hai assalammualaikum

Bersalin Di Hospital Swasta Tanpa Caj Tambahan, Ibu Yang Sedang Hamil Mesti Suka Ni

Nad tau, ramai wanita yang hamil, berkeinginan nak bersalin di hospital swasta. Lagi-lagi semasa nak melahirkan tu disambut oleh doktor perempuan. Nak bersalin pun tak rasa takut, tenang je dalam labour room tu..hahaha. Nak melahirkan anak pun mudah. Dengan suasana yang selesa, dapat pula layanan yang tip top daripada nurse, dengan doktor yang baik, makanan yang sedap..kiranya semua perfect la. Rasa taknak balik pulak, nak duduk situ selamanya..hahaa. Kalaulah semua ni, dapat dengan harga sekali bayar, tanpa caj tambahan, kan best...



Pakej Bersalin Sekali Bayar Di Rampai Puteri Medical Centre - Ni, ni yang nad nak bagitau, memang ada pakej bersalin dekat hospital swasta yang sekali bayar je tanpa caj tambahan tau. Hah!!, kenapa, terkejut, tak percaya ? Ya ibu-ibu sekalian,silalah percaya, sebab nad sendiri pun baru tau juga. Nad dapat tau daripada kawan, yang Rampai Puteri Medical Centre buat pakej bersalin terbaru tanpa kenakan bayaran tambahan. Kiranya, korang bayar sekali sahaja la, jika ada berlaku emergency case,  tak perlu bayar lagi. Allahuakbar, tak percaya lagi..




Nah dengar pasal Serenity Package yang tak perlu bayar extra ni. Layan video yang nad letak. Video ni nad ambil dari facebook Rampai Puteri. Nampak tak, nampak, bukan seorang dua je cakap, artis pun ada.  Kalau kena emergency caesarean? Vakum, pemindahan darah, ubat dan barang lebih, tinggal lebih hari siap dengan makan minum, semuanya Rampai Puteri cover.

Selalunya, kita ni tak jadi nak bersalin dekat hospital swasta sebab memikirkan soal perbelanjaan. Yela, kita tak tau kompilasi apa yang berlaku dekat ibu hamil ni, atau apa yang berlaku dekat anak. Mana tau, tiba-tiba ibu kena caeser, tak boleh bersalin normal, harga dah lain. Lagi, kita tak tau tiba-tiba anak kena tahan wad lebih lama, dah kena bayaran tambahan. Tu antara sebabnya yang menyebabkan ibu yang hamil berfikir banyak kali nak bersalin dekat hospital swasta.

Apa Yang Tiada Bayaran Tambahan tu??
Lepas korang tengok video tu, korang mesti rasa nak bersalin dekat Rampai Puteri Medical Centre ni. Dah jelaskan tentang pakej bersalin dia. Ke tak jelas lagi? Meh nad bagitau,
- Tiada bayaran tambahan untuk Pembedahan Kecemasan Ceasarean
- Tiada bayaran tambahan Segala ubatan dan barang dipakai
- Tiada bayaran tambahan kelahiran secara vakum
- Tiada bayaran tambahan jika perlu tinggal lama di hospital
- Tiada bayaran tambahan untuk transfusi darah

Jenis-Jenis Bilik
Apa lagi korang nak tau, berkenaan bilik, boleh sahaja. Ada tiga jenis bilik di Rampai Puteri Medical Centre, dan semua harga bilik berbeza-beza. :

Serenity Suite – RM4200



- Bila tengok bilik ni, memang privacy habis. Bilik paling first class gitu. Siap ada sofa, untuk suami berehat semasa temankan isteri. Siap package dengan peti ais tu..pergh..Bilik macam ni sesuai untuk tetamu datang jenguk ibu bersalin. Alahai bestnyaa..

Serenity Single Room – RM3800



- Bilik ni sama privacy dengan suite tapi sederhana besar. Ada sofa juga.

Serenity Open Ward – RM3200



- Hah yang ni jenis duduk ramai-ramai. Tapi kalau nad, dapat macam ni pun dah best. Sebab tau mesti ibu-ibu bahagian dekat sini. Dapat sembang, takda rasa sunyi sangat. Satu kawasan 4 katil, masih nampak luas dan selesa untuk tetamu datang.

Untuk Pakej Serinity sekali bayar tanpa bayaran tambahan ni, semestinya ada terma dan syarat. Korang boleh tengok gambar di bawah ini.




Kenapa Perlu Pilih Rampai Puteri?

Pusat Perubatan Rampai Puteri adalah kemudahan perubatan sehenti yang memenuhi keperluan ibu, wanita dan kanak-kanak. Mempunyai satu pasukan doktor yang berpengalaman dalam obstetrik & ginekologi, pediatrik, anestesia dan rawatan dan penjagaan pesakit luar.



Rampai Puteri adalah sebuah hospital dengan pasukan profesional yang terdiri daripada gabungan kakitangan yang berpengalaman, yang semuanya komited untuk memberikan penjagaan yang terbaik. Ward dan klinik pula dikendalikan oleh pasukan kejururawatan yang berkelayakan, responsif kepada setiap keperluan pesakit

Nad ada baca komen yang ada di instagram dan facebook Rampai Puteri Medical Centre, semua kata best. Ramai cadangkan tempat ni..

