hai assalammualaikum


Kulit Sihat Dan Bermaya, Rutin Makeup Harian Menjadi Mudah Dengan Produk Hansaegee Nature

Kulit Sihat Dan Bermaya, Rutin Makeup Harian Menjadi Mudah Dengan Produk Hansaegee Nature - Wah, tak sangka dah empat bulan nad pakai dua produk dari Hansaegee Nature ni iaitu Aqua Whitening Cream dan CC Cream. Banyak dah nad kongsi berkenaan dua produk ni sebelum ni dekat blog. Korang taip je Hansaegee Nature dekat bahagian search, nanti jumpa la semua yang nad cerita berkenaan produk dan perubahan yang nad alami. Sampai kawan dengan adik cakap, " muka nampak elok je, apa kau pakai "..hehehe..(malu kitew tau)..Dua produk ni, memang nad pakai setiap hari dan tak pernah miss untuk pakai.Sejak nad pakai Aqua Whitening Cream dan CC Cream ni, kulit makin sihat dan bermaya, malah rutin makeup harian menjadi mudah.

Jarang nad kekal lama dengan sesuatu produk, tapi produk Hansaegee Nature ni nad suka sangat, sebab ia sesuai dengan kulit nad dan nad takda masalah kulit breakout, takde rasa pedih ke apa bila pakai dua produk ni. Malah ia buat muka jadi smooth, nak bersiap pun cepat. Lagi nad suka, ia tidak melekit dan tidak berminyak. Jatuh cinta sangat sebab dua produk ni memang kombinasi yang sempurna untuk kulit muka.



Nampak tak, Aqua Whitening Cream nad satu botol dah habis..hahaa. sebab nad pakai setiap hari pada waktu siang dan malam.



Suka dengan sifatnya yang "waterdrops"..Bila sapu je dekat muka, nampak titisan air keluar, rasa seronok je. Terus dap,dap, rasa segar muka. Liang pori pun dah kurang.



CC Cream tu pula dah penyek botol dia..hahaha..Tu sebab setiap kali nak keluar nad mesti guna. Kadang-kadang, nad guna juga CC Cream tu waktu siang walau tak keluar rumah sebab suka tengok muka dalam keadaan glowing dan berseri gitu. Bestnya CC Cream ni mempunyai satu kod sahaja, yang memang sesuai untuksemua jenis kulit tak kira cerah atau gelap. Sebab ia akan berubah kepada skin tone kita, jadi tak peningla kan nak pilih code apa..haahha..

Dua produk ni memang memudahkan rutin harian skincare dengan makeup ya bagi mak-mak seperti nad ni. Nampak je duduk rumah, tapi penuh dengan jadual yang sibuk. Masa tu sangat penting, lambat sikit je rasa rugi giler..Walaupun surirumah sepenuh masa, tetap nak nampak cantik juga kan.


Hanya sapu sahaja Aqua Whitening Cream dengan CC Cream dah cantik. Memang selesa pakai dua produk ni, muka takdela nampak kusam, malah nampak natural.


Bila keluar, lagila wajib pakai Aqua Whitening Cream dan CC Cream. Anak nak kacau maknya bersiap, takde masalah, mommy tetap nak nampak cantik. Pakai dua produk ni, takdela kelam kabut, atau lama bersiap. Bersiap pun dengan tenang je..hahaha..So, rutin harian makeup nad, nad hanya guna Aqua Whitening Cream, CC Cream, gincu, eyeliner dan blusher sikit. .Ni kalau nad malas pakai foundation atau taknak makeup heavy. Memang simple je, tapi hasilnya kebabomm...hahaha. Muka pun nampak natural dan segar je. Ia meratakan tona wajah yang tak sekata. Rasa ringan je muka, macam tak pakai apa-apa..



Kalau nad nak pakai heavy makeup, macam bubuh foundation, bubuh eyeshadow, nad tetap pakai dua produk ni. Ia boleh jadi sebagai makeup base yang membuatkan makeup jadi lebih cantik, lebih pigmented dan tahan lama. Muka pun tak bercapuk walaupun dari siang sampai ke malam. Muka jadi glowing bersinar-sinar gitu.


Bila cuaca panas pun tak risau sebab nad pakai dua produk ni yang membantu kulit muka nad daripada sinaran UV. Cuaca panas boleh buatkan kulit kering dan rosak, sebab tu nad pakai pelembap  untuk kekal moist dan elakkan sunburn di muka, tak lupa pakai CC Cream Hansaegee Nature ni kerana ia mempunyai SPF 50 bila nak keluar. Kalau boleh muka nak sentiasa nampak awet muda je sebab ia anti wrinkles..hehehe..


Memang sekarang ni, dua produk ni la peneman setia nad, penyelamat nad untuk nampak cantik, jadikan kulit sihat dan bermaya. Pergi mana-mana je, mesti usung sekali dua produk ni, yela kadang dah keluar seharian, nak cuci muka, nak solat semua tu, lepas tu nak makeup semula. Nak bawak barang lain dah banyak, jadi dua produk ni je banyak membantu life nad betul. Saiz takdela besar mana, ringan je pun, memang takkan memberatkan beg. Lagipun kalau nak pakai hanya guna jari sahaja.


