hai assalammualaikum

Alat Pembersih Makeup Yang Comel Di Daiso - Haritu masa sambut birthday Fariza dekat Kidz zone Melawati Mall, nad pergi ke kedai Daiso. Biasalah masuk kedai ni tengokla barang apa yang menarik. Masuk keluar sampai dua kali..haaha. Mula-mula tengok dulu, lepas tu masuk lagi baru beli..hhehee..biasalah kalau masuk kedai tu, nak dapatkan barang lain, terus beli yang lain juga.

Tengah-tengah tengok barang, ternampak alat pembersih makeup ni. Comel sangat, kecik je. Satu jenis bekas dan tempat bersih, satu lagi bentuk telur. Satu warna pink, satu lagi warna biru. Apa lagi, tengok comel je, nad pun ambil dan beli.


Ni la dia, dua alat pembersih makeup yang nad rembat..haha. Sampai dua, sebab comel sangat.

Yang warna pink tu, dua dalam satu, tempat bersihkan makeup dan tempat letak berus dia lepas basuh. Senang, takyah beli banyak bekas kan.



Cara guna pun senang je. Buka penutup tu, hah bahagian tajam tu la tempat bersihkan brush makeup. Bubuh air dalam tu, bubuh pencuci cecair khas makeup, gosok berus di dalam dia mengikut arah jam sampai bersih.


Korang boleh tengok contoh dekat video ni.


Kedua pulak, bentuk jenis telur. Sebab comel dan dia warna biru, nad pun beli..gediks kan..apa benda comel semua nak beli. Sebenarnya apa dalam Daiso tu rasa nak beli je semua..hahaha..


Yang ni jenis pakai, berus brush makeup dekat bahagian garis-garis tu. Letakla pencuci cecair khas makeup ye, jangan lupa. Lepas tu gosok-gosok macam dalam gambar. Ada tempat pemegang dia dekat bawah alat ni. Best juga..bersih je brush makeup.

Biasalah perempuan, semua benda berkenaan alatan makeup semua nak  kena ada..Penting tau..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

40 comments so far,Add yours

  1. ok zassss gi cari gak hahahahha

    ReplyDelete
  2. Oo..beli kat situ ek. Nanti kita g cari juga ye hehe

    ReplyDelete
  3. Waahhh!! Rasa sekarang jugak nak gi Daiso. hehe

    ReplyDelete
  4. Plan nak beli sponge comel tu tapi kat LAzada hehehe

    ReplyDelete
  5. Memnag comel. Eh geram pulak tengok. Kat sini tak ada daiso. Kalau ada memang shopping sakan

    ReplyDelete
  6. owh...camtu guna dia..selalu tgk je ..tak pernah beli...haha..tak sabarlah nak terjah daiso

    ReplyDelete
  7. Daiso ni banyak produk comel2. Harga pun within budget. Anak suka juga masuk sini. Tambah comel kalau bekas warna pink. Hehe...

    ReplyDelete
  8. Disebabkan kita bukan kaki mekap dan hanya ada lipstik dan fd jerk, jadi ni first time tahu yg berus2 mekap juga perlu dicuci.rs mcm ketinggalan zaman btl i n hahaha

    ReplyDelete
  9. Comel je bekas cuci mekap tu. Rasa nak cari juga satu kat Daiso area rumah ni, harap-harap ada la kan.

    Suka yang warna pink sebab boleh letak berus lepas basuh.

    ReplyDelete
  10. Wah comelnya. Mereka yg ada banyak berus mekap wajib beli ni. Sebab murah dan praktikal

    ReplyDelete
  11. Comel comel barang cuci make up nye. Fadzi ni pulak bukan jenis bermake up sangat. So memang tak ada dah berus berus tu. Dulu ade lah tapi sebab dah tak pakai, dah buang sah semua.

    ReplyDelete
  12. Kat Daiso macam-macam boleh jumpa kan. Harga pun murah dan berbaloi kot..leh jimat lebih

    ReplyDelete
  13. Ok nak cari jugaklah nanti... kena ada satu mudah nak cuci berus-berus dan sponge make up

    ReplyDelete
  14. Bila tengok tempat pembersih tu tiba2 teringat tempat masuk kain.Tapi yang ni versi kecil. Ish ni kalau bawak org pompuan masuk daiso ni memang tak keluarkan. hehehe

    ReplyDelete
  15. Alah cutenya haritu pergi Daiso tak perasan pulak. Nak kena pergi lah nanti cari. Nak bersihkan berus makeup kat rumah tu.

