hai assalammualaikum

Muka Glowing Dan Natural Look Dengan S+ Recover Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

Rutin Penjagaan Kulit Harian, Rahsia Muka Glowing Dan Natural Look - Sebelum ni, nad pernah kongsi dengan korang pelembap paling best dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream. Pelembap ni serasi dengan kulit nad, dan dah dua bulan nad guna, sekarang nak masuk botol kedua dah. Bila dah serasi, nad cuba pula produk Hansaegee Nature yang lain. Dah lama tertarik dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee ni. Tengok orang pakai, nampak perbezaannya. Dulu ada pengalaman pakai cc cream, tapi muka makin berminyak dan tak elok, terus nad stop pkai cc cream, sampai la harini. Bila nampak Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni, nad pun rasa nak cuba.


Nad ni jenis, kalau nak keluar mesti nak cepat siap. Malas nak berjam-jam depan cermin semata nak pakai banyak produk. Selalunya bila nak keluar, nad akan pakai primer, foundation, bedak dan seterusnya la. Yela, muka ni nak sentiasa nampak cantik , nak tutup cela semua. Takkan keluar nak bagi nampak kusam kan. Tapi dengan pakai banyak produk, buang masa dah dekat situ kan. Jalan penyelesaiannya, sejak nad pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature, nad tak perlu bersiap lama dan duduk depan cermin berjam-jam lagi..yeahhh..


Hampir seminggu nad pakai Gold Nano CC Cream ni, memang ia adalah produk CC Cream yang lain daripada yang lain. CC Cream ni bermaksud Colour Control Cream, jadi ia adalah krim siang yang semuanya dalam satu, di mana ia boleh seimbangkan tona kulit kita dan merawat kulit kita. S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee nature ni boleh dijadikan sebagai rutin penjagaa kulit seharian. Waktu siang atau nak keluar je, waktu nak tidur tak perlulah pakai. Tengok sahaja packaging dia, nampak eksklusif kan. Setau nad, sebelum ni packaging dia lain, warna gold semua, yang ni, ia keluar dengan packaging baru berwarna putih dan gold. Penutupnya pulak jenis twister lock, jenis ketat dan bila nak gunakan, senang dipicit dengan kuantiti yang kita kehendaki.

Bagusnya CC Cream ni ia mempunyai SPF50 PA+++ di mana ia melindungi kulit kita daripada cahaya matahari. Korang mesti tau kan, SPF lagi tinggi, lagi bagus untuk kulit.



Korang boleh tengok, teksturnya yang berkrim dan berwarna putih. Korang jangan risau, walaupun ia berwarna putih, tapi bila korang blend dekat muka, ia akan mengikut skin tone kulit kita. Jangan risau muka korang putih macam pakai tepung pulak..hehee..takde..sebab ia akan berubah kepada natural.


Tengok dekat gambar ni, sebelum nad blend, berwarna putih asli, dan dalamnya sebenarnya ada kapsul berwarna coklat. Selepas blend dengan jari, boleh nampak ia bertukar ke pada warna coklat. Magic kan!!..heheee..CC cream ni sesuai untuk semua jenis kulit, tak kisah korang kulit cerah atau gelap..



Nad suka dengan CC Cream ni, sebab ia menutup cela dan bintik-bintik hitam di muka. Ia juga dapat menutup liang pori. Bila pakai memang halus je muka, bertambah glowing dan natural look tau. Lagipun ia sejenis krim yang tidak melekit dan tidak berminyak. Paling mudah, blend sahaja dengan jari, tak perlu span atau berus. Ia juga dapat seimbangkan PH kulit kita dan mencegah penuaan sekaligus beri kelembapan pada kulit.


Gold Nano CC Cream ni juga boleh dijadikan sebagai makeup primer atau makeup base. Lepas korang apply CC Cream ni, korang pun boleh pakai foundation dan makeup lain. Korang boleh tengok,nad cuba di tangan. Belah kiri, nad tidak apply cc cream, manakala belah kanan, nad apply cc cream. Boleh nampak, belah kanan yang diapply dengan CC Cream, makeup lebih terang, lebih sharp berbanding belah kiri. Makeup juga nampak cantik, lebih pigmented dan tahan lebih lama. Nampak tak perbezaan dia..fuh..