Hah macam mana, teruja tak tengok nad pakai dua produk ni sahaja. Ingat surirumah ni tak nak nampak cantik ke, mestilah nak..hahaa. Yang bekerja dekat luar, dalam pejabat tu lagilah wajib ada dua produk ni, tak kira perempuan atau lelaki ok. Mana nak dapakan dua produk ni, hah bawah ni nad dah bagi details. Beli online ok..takda dijual di mana-mana kedai..Beli oii, beliii....Nad pun nak beli CC Cream...


Company name: Hansaegee Nature   
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Twitter : https://twitter.com/hansaegee

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

31 comments so far,Add yours

  1. macam best tengok aqua whitening cream tu.. teringin nak cuba ... Cc cream tu, memang Ros pakai hari-hari sekarang ni

    ReplyDelete
  2. Bila kulit cantik nak makeup pun senang. touch up sikit2 pun dah nampak berseri.

    ReplyDelete
  3. k.el sllu je apply aqua cream tu sblm make up..mmg best..makeup tahan lama..skin pun terjaga

    ReplyDelete
  4. glamer gak produk ni dah ramai yg cuba,boleh masuk list nanti..

    ReplyDelete
  5. Nampak syok pulak nad pakai cream tu.. Nak beli tak beli2 pun lagi

    ReplyDelete
  6. Produk ni mmg bagus sgt²...

    ReplyDelete
  7. CC Cream tu TB suka sangat2 tau.. sampai sekarang dok pakai

    ReplyDelete
  8. Produk Hansaegee memang best kan. Nanti nak try CC Cream plak.

    ReplyDelete
  9. I m keen to try their CC cream macam best juga kan

    ReplyDelete
  10. Ooo ini lah rahsia nad yer.. nak kena try jugaklah

    ReplyDelete
  11. Bagusnya, ramai juga tengok yang pakai produk ni

    ReplyDelete
  12. First time tahu pasal brand ni, best tengok cream dia!

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  13. Rasa nak try pulak produk diaorang ni

    ReplyDelete
  14. Selalu tengok orang dok pomote brand ni, teringin pulak nak cuba sb rata2 kata bagus produk ni. Nanti dah habis barang2 kat rumah ni bole lah sis cuba yang ni pulak

    ReplyDelete
  15. Produk hansaegee memang bagus kan. Akak try cleanser dia pun dah jatuh hati. Best sanga . Nanti nak try cc cream dan aqua whitening cream tuh

    ReplyDelete
  16. Produk ni memang best. Memang guna setiap hari and hasilnya muka jadi lebih berseri. Harganya oun berpatutan sangaty

    ReplyDelete
  17. best yer kedua2 produk yang Nad share ni. teringin nak cuba. best bila dapat guna produk yang serasi dengan kulit , memang akan amalkan dan repeat beli bila habis stok

    ReplyDelete
  18. Best la nad dah jumpa produk yang serasi dengan kulit. Kita baru guna cleanser dia je. Betul try yang lain walaupun ada plan nak beli.
    Next time ni boleh la grab kot, sambil nak repeat cleanser tu, blh beli cc cream dia sekali.

    ReplyDelete
  19. I like the CC cream. Going to get 1 to try it out this weekend and hope it works on my skin too.

    ReplyDelete
  20. wahh bestnya Hasagae ni..sgt compactable. kna explore lagi ni.

    ReplyDelete
  21. BBL memang suka guna produk water base ni sebab kulit muka jenis kering & berminyak. biasa sebelum tidur mesti sapu serum atau kirim muka dulu, kan bangun baru kulit muka rasa fresh.

    ReplyDelete
  22. Patutlah nad makin glowing. Baguslah dah jumpa produk yang serasi dengan muka. Kalau asik tukar2 tu yg stress muka jadi breakout. Wahh cc cream ada 1kod ye.senang tak payah pikir nak pilih kod. Betol2 memudahkan suri rumah ntk cantik ekspress.

    ReplyDelete
  23. Wah! Cx geram je tgk nad selalu update psl hansagee punya cc cream tau! Mcm Mcm best je. Macam menarik je. Jeles. Hahaha nanti nak try la guna cc cream dia sebba hansagee ni pon terbaik. Dah pakai aloe ac cleanser pon dapon da best

    ReplyDelete
  24. tak reti sgt pasal produk kecantikan ni..nak ckp ttg bagus tak bagus lagilag tak reti..baca review je lah ni hehe

    ReplyDelete
  25. ohh ni ke rahsia kecantikan awak. patut muka nampak berseri dan cantik je. paai water base product rupanya. nak cuba juga lah.

    ReplyDelete
  26. teringin nk cuba cc cream dia. thanks for the intro Nad :)

    ReplyDelete
  27. AM mmg gunakan Produk ini terutama yg pencuci muka yg berbuih tue.. CC cream xpenah cuba lg.. Nnti nak try cari gak d pasaran la..

    ReplyDelete
  28. Ramai review products ni, banyak feedback yang baik dan jugak bagus untuk kulit kering ni. Buat saya pun nak try jugak!

    ReplyDelete
  29. Hansaegee Nature tgk mcm bagus jer produk dia,cc cream mmg bagus pakai klu nk keluar rumah

    ReplyDelete
  30. Dah lama kannnn Nad pakai Hansagee ni? Ketara nampak perbezaan kulit muka Nad semakin cantik. Terpengaruh dah ni... HAhaa

    ReplyDelete
  31. saya ada nampak kakak saya pakai produk ni..tapi saya tak tahu detail pun pasal produk ni.. rasanya sekarang pun dia pakai lagi produk ni

    ReplyDelete