hai assalammualaikum



TonyMoly Panda Koleksi Makeup Saya Yang Cute - Sekarang, barang makeup ada macam-macam jenis tema ok..hehee. Bila nampak koleksi makeup panda dari TonyMoly ni terus ambik. Tengokla tu bukan main cute lagi dengan mata dia, tangan dan telinga..hehee. TonyMoly Panda ni ada banyak sebenarnya, tapi nad baru ada dua koleksi iaitu TonyMoly Cream White Hand Panda Dream  dan Panda's Dream Smudge Out Mascara. Dua barang ni, nad dapatkan dekat Althea.


TonyMoly Cream White Hand Panda Dream

Cream White Hand Panda Dream ni krim memutihkan tangan. Kotla nak tengok tangan putih ke tidak..hahaa..yela muka je putih takkan tangan tak putih kan..kihkih. Ia menggunakan ekstrak buluh dan madu untuk menyuburkan tangan kering dan mencerahkan warna kulit anda. Bebas dari Paraben, Benzophenone-5, dan pewarna buatan. Dirumus dengan Honey Manuka dan Bamboo Sap, krim tangan menghidrasi dan mencerahkan kulit.

Bahan utama nya ialah:
Manuka Honey - Ciri-ciri antibakteria dan anti-radang semulajadi membantu menenangkan dan menyembuhkan kulit.
Buluh sap - Kaya dengan mineral, gula, dan asid amino yang memberikan penghidratan yang sengit.
Niacinamide - Memulihkan kulit terhadap penuaan dan memerangi kesuraman kulit.
Beeswax - pelindung semula jadi yang membantu melembutkan dan melegakan kulit.


Krim ni sangat tebal, kena gosok lama dekat kulit supaya ia serata dekat tangan. Krim ni tidak melekit dan sangat lembap. Ia takde bau, bau biasa je. Jadi pakai untuk putihkan kulit je..hehe..Sebab bungkusan dia yang comel tu membuatkan kita nak ambil..hahaa..

Pakainya macam biasa je, ambil sedikit dan sapu dibahagian seluruh tangan. Pakai waktu pagi dan malam.


TonyMoly Panda's Dream Smudge Out Mascara 

Ni pulak Panda's Dream Smudge Out Mascara. Ingat biasa-biasa je maskara dia, tapi melentik juga bila pakai.Maskara microfiber ringan ini membuatkan bulu mata melentik dan panjang sepanjang hari tanpa smudging. Sap buluh dan ekstrak menguatkan kelentingan untuk kemasan yang licin.


Maskara Pandan Dream ni bila dipakai, bulu mata jadi melentik macam pakai bulu mata palsu tau. Tak akan buat mata kita comot apabila pakai atau bila terkena hujan ke apa. Sangat mudah dicuci. Berusnya pun lebat dan mudah digunakan. Memang bila kita pakai, rapi je takda la comot ke apa.

Sebabkan dia comel, ada bentuk panda tu sebab nad ambil...hahaa..saja tambah koleksi makeup yang kiut miut ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Kenapa comel sangat makeup tu. Alahai. Geram tengok. Nampak menarik tang maskara tuh. Memang suka kumpul maskara ni. Nak try la nanti

    ReplyDelete
  2. Alahai comeynyer..ni kalau dapat kat anak ni syok depa ingat mainan

    ReplyDelete