hai assalammualaikum


Tawaran Hebat Pakej Perkahwinan Di Pameran Pengantin MEFA 2018 - Nak kawin memang best, serius best, sebab masa tu la kau jadi raja sehari..haha. Tapi, tapi, nak merealisasikan apa kau nak seperti raja sehari tu bukan mudah ye. Kena fikir dari A sampai Z. Lagi susah kalau takda sesiapa bantu. Menangis kau, rupanya banyak benda nak kena buat..sobsob. Teringat masa nad kawin, masa tu tak tau nak tempah baju dekat mana, doorgift lagi. Tapi nasib baik nampak post dekat facebook pasal MEFA ni. Terus ajak tunang kita waktu tu yang sekrang dah jadi suami, ke MEFA tu..hehee. Senang, banyak pilihan dekat situ, kau pilih dan tengok harga je mana kau rasa mampu. Kalau korang nak tau baju pengantin dengan doorgift nad dapatkan dekat Pameran Pengantin MEFA ni.

Kalau korang yang nak melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih lagi belum buat persiapan majlis atau pun masih lagi tercari-cari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis korang datanglah ke Pameran Pengantin MEFA yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada bulan December 2018 ini . Pameran Pengantin MEFA ni memang akan setiap tahun. Memang macam-macam jenis tawaran pakej perkahwinan yang ada. Dekat sini korang boleh cari semua pakej perkahwinan lengkap untuk majlis perkahwinan korang.


Pameran Pengantin MEFA 2018 Kembali

Kali ini, Pameran oleh Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) akan menawarkan pelbagai promosi, pelbagai pakej perkahwinan lengkap, pelbagai jenis vendor perkahwinan khas untuk bakal pengantin. Sesiapa yang tengah rancang nak buat majlis perkahwinan, tengah mencari produk seperti, Katering, Pelamin, Busana Pengantin, Pakej Lengkap Pekahwinan, Dewan Perkahwinan, Kad Kahwin, Fotografi, Videografi, Door gift, Hantaran dan macam-macam lagi, Pameran Pengantin MEFA adalah pilihan paling tepat. Jangan lepaskan peluang tau! Pameran Pengantin MEFA akan berlangsung pada bermula pada 7 Disember 2018 (Jumaat) sehingga 9 Disember 2018 (Ahad) di SACC, Shah Alam.


Menarik Di Pameran Pengantin MEFA

Teringat masa nad datang sini, memang macam-macam ada, pening juga nak pilih mana. Tapi kita pilih ikut bajet kita. Apa yang Menarik jika anda membuat tempahan di pameran? Dengan promosi selama 3 hari sahaja daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti. Vendor-vendor perkahwinan ini menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, percuma kambing golek, percuma penghantaran dan paling BEST! Percuma pakej bulan madu. WOW! Memang rugi kalau tak cuba rebut peluang ini. Tengok, macam-macam diaorag bagi hadiah semata nak bagi kepuasan kepada bakal pengantin.





Korang datang sini bukan sahaja dapat tengok pakej perkahwinan yang korang nak, tapi ada cabutan
bertuah sebab penganjur akan memberikan cabutan bertuah seperti baucer, barangan gajet, pakej bulan madu, wang tunai, Tshirt limited edition dan banyak lagi untuk bakal pengantin. Meriah weii, siap ada cabutan bertuah, mana tau luck korang kan.


Bagi yang 1,000 orang terawal datang, penganjur akan menyediakan hadiah istimewa nanti. Rugi kalau tak datang awal dan buat tempahan awal, silap-silap nanti, habis semua orang rebut. Bagitau je pasangan, set datang awal pagi, banyak hadiah menanti.




Selain itu, MEFA juga ada buat secara LIVE untuk pertunjukan fesyen dan makeup di pentas selama 3 hari. LIVE Makeup daripada MUA ternama di Malaysia akan dilakukan di pentas MEFA pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pertunjuk fesyen pada hari terakhir iaitu Ahad.

Jangan ketinggalan tau! Ini tawaran yang bukan main-main untuk bakal-bakal pengantin. Bagi
memudahkan semua yang datang, boleh layari laman social penganjur yang sentiasa up to date
perkembangan pameran.



P/S: Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi: Encik Azahari (012-
3871775). Jangan lupa share hal ini dengan keluarga atau rakan-rakan you all yer.


SHARE 21 comments

Add your comment

  1. Bagus lah dieorang buat macam ni. Sape yang nak kawen tu, better pergi event macam ni sebab boleh jimat tenaga, jimat masa dan jimat duit jugak. Dulu saya tak pergi. Rasa penat sangat nak mencari semua benda asing asing

    ReplyDelete
  2. Hujung² tahun biasanya banyak offer...
    rugi kalau x grab..

