hai assalammualaikum

Makeup Simple Oleh MUA Hayati Hashim - Dah lama muka ni tak dimakeupkan dengan makeup artis ( MUA ) ni. Haritu nad ada photoshoot untuk satu produk. Wajib ok muka ni perlu dimakeupkan, barula masa nak ambil gambar muka ni cantik je..hahaa. Lagi muka nad jenis yang ada bekas jerawat sikit, haruslah kena tutup bagi hilang segala cela dekat muka ni. Kalau makeup sendiri mesti hancur..hahaa..Sebab tu suka dimakeupkan dengan jurumekap MUA ni. Tangan berseni diaorang ni boleh buat muka kita jadi cantik seperti artis gitu..hahaa. Makeup kali ni nad guna sis Hayati Hashim dari Lamar.




Make Up Artis Hayati Hashim Dari Lamar

Memang tak sabar nak tengok hasil dia macam mana kan. Mula-mula dia bersihkan muka kita dari segala kekotoran ni. Leps tu start pakai foundation, buat kening, sampaila ke gincu. Hey nad rasa sekejap je dia buat tau, takda lama macam MUA selalu buat..hahaa. Tepek, tepek dah siap. Masa ni dia yang tentukan, makeup simple je la ye, barulah natural. Yup nad setuju, sebab nad pun taknak over sangat makeup. Masa photoshoot ni pun nad tak pakai bulu mata palsu tu, sakitla nak gam dan cabut semua. Sis Hayati ni tau la macam mana nak bagi nampak hasilnya cantik walaupun makeup simple dan bulu mata tu melentik.


Hasilnyaa..tadaaa..Makeup simple tapi hasilnya hebat kan. Suka sangat nad tengok hasil makeup dia. Sis ni makeup nad macam nad nak pergi jalan-jalan je, tapi tengok la, macam ni pun dah woww!!. Muka ringan je tak berat dan tak tebal. Sis ni tak bubuh banyak foundation pun, letak sikit je. Suka giler ok kita dengan makeup dia ni. Yang penting dia tau macam mana nak jadikan muka kita nampak cantik, MUA kan.


Dari muka tak siap macam tongkang pecah, tiba-tiba muka nad berubah jadi seperti Mira Filzah..kihkih. Banyak lahai nad ambil gamabr sebab makeup dia,..haha..sayang nak tanggalkan. Makeup tak pecah pun..muka ni macam licin je..habis tutup cacat cela semua..hehee.



Oh, photoshoot masa tu ada masuk dalam air tau..hahaa. Jangan terkejut ok, dah macam model internantional masuk dalam air segala..hehee. Jangan tak caya, makeup ni tak cair dan tak hilang pun bila kena air, memang waterproof. Tengok jela gamabr, kena air pun masih kekal cantik. Ya ampun..jujur cakap berbaloi amik Sis Hayati Hashim ni sebagai jurumekap haritu.


Ni gambar masa balik, tetap elok lagi makeup ok..walaupun dah masuk air beberapa kali.


Model lelaki yang ditouchup kan oleh sis ni juga..hehee.


Akak ni ada bridal tau. Nama bridal dia Lamar. Dia ada buat package untuk perkahwinan. Sesiapa nak kawin tu, bolehla ambik package akak ni..memang terbaik.

Kalau korang nak jurumekap, untuk majlis kawin, majlis event apa-apa yang memerlukan MUA, korang ambil Hayati Hashim
Facebook: Hayati Hashim
Facebook: Mak Andam Kiri
Instagram: https://www.instagram.com/bussaina.rias73/


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

26 comments so far,Add yours

  1. cantik mekap dia, nad..tak berat & masih nampak original muka kita...

    ReplyDelete
  2. ya ampun mati-mati kak lily ingat gambar yang first tuh hasil makeup huahauhauahuahua kelakar betullah. tapi memang cantiklah hasilnya siap boleh masuk dalam air tuh makeup tak luntur kan

    ReplyDelete
  3. fullamak, nampak macam anak dara laa looks macam ni

    ReplyDelete
  4. siyes glowiglowing muka Nad...nampak perbezaan...akak suka kalau mekap kekal macam ni...x yah nak touch up banyak kali kan...

    ReplyDelete
  5. cantik. best sbb waterproof. tu yg nk belajar mekap

    ReplyDelete
  6. Wah waterproof senang cmni kalau berpeluh sakan xd la bercapuk wajah...cantik!

    ReplyDelete
  7. Serius lah...!! Memang cantik sentuhan kak Hayati
    Suka tengok Nad hari tu

    ReplyDelete
  8. memang cantik sangat hasil makeup dia. suka tengok nampak soft dan tak terlalu heavy tapi still nampak cantik. ada yang makeup tu kalau berpeluh dah nampak cakey tapi ni siap masuk air lagi

    ReplyDelete
  9. Mula-mula Qiya tengok, dalam hati cakap "asal muka nad macam mak nenek ni?, teruknya makeup!" Ingat yang first tu hasil lepas makeup haha. Tapi betul memang cantik makeup dia, simple je dan tak ada la berubah ketara muka sebelum dan selepas kan.

    ReplyDelete
  10. Wah.. macam mira filzah. Mekap simple but nice. Mekap yang best kalau tahan lama. Btw photoshoot apa tu dalam air. Hehe macam menarik ja

    ReplyDelete
  11. Amboi macam Mira Filzah tak boleh cari makan lah macam tu artis-artis kat Malaysia ni hehehe tapi memang cantik dan kemas hasil makeup dia ni. Orang laki pun kena Makeup tengok Ben tu hehehe makin macho kena touch-up kontrol Ben....

    ReplyDelete
  12. Retis you!!! Memang cantik make up dia. Lagi bagus kalau sendiri boleh make up cam tu. Yang bagus dia make up tak tebal and tak nampak fake. Just gorgeous! Thumbs Up!

    ReplyDelete
  13. Aah la nad, serius muk nad jadi ala2 mira filzah. Cantik sangat hasil make up

    ReplyDelete
  14. Curlassss !!! Sampai dalam air sesi bergambar tu. ini mmg dah level2 antarabangsa nie. Hebat lah Kak Nad ! Suka tengok hasil tangan MUA nie. Cantik dan tak tebal. Nampak just nice dan kena dgn tema tu. wahhh abg Ben pon ada. Bukan calang2 org tu. tak sabar nk tgok hasilnya nanti

    ReplyDelete
  15. Wah wahh photoshoot dalam air giteww. Tapi mmg betul cantik la make up dia. Tak nampak macam fake sangat setebal2 alam mcm separuh MUA buat. Julia pun x suka pakai eyelashes kalau make up. Rasa berat je nak bukak mata haha.

    ReplyDelete
  16. Hebat cam professional model shoot dalam air.

    ReplyDelete
  17. Wahhh beruntungnya. Last kena mekap masa zaman jadi penari dulu, lepas tu memang lama dah tak bermakeup. Huhuhu kita tak pandai bersolek sendiri

    ReplyDelete
  18. Cantik makeupnya sesuai dengan muka Nad. Pandai MUA ni ubah penampilan Nad dengan makeup kreatifnya

    ReplyDelete
  19. Suka hasil makeup ni tak sarat & nampak tebal. Tapi muka nampak berseri dan cantik. Sesuai je untuk majlis santai.

    ReplyDelete
  20. Memang cantik giler hasil dari mekap. Lain benar lebih berseri-seri. Tidak keterlaluan sederhana tapi still
    Nampak menarik

    ReplyDelete
  21. Memang lawa makeup dia, natural beauty sangat!

    ReplyDelete
  22. wah!! bagus lah hasil MUA nie.. tak terlalu tebal..makeup ala2 natural beauty & tahan lama even dlm air.. mmg best la!! AM suka!!

    ReplyDelete
  23. Hahaha tetiba last sekali gambar Ben. Muda 10 tahun Nad dan Ben bila dah dimekap. Sebab mekap MUA ni nampak kemas je muka uols. Suka tengok.

    ReplyDelete