hai assalammualaikum

Fariza Dah Mula Petah Bercakap - Fariza dah masuk usia tiga tahun, mula la mulut dia macam mak nenek. Bercakap tak henti, makin petah bercerita dan bercakap. Tapi nad suka, sebab nad suka dengar dia bercerita, dengar dia cakap, nad pun layankan je. Dia dah kenal huruf, dah kenal warna, dah pandai bergaya..hehehe..


Tapi tiga tahun ni, perangai dia lagi banyak songeh..hahha. Nak pakai baju, dia pilih sendiri. Tak suka koto-kotor, macam selipar kotor,dah geli. Naik kereta, buka tingkap, rambut kena angin, dah rimas, siap cakap " daddy, ambut, ambut (rambut) .ishh"..hahaha..sampai macam tu sekali. Orang jawa cakap mentel ( ngada-ngada).

Tapi Fariza ni pembersih orangnya. Sebab daddynya dah ajar dari kecik, masa makan jangan lap baju, guna tisu. Sekarang ada kain lap dia sendiri. Kalau kotor sikit tangan tu, mesti nak lap..hahaha. Sekarang dah pandai, lepas makan basuh tangan.Dia pergi basuh tangan sendiri, siap sabun.


Bila buat salah pandai cakap " sorry mommy ". Bila disuruh buat kerja, " ok mommy"..Dah pandai bergaya, pandai amik gambar.


Bestnya sebab masa dia bercerita, berborak..Kadang faham apa dia cerita kadang buat-buat faham je..hahaha. Bila tengok cerita dia, dia cerita balik kat nad. Bila dah kenal warna, setiap kali mainan dia, semua disebut warna. Memang usia dia tiga tahun ni memang mengelikan hati nad.

Nampak tumbesaran dia depan mata sendiri. Memang seronok.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours