hai assalammualaikum

Farhanah Ada " Peneman " Dia Ke?? - Tiba-tiba malam ni nak cerita seram pulak..hahaa..Seram ke, takda la seram sangat. Mulanya fikir, budak nak membesar, jadi macam-macam perangai dia keluar. Tapi bila cerita dengan adik beradik, mulalah diaorang buat cerita seram..huh..Kita pun malas nak fikir, tapi takut-takut juga ni..hahaa. Kejam sungguh adik beradik kita tau.


Ceritanya kelmarin, nad dekat dapur tengah masak. Farhanah duduk juga dekat dapur, tengah seronok "kemas" pinggan mangkuk. Lepas tu nad pergi ke depan sekejap, tengok phone. Takdela lama sampai 15 minit, dalam 3 ke 5 minit macam tu. Lepas tu, ke dapur semula. Tengok-tengok si adik takda. Mula la dah cuak. Panggil-panggil dia " adik, adik".."Farhanah, Farhanah "..Cari dekat bilik air, sebab dia akan cari nad dekat dapur, tak pun bilik air. Tengok takda. Tengok dekat jamban, takut masuk dalam lubang jamban ke..Allahuakbar jauhkan..Tengok-tengok takda.

Pergi ke ruang tamu semula, panggil " adik, adik "..kot mana tau dia dah ke depan tanpa kita sedar. Tengok-tengok takda. Ok, jantung dah laju, dah nak nangis ni..Rasa nak telefon mr mafia dah. Tapi, tiba-tiba nad terfikir satu, adakah dia naik tangga pergi atas?

Nad naik tangga, panggil " adik, adik "..Sekali, keluar satu kepala dari bilik..Terus nad "Adikkkkkkkk"..korang paham-paham jela macam mana perasaan tu. Ya Allah, dia naik tangga. Tangga dekat rumah nad ni memang tinggi, hanya orang yang pernah datang ruamh ni je tau tangga tu tinggi macam mana. Ya Allah, nasib adik takda apa-apa.

Yang membuatkan nad terfikir, Farhanah memang tak pernah nak naik tangga. Pernah dia tengok kakaknya, atau nad naik tangga, tapi tak selalu, dan dia pernah cuba nak naik, tapi patah balik semula sebab macam takut atau was-was. Tak sangka, kelmarin, tinggalkan beberapa minit dah sampai atas , siap masuk bilik. Hanya beberapa minit. Laju betul.

Dan hairannya, masa dia naik, nad tak dengar langsung bunyi tapak kaki dia naik. Tangga ruamh nad jenis kayu, kalau orang turun memang akan dengar walaupun tak kuat. Perkara terjadi bukan dekat adik sahaja, malah kakak dulu umur setahun pundah naik tangga sendiri, senyap-senyap, sama situasi macam adik. Nad pernah cerita dalam blog ni. Klik entry Terima Kasih Fariza


Bagitau la dalam group keluarga. Mulalah abang buat onar. Kata Farhanah ada "kawan"..kakak terus sambung , terus direct cakap hantu..ciss kuang asam..menciklaaa..


Takpa kita fikir positif..Farhanah dah besar. Anak-anak nad memang pandai bawa diri..huhu..Dahla haritu Farhanah jatuh buaian..haishh..lasak sangat budak sorang ni.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. jgn fikir bukan2 nad..dia tgh melasak tu..:)

    ReplyDelete
  2. haha..biasa nad..akak pun ada pengalaman macam ni..sedar2 sampai atas siap bertepuk tangan.

    ReplyDelete
  3. budak-budak tengah membesar selalu gitu hehehe

    ReplyDelete
  4. Wahhh, beraninya farhanah naik tangga.. Tak padan dengan kecik. Hehe. Tp budak tengah nak membesar memang macam tu. Kejap je hilang ke sana ke sini. Penat nak mengejar, haha

    ReplyDelete
  5. husnuzon.. insyallah xde pape. cuma boleh juga pasang surah Al Baqarah tiap2 malam
    non stop. kita ikhtiar juga..

    ReplyDelete
  6. The ultimate article. Thank you for writing a good article to read.
    สล็อตโจ๊กเกอร์

    ReplyDelete