    ReplyDelete
  16. Masuk daiso memang rasa nak shopping macam macam benda. Nak nak dalam tu barang dia comel-comel kan. Haha
    Comel la bekas yang nad beli tu

    ReplyDelete
  17. Masuk daiso, plan beli benda lain. Keluar kedai beli Benda lain. Hahahaha. Jenuh! Ruby cuci mekap guna mesin beli kat lazada tu. Tak lenguh tangan.

    ReplyDelete
  18. Wah..bagus jgk ada pembersih makeup,dulu xda pun kual,skrg semua dah ads

    ReplyDelete
  19. Haaa nak cari jugaklah, biasa akak pakai buang je. Hehehee!

    ReplyDelete
  20. Nak kena gi cari jugak ni...tak pernah cuci pun.

    ReplyDelete
  21. alamak..nak pi Daiso laa weekend ni..berus kat rumah ni dah karat dah

    ReplyDelete
  22. pantang nampak benda comel dan berguna. Confirm nak beli juga..hihi

    ReplyDelete
  23. amboiii! kemain ye org perempuan suka dgn produk mcm ni? dkt daiso macm2 produk ada. kite mmg suka ke sana. sbb unik hehee

    ReplyDelete
  24. Wah...nak cari la kat Daiso..menarik dan dan perlu ada ai dalam bag make up..kadang2 susah nak cuci berus mekap kan..so mmg perlu ada jenis macam ni...senang

    ReplyDelete
  25. Nti nak cari juga lah tmpt cuci berus tu..cute sgt

    ReplyDelete
  26. Daiso oh Daiso.
    Nape la ko ada kat msia ni? Kalu msuk, x kurang 4 brg ada dlm bakul tau! ha ha ha...
    Bagus ni, Nad. Sebab nampak mudah ekk. Harga pun murah.

    ReplyDelete
  27. Kita ada yang pakai pegang tu je, kaler pink. Itu pun orang bagi atau free gift tak silap. Hahaha. Kalau masuk daiso memang tak sah la kalau tak beli apa2 kan.

    ReplyDelete
  28. Oh! ada ye alat pembersih cam ni. Ni nak kena belek membelek kat Daiso one day. I kalau datang sini mana pernah balik tangan kosong. huhuhu...tu ar takut masuk.

    ReplyDelete
  29. WAHHHH! NADIAH SIAP ADA BERUS MAKEUP, BANYAKNYA BERUS MAKEUP DIA, ANYWAY ONIE PUN LAMA GAK TAK MASUK DAISO, DAISO SEMESTINYA BEST.

    ReplyDelete
  30. Menarik jugak alat bersihkan berus makeup ni ya..comei je, rajin le bersihkan kalau ada alat macam ni. Nak ke Daiso beli gak lah..:D

    ReplyDelete
  31. Macam2 ya benda kena ada untuk make up ni ya. Fuh nasib baik la kita ni lelaki. Hehe

    ReplyDelete
  32. Looks good and useful. I should try get it too.

    ReplyDelete
  33. Dah lama x masuk Daiso. Tapi kalau masuk memang gitu la. Lain nak dicari, lain yang dibeli. Kadang tu mainan anak yang dapat. Barang sendiri tak jumpa. Hehe

    ReplyDelete
  34. Hehe kalo gi daiso memang rambang mata tapi kak min sejenis tak terlalu obses pasal make up jadi tak tgk sgt la benda2 ni hehe

    ReplyDelete
  35. Oh wow this is very useful for me. Wait kejap nanti i singgah Daiso, sometimes tak berani masuk Daiso juga. Sekali masuk penuh satu bakul entah apa lah... semua i nak beli.

    ReplyDelete
  36. Daiso ni mmg byk sgt benda comel. Masuk nak beli satu barang, keluar adi 10 barang. Mmg selalu sgt kena perli ngan husband kalau masuk daiso haha

    ReplyDelete
  37. Wahh bagus laa ada ni....xpayah susah2 nk cari alat pembersih make up kt tmpat lain....daiso pn ada jual....masuk kedai ni mmg harapan laaa nk balik tangan kosong....harga pn kemain murahkan....penuh2 bakul...

    ReplyDelete
  38. Wow comel gila tmpt cuci tu. Nanti akak nak cari jugak lah. Tahnks nad for sharing this

    ReplyDelete