Nad yang baca ni, macam nak mengandung lagi je..hahaa..( anak baru 8 bulan oii )..Ye, masa mengandungkan anak kedua, nad memang teringin nak bersalin dekat hospital swasta. Lepas ni, kalau plan nak mengandung untuk anak ketiga, bolehla berslain dekat hospital swasta, sebab dah tau dekat Rampai Puteri Medical Center hanya sekali bayar sahaja, tiada caj tambahan lain..kihkihkih.

Korang macam mana pulak? Bersalin tak perlu risau. Semuanya diuruskan Rampai Puteri..


Kalau nak tau lebih lanjut lagi berkenaan Pakej Bersalin Tanpa Caj Tambahan ni, atau nak tempah, boleh hubungi Rampai Puteri Medical Centre :

Rampai Puteri Medical Centre
No 9 & 11, Jalan Seri Rejang,
Rampai Business Park South,
53300 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Web : www.rampaiputeri.com
FB : www.facebook.com/rampaiputerimedicalcentre
Instagram : https://www.instagram.com/rampaiputeri/
Emel : rampaiputeri@gmail.com
Tel : 03-41312039

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

23 comments so far,Add yours

  1. adooo~ bestnya kalo masa sakit suami dapat teman.. :)

    ReplyDelete
  2. Wahh.... Bagus ni Nad. Standby tuk baby ke-3 Nad ehh?

    ReplyDelete
  3. wao... this is good... no hidden additional charges stated clear there.. can recommend to my friends now.

    ReplyDelete
  4. Wah bagusnya! Sekali bayar tanpa caj tambahan! Sangat convenient pula tu tempatnya. Dengan cara ni ibu-ibu mengandung pun boleh rasa selesa apatah lagi lepas menahan sakit melahirkan. Syabas, Rampai Puteri Medical Centre!

    ReplyDelete
  5. bestnya. privacy, luas lagi

    ReplyDelete
  6. Jatuh hati dengan Dr Fadzlina, pernah berurusan di sana dlu masa anak picky eater...berkesan sungguh tipsnya...sekarang tgk pakej bersalin ni rasa mcm nak mengandung sekarang hahahah

    ReplyDelete
  7. bestnya...boleh letak dlam list ni..hehe..ececeh..haha

    ReplyDelete
  8. Nice sharing !! Menariklah.. Bolehlah share dengan bakal-bakal ibu pula lepas ni. Tiadalah stress sangat nak kena fikirkan kos bayaran pula lepas ni. Kira sekali bayar ajelah

    ReplyDelete
  9. Bagus bagus senang untuk ibu ibu yang sedang mencari cari tempat utk bersalin. At least senang nak buat budget and still dapat better care too.

    ReplyDelete
  10. Baca pun macam tak percaya. Baguslah ada pakej terbaru macam ni dri pihak Rampai Puteri Medical Centre. Kos beranak mahal juga kan. Huhu. Bolehlah kongsi dengan kawan dan sedara pakej ini.

    ReplyDelete
  11. yeah glad you sharing here, my friends will want to know the prices. Not easy to have baby now as it's not going to be cheap esp if got to private hospital.

    ReplyDelete
  12. Baguslag Rampai Medical Centre ni, sangat memudahkan pada family yg bersalin dekat sini kerana tiada caj tambahan yang dikenakan tu yang menarik tu he he he

    ReplyDelete
  13. Bagus jugak ya ada pakej cam ni. Hospital pun not bad..cantik. Selesa ibu2 lepas bersalin. Sis dah melepasi alam ni..so tak merasa dah le dok Rampai Medical Centre ni..hehehe

    ReplyDelete
  14. Harga dia ok lah kan. Affordable. Bilik pun cantik. Lagi satu Fadzi suke term dieorang satu harga tak ada tambahan kalau ade additional servis

    ReplyDelete
  15. Woww, syok la kalau takde extra charges. memang emi perasan ibu2 yg nak bersalin ni kdg2 turn off nak bersalin hosp swasta, sebab risau ada komplikasi lalu menambahkan kos yg perlu dibayar. Bagus la hosp ni buat pakej mcm ni. Tp harapnya servis yg diberi pun tiptop la.

    ReplyDelete
  16. Best pkej ni sbb confirm takde caj tambahan. Sbg ibu yg nak bersalin opkos kos tambahan paling ditakuti takut terover budget

    ReplyDelete
  17. elok la. offer yg terbaik utk ibu2 nak bersalin.
    ayah pun save bila nak byr. takde caj tambahan.
    bila spital offer yg terbaik gini, baru la ramai yg nak bersalin sini.
    bisnes strategi yg sgt bagus dan mulia.

    ReplyDelete
  18. Bagus ada pakej macam ni. Tak ada risau sangat nak bersalin kat hospital swasta.

    ReplyDelete
  19. good. good. bagus kalau tak de caj tambahan

    ReplyDelete
  20. without extra charge? this is good.... It's nice to hv package like this.. good news for pregnant parents...

    ReplyDelete
  21. All-in-one packages mmg menyenangkan budget ibubapa skrg, x payah risau kena Top up kos Perubatan yg tiba2.

    ReplyDelete
  22. Perkongsian menarik.. pakej2 yg ditawarkan menarik dan menyenangkan tuelah yg menjadi pilihan utk ibu2 bersalin..

    ReplyDelete
  23. Kawan akak plan nk beranak kt sini...dia kata sini affordable la kan...tgk hrga mcm ok ja...
    Tpi dia kata lana nordin pun dpt sponser beranak kt sni..dia kata takut next time da mahal sebab retis da beranak kt sni kan

    ReplyDelete