    ReplyDelete
  3. Banyak offer hujung2 tahun ni.. lagi2 musim cuti sek mmg byk majlis kawen. Mana yg nak kqwen oleh survey2.. manatau ada yg berkenan

    ReplyDelete
  4. Nasib baik I dah kahwin. Cecantik sangat pelamin tu. Kalau tak, mesti dah pergi redah jugak nak carik pakej2 menarik kat sana. Senang semua pakej xyah pening kepala carik satu2 nnt.

    ReplyDelete
  5. sape-sape yang nak kahwin tu mesti pergi sini kan nad sebab time ni lah tawaran diskaun semua ada.. dapat pakej yang murah sebab ada promosi..

    ReplyDelete
  6. wahh bagus ni. bakal pengantin haruslah datang. jangan lepaskan peluang. banyak benda nak kena fikir dan set up kan sebelum hari bersejarah tu :)

    ReplyDelete
  7. Bukan senang nak jd Raja Sehari tu tauu...hahaha...byk benda yg kena ambil berat lagi-lagi kalau jenis yg keluarga penuh adat...dah lama tak pergi festival gini..last masa abg dengan kakak nak kawen je..hahaha

    ReplyDelete
  8. Zaman sekarang Elok la cari pakej perkahwinan. Mereka lebih tahu market price utk bahan mentah dan cara handle event. Tp kena pandai la survey. Tanya banyak soalan. Sebab nak kawen tu bukan libatkan pengantin aje. Seluruh keluarga perlu ambil tahu. Hehe.

    ReplyDelete
  9. untuk bakal pengantin memang sesuai sangat datang tempat macam ni sebab memang banyak promo menarik. banyak boleh jimat.airah sebab dah kahwin jadi duduk diam2 je hahaha

    ReplyDelete
  10. bagusnya sekarang ni dah bnyk pilihan pameran pengantin mcm ni kan. MEFA ni nampak menarik betul, lagi best bila dgr adanya mcm2 hadiah boleh dpt kat situ mcm baucer, cabutan bertuah dan lain2 tu hehe. Untungla bakal pengantin skrg ni, dpt usha2 dulu pelbagai pakej2 menarik dan cantik2 pulak tu, siap boleh dpt extra dgn hadiah2 lagi hehe. Nice!

    ReplyDelete
  11. Pernah gi mefa ni.. Meriah n best tgk2 pameran pelamin dan baju2 kahwin.. Mmg lawa sgt2

    ReplyDelete
  12. sesiapa yang nak naik pelamin eloklah pergi event macam ni. boleh dapat consultation dari professionals lagi. boleh berjimat cermat

    ReplyDelete
  13. Musim makan nasi minyak dah. So bakal pengantin semoga majlis berjalan lancar. Harap tak de yang kena tipu wedding planner lagi. Yang ada ura ura nak kahwin tu cari la yg bertauliah.at least yang reputable camni.

    ReplyDelete
  14. Seronok kalau pi tengok vendor-vendor ni peragakan koleksi busana masing-masing. Memang nampak glam sangat. Memang untung kalau booking masa ni. Ada free macam2 lagi siap ayam golek. Bagi yg nak cari vendor perkahwinan eloklah datang sini.

    ReplyDelete
  15. Zira pernah pergi pameran mefa ni, best makan makanan tester pun sedap. 2 Kali pergi ingat masa terdekat dapat kawin. Ermm, takde jodoh nak kawin cepat

    ReplyDelete
  16. Alolo sweetnya gambar first tuuu. Throwback waktu majlis sendiri ye? Heheh. Bagus juga ada pameran camni. Banyak sikit choice nk pilih ikut citarasa sendiri kan. Timing yang tepat sangat untuk Nad tetibe ada tawaran camni hehe.

    ReplyDelete
  17. Memang menarik pkej perkahwinan yang ditawarkan. Berbaloi dengan harga dan servis yg ditawarkan. Nantinkita war-warkan dekat member

    ReplyDelete
  18. Yeayyy MEFA datang lagi ! Inilah waktu yg paling ditunggu2 buat pasangan yg nk melangsungkan perkahwinan. Banyak pakej dn promosi yg ditawarkan. Jom !!

    ReplyDelete
  19. Menarik betul pakej perkahwinan sekarang, berbaloi!

    ReplyDelete
  20. bestnya.. siap de cabutan bertuah...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2