Kelainan Gold Nano CC Cream ni, ia bukan cc cream biasa-biasa sahaja tau, kelebihan produk ni, ia mempunyai tiga bahan utama, iaitu Mineral Water, Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract dan Nano Gold dimana setiap bahan mempunyai kelebihan masing-masing.
- Mineral Water : mengekalkan keseimbangan PH kulit sehingga masuk ke dalam kulit dan membuat kulit kita anjal.
- Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract : mengelakkan daripada kerengsaan kulit, anti bakteria dan merawat masalah kulit
- Nano Gold ; mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi


Hanya satu botol ni sahaja, tapi pelbagai kelebihan yang ada kan. Yang ada masalah tona kulit tidak sekata dan kemerahan, boleh pakai ni. Lagipun saiznya yang kecil, mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Cara memakainya.
Di sini nad kongsi dengan korang dua langkah rutin penjagaan kulit harian nad yang sangat mudah, cepat dan berkesan. Dua produk nad gunakan daripada Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream.


Pertama sekali selepas membasuh muka, nad akan pakai Aqua Whitening Cream. Aqua ni, ia dapat melembapkan kulit muka sekaligus dapat merawat sunburn dan kemerahan. Aqua ni pun nad dah pakai selama dua bulan, memang best. Muka memang lembap je, takd akering dah. Nak tau lebih lanjut berkenaan Aqua Whitening Cream ni, korang boleh klik link Aqua Whitening Cream dan perubahan yang nad alami.



Kemudian, nad sapu pula Gold Nano CC Cream ni.


Taraa..siap..Dengan dua produk ni sahaja, muka nad nampak glowing, natural,bertambah lembap dan segar..nampak tak..hehee..

Nad rekomen sangat la, untuk mereka yang nak cepat, tak suka makeup, tak suka makeup berat, guna dua produk ni sahaja. Memang senang kerja. Nad sendiri dah pakai, memang ia memudahkan kerja, senang diblend dan beri kemasa yang cantik pada muka. Lagipun boleh digunakan dengan dua cara sama ada natural atau sebagai makeup primer kemudian pakai foundation dan makeup. Nad pakai kedua-dua produk ni, alhamdulillah, muka elok dan tak beri kesan yang negatif malah positif..tu yang nad suka..hehee..




Dua produk dari Hansaegee Nature adalah produk penjagaan kulit di yang 100% diperbuat dari Korea Selatan. Semua bahan produk ini diluluskan secara sah dan selamat digunakan. Korang pun boleh dapatkan dua produk ni tau.Kadang-kadang Hansaegee Nature ada buat promosi..jadi check out
Hansaegee Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
IG : ww.instagram.com/hansaegeenature/
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Twitter: https://twitter.com/hansaegee
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
SHARE 32 comments

Add your comment

  1. Bagus yer, boleh jadikan primer make up. Nk try jugak lah nnt

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. kesan nya nampak jelas. Bagusnya

    ReplyDelete
  3. baguslah cc cream ni.Merawat sekali kulit produk hansagae ni.

    ReplyDelete
  4. Really looks so natural and beautiful! Korean products are good!

    ReplyDelete
  5. Waaa nampak macam best jerr CC Cream ni..Sis ko ni memang tak pandai benda macam ni, tapi tiber macam nak carilah ...

    ReplyDelete
  6. Suka Nad review macam ni..so bleh nampak kehebatan product ni kan..bestnya..nak skodeng la product ni..akak suka kalau dia lebih kurang macam Primer..cantik jer mekap terletak kat muka tak comot..selain tu melindungi kulit muka kita kan?

    ReplyDelete
  7. Nak try jugaklah sbb ramai yg pakai bagi good result

    ReplyDelete
  8. eh jadi cantik pulak warna2 mekap bila pakai nano cream tu ek...lagi menyerlah~

    ReplyDelete
  9. Haa.. yg camni la dicari2.. akak pun tak berapa mekap sangat. Kalau nak keluar just guna foundation je.. boleh try yg ni plak pasni

    ReplyDelete
  10. OO..bila dah blend baru warna tu keluar. Banyak review yang kata benda ni bagus..Akak pun nak try nanti.Kumpul duit dulu...

