hai assalammulaikum

Instagram Hampir Kene Hack - Haritu macam biasa nak buka instagram. Tiba-tiba instagram bagtau ada someone cuba buka ig nad. Then kita kene pilih la sama ada " That wasnot me" or " That was Me"..yela kadang kita dekat satu tempat buka instagram kita yang memerlukan log in dan pasword. Tapi instagram tunjuk kawasan tu area Cheras. Huishh..nad dekat Ampang, celah mana pergi Cheras. Hah!!, terus cuak..apa ni..siapa ni nak masuk instagram kita. Terus tekan " That Was Not Me"..lepas tu instagram suruh tukar pasword. Oii, bukan sekali, tapi 3 kali dia cuba tau..ya ampun seramm...Maka 3 kali tukar pasword.

Selama ni tengok orang kena tau, sekali kita hampir kena..Allahu..tolongla, dahla instagram ni tempat nad buat kerja. Bukan senang nak dapat follower, nad usaha sendiri..Sellau tengok orang punya, artis punya kene hack..Sebelum ni ada kawan nad seorang kene hack instagram dia. Sedih sangat tengok tau. Yela, semua gambar dalam tu dia letak sebagai kenangan. Lagi, tu la tempat kerja dia. Nak buat instagram baru memang boleh, tapi tak sama yang dah lama kita buat.

Sumber Instagram

Lepas peristiwa kawan kena hack, dia ada bagitau, untuk langkah berjaga-jaga, buka two-factor authentication dekat setting instagram. Lepas jadi dekat kawan, dan dia bagtau, terus nad buat. Kita tak tau bila kita akan kena. Tak sangka hampir terkena bulan puasa ni..Masa tu memang tak keruan..jantung laju je..Ya Allah, puasa-puasa janganla buat dajal dekat orang..tolonglaaa..

Fungsi Two-Factor Authentication:
Pengesahan dua faktor ialah ciri keselamatan. Jika anda menyediakan pengesahan dua faktor, anda akan diminta untuk memasukkan kod log masuk khas atau mengesahkan percubaan log masuk anda setiap kali seseorang mencuba untuk mengakses Instagram daripada peranti yang kami tidak kenali.

Terdapat beberapa kaedah pengesahan dua faktor yang anda boleh gunakan dengan akaun Instagram anda. Untuk memulakan pengesahan dua faktor, pilih sama ada:

Kod mesej teks (SMS) daripada telefon mudah alih anda.
Kod log masuk daripada apl pengesahan pihak ketiga (seperti Duo Mobile atau Google Authenticator).

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada persediaan berikut untuk menggunakan pengesahan dua faktor.

Disebabkan takut, nad terus buat untuk facebook juga..two-factor authentication,.Korang pun setla ye..

Nak buat banyak akaun macam tak mampu je..Harap tak terjadi lagi..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours