hai assalammualaikum

Berseronok Di Future Land Fun Zone Sunway Pyramid - Hari minggu semalam,  nad bawak anak buah jalan-jalan ke Sunway Pyramid. Cadang, nak main bowling,  tapi ternampak satu tempat permainan yang menarik berdekatan dengan bowling dekat situ.. Hehee. Tempat yang nad pernah main sebelum ni,  memang best dan gempak permainan dia. Jadi nak bagi anak buah rasa pulak. Future Land Fun Zone permainan virtual reality dari alam fantasi dan kita sendiri akan nampak seperti real, depan mata kita,  macam kita rasai sendiri.

Future Land Fun Zone,  Permainan VR Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Apa yang buat nad tertarik nak masuk sini,  sebab ada permainan pusing-pusing.. Hahaha. .Lagi gempak ooo. .Bila lagi dapat rasa kan.. Terus ajak mr mafia masuk, nak main ni. Dia pun on je.. Hehehe..


Tempat dia luas,  tak sempit,  jadi orang masuk tak berlanggar sesama sendiri.

Harga Tiket Masuk Ke Futureland Fun Zone Sunway Pyramid


1 game: RM20
2 game: RM 35
3 game: RM50
6 game perseorangan: RM95
6 game dua orang atau lebih: RM85 seorang

Tiket Expired Seminggu
Ok, bila korang dah tiket,  korang kena simpan tiket tu elok,-elok,  sebab setiap permainan, dia akan tanda dekat tiket tu,  mainan mana yang korang dah main.

Korang boleh keluar masuk taman permainan. Maksudnya,  korang ambil 4 permainan,  korang baru main 2 permainan,  kemudian korang nak pergi makan dulu. Lepas makan boleh datang semula. Atau pun,  korang nak datang hari lain pun boleh untuk habiskan 2 mainan lagi.. Hah,  bagus kan.  Yela, mainan macam ni kadang ada orang tak tahan,  pening,  muntah.. Hah ni kelonggaran dia bagi..



Meh layan dulu video ni.. Hehehe.. Tengok seronok ke tak seronokla. .Menjerit,  bergelak ketawa main dalam ni. Pastu baca info setiap permainan. .Hehehe. .

Enam Jenis Permainan Di Future Land Fun Zone

Dalam ni ada 6 games yang berbeza. Permainan virtual reality simulators yang menyeronokkan,  ada racing kereta,  menunggang roller costers,  terbang pandu jet dan banyak lagi.. Haritu,  semua permainan nad main. .Hahaha.. Memang syok sangat. Release tebsion dekat sini..Hilang semua masalah..hahaha..

Exo Jet Simulator
Hah,  sebab permainan Exo Jet Simulator ni la, yang nad nak masuk ke Futureland Fun Zone ni.. Hahaha. Tengok dari luar,  orang main,  berpusing-pusing, macam best je,  macam seram pun ada. .Hahaha. .Tapi nak rasa,  kita main jela...




Permainan ni boleh naik dua orang atau seorang. Permainan ni,  kita naik roller coster, ada tembak,  kita kena tembak burung dan tengkorak.  Kalau roller coster tu berpusing,  hah,  kita oun ikut berpusing.. Masa berpusing tu,  ya ampun,  rasa tergantung kita tau.. Hahaha..Nad ni dahla kurus,  rasa terbang je. Mujur ade benda yang tahan kita tu dekat bahu. .hahahha.. Terjerit-jerit nad dengan anak buah..Pedulik apa. .Hahaha. .Yang penting, kena fokus tembak burung tu..sebab ade score nanti.. Kalau main berdua,  tengokla siapa berjaya ye. .Kihkih. .

Fighter  Jet Simulator
Permianan Fighter Jet Simulator ni pun jenis pusing-pusing juga,  tapi ia akan berpusing apabila kita sendiri yang pusingkan. Bukan pusing sendiri.


Fighter Jet Simulator ni permainan seperti kita memandu jet sedang berlawan dengan musuh. Macam pilot,  bawah kapal terbang. .Hah gitu.. Staff akan ajar, mana nak ke kanan,  ke kiri, ke depan,  ke belakang dna berpusing.. Hahahhaa.

Nad ni tau pandu je ke depan, ke belakang je,  kiri kanan je,  bab berpusing, haishh cuak pulak.. Tapi nak rasa macam mana,  hah kita kasi pusingla. .Ada button dia untuk kita berpusing. Kalau musuh kejar,  nak lari dari musuh,  nak rasa macam mana dalam kapal terbnag berpusing,  hah pusingla button grey tu. .hehehee.

VR Family.
VR Family ni bentuk macam kereta. Ada enam tempat duduk. Boleh naik ramai-ramai. Permainan ada yang ekstrem dan tak ekstrem untuk kanak-kanak.. Permainan ni kena pakai spek besar tu.




Haritu, nad naik dengan anak-anak buah nad, kitaorang pilih yang hantu.. Hahaha. .Menyeramkan sungguh. Hantu tu macam betul-betul depan kita. Kereta ni akan bergerak ikut virtual yang ditunjuk. Kita pun akan rasa getaran tu. .Hahaha. .

VR Car Simulator
Yang ni kereta racing. So sebelum main akan pakai spek besar tu, nak bagi kita rasa seperti kita ni pelumba. Kita boleh pilih kereta sendiri,  ada banyak pilihan. Ada tiga view,  dalam kereta,  luar kereta dan ok kita lupa. .Heehe. .Semestinya pilih view dalam kereta.




Memang rasa macam pelumba dah. .tapi kalau ko jadi pelumba betull mesti kemalangan jela.. Pastu kalah. .hahahhaa.. Habis gegar badan ni.

VR Skateboard
Yang ni nad pernah main. Permainan roller coster. Memang seramla roller coster dia. Ada part paling tinggi tu, bila turun,  fuh, boleh tercabut jantung.



Jangan tipu nak pejam mata ye.. Hahaha. .Buka mata sentiasa,baru la dapat rasainya sendiri. Nak pergi roller coaster yang ekstrem, yanng real punya entah bile kan,  so kita main vr je la dulu.

VR Interactive
Yang ni permainan jenis pedang atau pemukul.  Nad tengok permainan ni memang best,  siap ade lagu rancak lagi.. Kalau orang dewasa mesti la bermain yang ekstrem punya. Kena pukul benda kiri kanan,  tunduk la. .Hehehe

Yang ni,  anak kita yang main,  Fariza....heehe.. Nad ingatkan kanak-kanak tak boleh main, rupanya boleh. Sebab Fariza memang nak main sangat yang ni. Dia tenngok orang duk pukul kan.




Tak sangka boleh dia main. Suka la dia. Jadi permainan untuk dia pukul buah la. .Hahaha. .lawak je tengok dia..

Sesuai Untuk Seisi Keluarga/Family Friendly
Nad suka dengan konsep tempat ni, walaupun permainan nampak macam orang besar je boleh main,  tapi sebenarnya kanak-kanak pun boleh main. Untuk kanak-kanak sebenarnya bermula 5 tahun ke atas,  Fariza 4 tahun,  tapi tengok ada permainan dia boleh main,  so kita main la kan.


Pengalaman pertama dia main VR,  punya enjoy dia main. Nad ingat dia takut ke,  nangis ke,  taknak naik dah,  tapi,  nak main je. .Lagipun memang ade permainan yangvtakk ekstrem untuk kanak-kanak,  macam nampak dinosaur,  roller cister budak2..macam tu la.

Yang cermin mata tu,  memangbbesar dekat dia. Ada yang boleh ketatkan,  ade yang tak ngam dengan kepla dia yang comel tu,  jadi kenala pegang.. Hahaha. .Dalam VR Family,  gigih dia pegang. .Hahaha. .Msa VR Skateboard, daddy dia tolong pegangkn spek besr tu.


Antara permainan yang dia boleh main, VR Family,  VR Skateboard dan VR Interactive. Permainan yang skateboard tu,  siap terlompat-lompat dia,  tapi relaks je. .hehhehe. Yang VR interactive, lepas habis siap cakap berjaya,  berjaya. .Hahhaha. .Seronok sangat dia. .

Kawasan Rehat
Dekat sini ade tempat kawasan rehat, ada tempat kerusi untuk lepak kejap. Yela,  ada tu main pusing-pusing,  pening,  jadi boleh rehat.



Ada juga tempat minum kopi. Makanan takda. .Hehehe..

Special Rate For Big Event
Dekat sini,  boleh juga buat event seperti event Harijadi, Corporate team building dan group. Sebab tempat dia besar,  memang sesuai buat event dekat sini,  dan main permainan dekat sini.


Harga dapat murah sikit dari harga package sebenar,  dan boleh main sepuasnya,  unlimited ok.. Syok oo. .Tapi,  kene booking dahulu. Oh,  dia buat hari weekdays je untuk event-event ni.


Best giler weiii.. Datang la sini, have fun dengan keluarga,  kawan-kawan. .Release tension habis. Tempat best untuk hiburan seisi keluarga, bergelak ketawa dengan kawan-kawan dengan bermain teknologi modern sekarang ni.  Kalau korang nak pergi,  boleh ke Sunway Pyramid,
Future Land Fun Zone
F1.20 Sunway Pyramid Mall,
3,Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway
47500 Petaling Jaya,  Selangor.
Contact: 012 606 7550

Nak tengok apa yang menarik lagi di Futureland Fun Zone, boleh Layari
Facebook: Future Land Fun Zone
Instagram: Future Land Fun Zone
Twitter: Future Land Fun Zone


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

43 comments so far,Add yours

  1. Macam best nie Nad.. kalau anak-anak Kak Sue tau mau ajak ke sini tambah-tambah Uztaz Kecik.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya lah kat future land ni.bukan budak² je boleh main, orang dewasa pun boleh join sekali..kan best kalau kat JB pun ada

    ReplyDelete
  3. Menariknya nad. Seisi keluarga boleh main. Boleh plan ke sini lah nanti.

    ReplyDelete
  4. Macam best je nih. Dah try kat Melaka tapi tak secanggih yang ni lagi. Boleh la try nanti

    ReplyDelete
  5. ini kalau bawa ank saudara ni, mesti sampai termimpi mimpi nihh

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya, nanti boleh Cuba 😎

    ReplyDelete
  7. Menarik yer! Dah lama tak pergi sunway ni.. macam2 aktiviti best boleh buat kat sana, ni ada future land fun zone la pulak. dapat bawa anak2 dtg sini best ni..

    ReplyDelete
  8. Dulu pun pernah try VR. Seronok. Tapi anak Saya tak reti main ni lagi

    ReplyDelete
  9. Pergi ramai2 best ni.. Kalau sorang ambik 6 game tu bila keluar entah apa la rupanya ye??hahah..Mau jalan pun langgar dinding kot..ahahha

    ReplyDelete
  10. Menarik! Kalau bawak si kembar ni syok ni

    ReplyDelete
  11. Bestkan aktiviti kat sini... tapi mmg kena berani sbb dia stimulasi.. hehe

    ReplyDelete
  12. bestnyaa.Berapa lama nak habskan satu game ni ye nad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tebgok. . Ade yang 6 minit lebih 6 minit pun ade. .Nad dtg dari pukul 11..habis main pukul 4 petnag lebih macam tu.. Hehehe

      Delete
  13. best sangat game tu, rasa nak pergi main jugaakk

    ReplyDelete
  14. maksudnya setiap permainan boleh main sekali aje lah kan sebab nanti dia cek n tanda kat tiket tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahak.. Boleh main banyak kali tapi permainan lain tak dapat main. .Melainkan orang tu mmg taknak main permainan tu bolehlah naik benda sama banyak kali

      Delete
  15. Syoknya dpt cuba VR secara live cmni siap pusing2 gegar2 lagi.. Baru rasa mcm real kan.. Wawa ada yg VR ni klo tgk pon lyn seram bru debar.. Haha

    ReplyDelete
  16. Bestnya Nad... Harga pun berpatutan jg kan.

    ReplyDelete
  17. Menariknya. Banyak pulak tu choice permainan VR dia. Seisi keluarga boleh.

    ReplyDelete
  18. Bestnya.. Permainan pun ada beberapa pilihan.. Harga pun okay..

    ReplyDelete
  19. TB pulak rasa teringin nak try main VR tu.. haha.. mesti seronok kan nad sebab bergerak-gerak kereta tu.. eh kereta kan? hahaha.. harga pun boleh tahan tapi harraz ni kecik lagi la pulak.. haha

    ReplyDelete
  20. Owh ada ni dah eh dekat Sunway skarang. Xtau punn. Bestnya main macam ni. Boleh bawak family sekali. Husband suka la benda2 camni.

    ReplyDelete
  21. fuhhh macam syokkkkkk je,budak pun boleh masuk...bila2 ke sana bleh try ni...

    ReplyDelete
  22. ini kalau bawak azriel confirm taknak keluar ni. hahah macam best je ni

    ReplyDelete
  23. lama dah x ke sunway pyramid.
    mcm2 dah benda baru. menarik plak tu.
    rasanya, kalau masuk ni, boleh dok seharian kat situ, nad.
    memang menggila la nak try semua :)

    ReplyDelete
  24. Bestnya. Msti mcm2 aksi dok ada try VR tu kan...hahahaha...

    ReplyDelete
  25. Seronoknya ada tempat hiburan family macam ni! nampak menarik dah boleh cuba semua game yang ada.. Cik Fatin mesti teruja dgn game nih lama tak pergi Sunway pyramid

    ReplyDelete
  26. Amboi bestnya kak nad! Luangkan masa dengan family pergi ketempat2 mcm ni. Budak-budak excited mcm ni. Kite yang dh besar ni pun kan. Teringin nak kesini. Harga pun ok juga tu.hehehe

    ReplyDelete
  27. Bestnya ada tempat hiburan macam ni hehehehe kita ni penakut kalau naik yang tinggi-tinggi dapat naik yang maya macam ni pun ok juga hehehe sekali sekala cabar diri ok boleh lah datang nanti...

    ReplyDelete
  28. Bestnyaa, seronok betul tgok nad n anak2 main kat tempat ni. Teringin pulak nak mencuba. Nanti nak gi gak lah gan aeysha..nak try vr tu..hehehe

    ReplyDelete
  29. Bestnya tempat ni. Nanti nak try pergilah. Mesti seronok tak nak balik kalau masuk sini kan?

    ReplyDelete
  30. Ni kalau betul betul tengah stress memang patut pergi ni. Terjerit jerit dok main tu, lupa sekejap masalah.
    Seronok pulak tengok dia berpusing pusing gitu. Dengan nampak real gitu kan.

    ReplyDelete
  31. Ok. Rawlins nak ajak kengkawan pergi next - mesti ada yang akan terjerit tak ingat donia. hahaha. Seronok! Seronok!

    ReplyDelete
  32. Seronok nya kalau dapat main macam ni. NI kang bukan bdk2 yg seronok ni. Mak bapak budak yg over excited nih. Hahaha.

    ReplyDelete
  33. Tengok gambar Nad tu macam budak sekolah pi main VR. Amboi kemain dia. Hahaha. Sunway Pyramid tu jauh. Kalau plan ke sana, InsyaAllah bleh singgah.

    ReplyDelete
  34. Macam syok je. Nanti nak bagi cadangan kat department ofis emi la suruh buat aktiviti team bonding kat sini.

    ReplyDelete
  35. Banyak VR game menarik ni boleh bawa ank2 pergi main.

    ReplyDelete
  36. I dah lama tak pergi arked tapi setelah baca your entry macam best juga Future Land ini. Sometime is good to menggila like this and feel young again.

    ReplyDelete
  37. Anak mesti suka pergi tempat macamni..nak try bawak anakla

    ReplyDelete
  38. Bestnya, harga tiket pun takdelah mahal sangat.

    ReplyDelete
  39. wah seronoknya..nampak enjoy je semua orang main..anak2 mesti suka kalau bawak ke sini.

    ReplyDelete