    ReplyDelete
  11. Memang nampak beza lepas pakai CC Cream tu.

    ReplyDelete
  12. Wah Nad guna dua produk ni aje muka dah nampak flawless dan gliwimg Memang nampak serasi dan sesuai dengan Nad. Mimi pun nak try jugaklah sebab kadnag keluar rumah sejenis malas nak mekap jugak tapu bila fikir takkan nak keluar dengan muka yang kusam. Betul tak?

    ReplyDelete
  13. I would like to try out this product . At least bila travel tak payah bawa banyak produk. The texture pun nampak best gak.

    ReplyDelete
  14. Ramai dah dapatkan cc cream ni. Tengok best je bila pakai. Pastu mudah blend.
    Kita nanti nak dapatkan juga la 1..

    ReplyDelete
  15. Ramai dah tengok orang review pasal cc cream ni. Senang pulak tu nak apply. Iza tak pernah try lagi. Nanti nak try la. Nampak menarik utk dicuba.

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lagi pakai produk ni, twngok org buat review sis jadi teruja pulak nak cuba sb tengok cantik je muka memasing lepas pakai

    ReplyDelete
  17. Baru je haritu duk sembang dengan sally pasal brand hansaegee natural ni. Katanya bagus.

    ReplyDelete
  18. mmg nampak perbezaan bila pakai tu kan.. nampak sally pun pakai..mmg katanya bagus.. kak liez mmg nak cari yang mcm ni senang nak bersiap..bukan apa,klau takat nakkluar dekat-dekat pakai cc cream pun dah ok kan..

    ReplyDelete
  19. Hansaegee produk memang menarik perhatian dan ternyata mempunyai kualiti yang bagus untuk pengguna. Bila tengok nad review, rasa yakin untuk cuba hansaegee. Cx pon banyaknjuga baca good review daripada yang lain. Terbaiklah nad! Persuade people sungguh nad review gini . Good job! Aicewah

    ReplyDelete
  20. nampaknya nak kena try jugak ni..nampak menarik je

    ReplyDelete
  21. Oh. Jadi inilah rahsia keremajaan dirimu ye? Kulit ini juga memerlukan bantuan semua itu agar sentiasa tampil remaja dan bertenaga. Next shopping list nie!

    ReplyDelete
  22. Alamak terlepas pandang produk ni, kat drug store ada jual tak?

    ReplyDelete
  23. Patutlah Nad ni CLA tengok makin hari makin cun-melecun gitu...biar sibuk dengan anak tapi, penjagaan kulit harus tetap dijalankan.

    ReplyDelete
  24. fara pakai yg moisturizer... best.. nti nk cuba la cc cream ni

    ReplyDelete
  25. Wow! memang nampak berbeza selepas sapu their CC cream, i wanted to try their Aqua Whitening Cream. Nanti sis check it out

    ReplyDelete
  26. Cc cream nie bagus sebab dia tak tebal dan very light. Nampk natural je bila pakai. Aqua whitening cream tu nampak menarik lah. Nanti nak cuba jugak

    ReplyDelete
  27. wow you look great babe. the CC CREAM DARI HANSAEGEE NATURE look like a great natural product to use everyday. How much is it ya? nak try also one day

    ReplyDelete
  28. Dah ramai tengok orang guna produk ni. Mesti bagus kan? Ni rupanya rahsia awet muda nad, hahaha. Nice sharing btw, sangat membantu girls kat lUar sana yang tengah cari produk terbaik untuk penjagaan kulit

    ReplyDelete
  29. The eyeshadow swatch is the winner! It really shows the difference and benefits of using a cc cream.

    ReplyDelete
  30. Wow..glowing setiap hari ni..patutlah nampak Nad mcm budak sekolah je lagi padahal anak 2😅

    ReplyDelete
  31. Best sangat cc cream ni.. memang menyenangkan nal bersiap.. huhuhu.. sapu2 satu muka.. letak lipstick n eyeliner .. siap!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2