rasa kimchi, mula-mula macam masam, tapi makan dua tiga kali sedap dan rasa pedas.

Lepas tu air nad order Fanta grape, Lemonade dan orange untuk Fariza ( dia yang nak )



Disebabkan pertama kali datang, jadi jakun kejap. Makanan ni dimasak depan mata kita. Pekerja situ yang tolong masakkan, kita tinggal makan je..hehee..jangan risau tentang terpercik ke apa, sebab ada pendinding diletaknya sebesar alam tu..hahaa. Nasib datang sekeluarga, sebab portion dia besar ya amat..hahaa. Makan panas-panas, sedapp oooo..


Mr mafia lagila nampak pelik..hahaa..Nasib ada ramen, masing-masing boleh makan. Cuma baby Farhanah takleh makan..haha..tengok jela kami makan ye nak. Ramen dah biasa makan kan,ayam dia lembut dan sedap.



Lepas tu mr mafia cakap " maggi je ke, takde nasi "..waktu tu, nasi diletak dekat meja sebelah, dia tak nampak..hehee. Nad cakap la, tu ada nasi..hehe. Lepas habis makan ramen, panggil orangnya nak makan nasi pulak. Nasi tu dicampur sekali dengan cheese. Ingat pelik rasa dia, tapi sedap juga..nyumnyum..Mr mafia dah kenyang makan ramen, dia makan nasi sikit jela..hahaa.


Memang kenyang la bila makan dekat sini. Kalau tak habis boleh tapau ok..So balik rumah boleh sambung makan..kihkih..



Hah, korang kalau nak cuba, boleh tengok menu yang nad tunjuk ni.

Oh, Mr Dakgalbi ni dijamin Halal..so boleh makan tanpa was-was.


Jom la layan video nad makan dekat Mr Dakgalbi ni.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

32 comments so far,Add yours

  1. ala ala ala dah teringin balik :3 haritu makan masa letih so tak feel sangat haha

    ReplyDelete
  2. Akak tak pernah try makan kat restoran makanan Korea, nampak menyelerakan makanan dia. Nanti nak cubalah!

    ReplyDelete
  3. uuiii, sedapnya. Boleh la try nanti makan kat sini pulak...

    ReplyDelete
  4. wah.. nampak sedap nya.. i pun terasa nak makan ni... great lunch treat surprise... great ot hv surprise like this everyday.. haha

    ReplyDelete
  5. Pernah sekali makan mr dakgalbi. Sedap oh. Tetiba rasanak makan lagi. Tapi memang betul servis dieoran gbest. Tak lambat. Memang puas hati

    ReplyDelete
  6. airah memang suka makan mrdalgakbi niii.nasi goreng dengan ramen dia sedap hahahaha tetiba teringin nak makan lagi

    ReplyDelete
  7. Tengah membayangkan Nasi digaul dengan cheese.. apakah rasanya nad? huhu.. yang mee tu nanti sedappp.. nyum2.. ni yang buat lapo ni

    ReplyDelete
  8. Korean food are one of my favorite cuisine, the spiciness mmg sedap gilerrr, I've not tried Mr dakglabi before but they have a lot of outlets, will visit one soon.

    ReplyDelete
  9. Nanti akak nak makan kat sini la bila akak dh sihat..nanmpak sedap tu ha...bestnyaaaa...

    ReplyDelete
  10. Belum berkesempatan lagi rasa menu dari Mr Dakgalbi. Rasanya sama dengan restoran korea lain atau lebih sedap ye. Tengok gambar mmg mengundang betul rasa nk pergi.hehehe

    ReplyDelete
  11. saya tak aware sangat makanan korea ni. dia ala2 steamboat ye? best juga konsep kuali di depan mata ni

    ReplyDelete
  12. Kita pernah makan kat Mr Dakgalbi ni memang makan dalam periuk besar tu tapi orang Korea ni memang suka makan makanan sihat ada banyak sayur hehehe kita ni kurang sikit...

    ReplyDelete
  13. Menarik posting ni... Buat terliur je... Bila Mat Drat ke MyTown nanti, nak try jugak la... Harga pun tak mahal...

    ReplyDelete
  14. Aduhai terliur tengok Nad makan. Huda pun tak pernah makan kat sini.Cam menarik pulak, nak try jugak lah nanti.

    ReplyDelete
  15. Wahhh sedapnya. Sis memang suka makan kat Mr Dakgalbi ni..selalu pergi yg kat Mont Kiara. Memang sedap..lebih2 lagi kalau dicampur cheese..fuhh terlioq weii..hehehe

    ReplyDelete
  16. Tak pernah try lagi sini , ada temgok review tapi nampak mcm nasi goreng haha ..

    ReplyDelete
  17. Nampak sedapnya, siap blh masak2 dgn ank2 kan. Mesti ank2 suka jugak!

    ReplyDelete
  18. Wahhh asyik buat surprise jee hehe. Bagusla amalkan macam ni sesama pasangan. Yela bila kita gembirakan pasangan kita, hubungan pun lebih harmoni gitu.

    ReplyDelete
  19. Bestnya dapat makan dekat sini. Dari dulu sy teringin. Harga dia agak takut sbnrnya tp sesekali okay lah kot kan. Nanti nk cuba jugaklah !

    ReplyDelete
  20. Baru nak tany macam mr mafia, 'megi je ke?" hehe..nampak sedap sedap menu di mr Dakgalbi ni..tak pernah lagi makan kat sana..

    ReplyDelete
  21. Kak blm pernah lg mkn kat Sino,tgk mcn sedap sangat

    ReplyDelete
  22. so far havent try their food yet. seems delicious... wanna go attack this week!

    ReplyDelete
  23. Hahaha...ini yang gigih WhatsApp Sally tu eh...hahaha...yup...Dak tu ayam...Galbi tu nama masakan dia...so, jadi la Dakgalbi..hihii

    ReplyDelete
  24. Adoii sedap pulak tgk nad makan maggi tuu..byk fmly ramai2 best gak sekali sekala ni

    ReplyDelete
  25. Tinginnya nak mkn mknan korea dr dulu lg mcm menu2 ni semua npk meriah.adui nak kena try ni..mnlah branch terdekat penang

    ReplyDelete
  26. nampak sedap nasi tu.. teringin pula nak cuba.. tapi kena pergi dengan geng makan. baru semangat . hihi

    ReplyDelete
  27. Sedapnya,teringin juga nak makan. Ada cawangan kat Klang x

    ReplyDelete
  28. Ayu pun x pandai nk oder kalau mkn mknan korea ni, mesti cari talian hayat jugak ni hahaha

    ReplyDelete
  29. tak pernah lagi makan kat restoran korea.. nama makanan pun tak familiar lagi.. huhu.. tak tau boleh masuk tekak ke tak lagi

    ReplyDelete
  30. Tak pernah makan makanan korea. Sbb org kata pedas.
    Kita risau pedas yang kita tak tahan. Hehe
    Sedap sangat ke nad makan disitu. Tgk harga set ok la. Berbaloi beli set.

    ReplyDelete