hai assalammualaikum


Alamak Muka Berkedut, Jangan Bimbang, Murad Dew A Little, Bentuk Kecik Tapi Mampu Atasi Masalah Kedut Dan Garis Halus

Murad Dew A little Travel Pack - Kita ni kalau boleh nak kekal cantik, nak nampak muda walaupun usia semakin meningkat ni. Biar orang cakap, " cantiknya muka ko, licinnya kulit, takda kedut pun dekat muka ye walaupun usia ko dah meningkat ni "..hah gituu..Siapa tak kembang kan, kalau kawan cakap macam tu..hahaha. Cuba korang belek-belek muka korang tu dekat cermin, ada tak kedut atau garis halus dekat muka tu. Kalau ada, cepat-cepatla cari produk yang mampu atasi masalah kedut dan garis halus ni. Hah!!, jangan risau, nad nak kenalkan korang dengan produk Murad Dew A Little Mini Pack ni. Kecik molek je, tapi fungsinya wow!!!..

Biasalah, umur dah meningkat, mula la garis-garis halus, kedutan kesan penuaan di wajah ni akan muncul. Itu menandakan kita kurang ambil berat tentang penjagaan wajah. Dengan penggunaan Murad Dew A Little ni, insyallah, ia mampu atasi masalah mengurangkan kedutan dan garis halus di wajah dalam masa 1 minggu jika digunakan secara berterusan.


Murad Dew A Little ni jenis krim warna putih. Teksturnya ringan dan tidak melekit. Bila sapu je dekat muka, terus je meresap ke dalam kulit. Ia mampu memberi penghidratan 24 jam untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedut di muka. Keistimewaan Murad ni ia menggunakan teknologi asid hyaluronik meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air untuk penghidratan yang tahan lama. Jadi ia bukan sahaja mengatasi masalah kedutan malah melembapkan muka korang.

Murad Dew A Little ni takda bau wangi ke apa. Bau dia macam ubat gatal warna putih tu..Kalau korang biasa pakai ubat gatal tu la..ehehe..

Cara memakainya:
- Urut secara merata ke muka, leher dan dada secara lembut. Nak lagi bagus, lepas guna Murad A Dew Little ni, boleh gunakan Murad sunscreen di siang hari sahaja untuk melindungi kulit daripada sinaran UV. Ia boleh digunakan pada waktu pagi dan malam.

Kandungan Utama :
- Ekstrak Kelapa : Mengekalkan kelembapan dengan lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan menjadikan tekstur kulit lebih licin serta kelihatan lebih muda
- Asid Hyaluronik : Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh kedalam permukaan kulit bagi tujuan penghidratan yang lebih baik dan tahan lama
- Mentega Shea, Alpukat, Bunga Matahari dan Minyak Buah Zaitun : Membantu memulihkan kelembutan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.

Produk ni juga bebas daripada paraben, sulfat , gluten dan phthalates. Jadi selamat nak digunakan. Lagipun , produk Murad ni dibuat oleh Howard Murad iaitu ahli dermatologi yang disahkan oleh lembaga, ahli farmasi terlatih dan Profesor Klinikal Perubatan di Sekolah Perubatan Geffen, UCLA. Sebab tu nama produk ni Murad..hehee.

Murad Dew A little sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kira kulit jenis
- Kering
- Kombinasi
- Normal
- Sensitif.


Dalam gambar, nampak je macam besar, tapi sebenarnya ia didatangkan dengan saiz mini edisi terhad yang ringan, comel sangat. Saiz kecil yang mudah dibawa ke mana sahaja. Jadi peneman setia bila keluar bercuti. Memang boleh je sumbat dalam beg.

Nad tau pasal Murad ni pun daripada kawan. Kawan cakap produk skincare Murad ni memang bagus. Ada kawan nad memang pengguna Murad ni. Nad tengok muka dia pun cantik je, takde kedutan di muka. Muka maintain awek muda je walaupun anak dah tiga..fuh..


Murad Dew A Little Saiz Mini ni merupakan " Bestselling Hydro-Dynamic Ultimate Moisture " dengan harganya hanya RM88. Nampak je macam mahal, tapi bagus.

Selain Murad Dew A little ni, jenama Murad ada pelbagai skincare lain..korang kalau rasa nak cuba, boleh je ke
Website https://www.murad.com.my/
                https://www.murad.com.my/dew-a-little
Instagram: https://www.instagram.com/muradmalaysia

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

29 comments so far,Add yours

  1. baru tahu pasal produk ni. nice sharing nad

    ReplyDelete
  2. wah dah viral pasal murad dew little ni..memang senanglah kalau nak pergi travel..saiz kecil. Alah k.el pun kulit muka dah makin mereput..nak sangat kalau ada produk yang boleh atasi kulit2 mereput ni..nanti bolehlah try..

    ReplyDelete
  3. Convenient size means it'll be easy to bring around and let you apply on the go effortlessly. So it can keep you going huh. Sounds like a must have for ladies

    ReplyDelete
  4. Akak dah guna dan akak memang suka..kalau nak tau akak dah repeat order sebab hydro cream ni sangat sesuai dengan akak...garis- garis halus dah berkurang dan bila pakai pagi sebelum mekap memang mekap kita nampak blend dan cantik je..waktu malam pun guna...sebab tu cepat habis

    ReplyDelete
  5. maintain muda lah macam ni Nad. salah satu produk wajib ada gituh kan

    ReplyDelete
  6. i'm using murad product.. but not this one.. looks great.. maybe i should try it too! nice one.. looks young always!

    ReplyDelete
  7. This product looks good. I like to keep my skin moisturised and hydrated too. It is very important.

    ReplyDelete
  8. mcm pernah dengar and tengok brand ni sblom ni.. now you dah bagi i more info.. boleh la nak try plak.. hehhee

    ReplyDelete
  9. wahhh bestnya i rasa i pun perlu cari skincare yang boleh elak penuaan sebab muka pun dah start nampak saggy.. huuu.. hopefully it works for your skin Nad, Murad ni pun dari I sekolah dulu dah dengar jenama ni, teringin gila nak pakai tapi sampai sekarang tak pernah cuba cuba lagi, dah lah terlepas peluang untuk attend dia punya skincare treatment haritu sadist kan heeeee

    ReplyDelete
  10. Kecil je rupanya..Nampak macam besar.. Nanti akak nak tengok kat IG dia.Tak pernah dengar pasal produk ni.

    ReplyDelete
  11. Kita penah try murad sunblock.. Mmg best.. Apatah lg produk lain dia kan.. Bgus krim ni tuk anti penuaan..

    ReplyDelete
  12. I like Murad skincare also, they are reliable and effective also.

    ReplyDelete
  13. Bagus produk ni untuk org2 yg dah berumur dan alami masalah kulit berkedut. Produk Dr Murad ni mmg dipercayai sejak dari dulu lagi rasanya. Boleh suggest kt mak. Bnyk dah garis2 kedut kt muka sejak umur makin lanjut. huhuhu

    ReplyDelete
  14. Kak Nadia muda lagi lahh! Tapi patutlah kulit nampak makin tegang and glowing. Guna produk Murad rupanya. Nad setakat ni tak pernah lagi guna apape produk dari Murad. Teringin juga nak try sebab tengok banyak positive feedback.

    ReplyDelete
  15. Produk Murad ni memang dulu lagi sis dah aim je, bila dapat 1 ni yahooo terus pakai n sampai sekarang tak miss lagi...:D. Memang dah tahu lama yang produk dari Murad bagus dan berkualiti

    ReplyDelete
  16. produk Murad nie memang terkenal sejak dahulu lagi. ramai yg kata bagus sebab banyak membantu menjaga kulit muka bagi nampak muda dan anjal. nanti sy nak cuba jugalah memandangkan usia semakin meningkat nie

    ReplyDelete
  17. Kwan akak ada sorg kulit dia ada problem jerawat yg teruk. Dia wat treatment dengan murad ni and pkai brg2 murad lepad tu ok.. Cantik kulit dia sekarang

    ReplyDelete
  18. ahhh i heard about this brand before, ofcoz recently many bloggers posted about this too. good to see that it is useful for you, i would love to try it one day too!

    ReplyDelete
  19. Nampak kecik tapi banyak sebenarnya, packaging simple. Brand ni mcm familiar je, maybe sbb mcm prnah tengok mmber pakai hehe

    ReplyDelete
  20. Murad kreadibilitinya ramai yg puji sangat terbaik. Mampu menjadikan kulit oebih berseri dan cantik

    ReplyDelete
  21. Dari dulu kan ade brand ni. Dulu pernah je masuk tv. Tengok brand murad ni macam bagus jugaj kualiti die untuk orang yang ada breakout semua

    ReplyDelete
  22. sejak dah berumur ni saya kena la cari produk yang anti penuaan.. haha banyak sangat di pasaran sampai tak tahu nak pilih yg mana. hehe

    ReplyDelete
  23. Asal produk2 anti aging ni memang terasa nak pakai semua tau..haha ^^ risau btl tgk garis2 halus mulai keluar d wajah hehe

    ReplyDelete
  24. Pakai ni memang best .Kulit rasa lembut dan tegang

    ReplyDelete
  25. Teringin nak try produk jenama murad ni. Tengok ramai Yang update. Rasanya dah perlu jaga dengan pakai produk anti aging .Maklumlah umur makin meningkat .

    ReplyDelete
  26. produk yang bagus n baik kiranya untuk kulit Bonda yang sgt2 sensitif ni...susah benar nak mencari produk yang sesuai dengan kulit muka bonda ni...boleh juga nk cuba...

    ReplyDelete
  27. Bagus ni, ramai zira tengok pakai kesannya baik tau.

    ReplyDelete
  28. Kak ana dah pakai ni 3 minggu. Best sgt. Nampak kulit lebih sihat dab muda cmtu :)

    ReplyDelete