hai assalammualaikum

Maafkan Mommy Anak-Anak - Hai, bila anak-anak dah tidur, mulalah rasa tenang, aman dan damai. Tapi dalam ketenangan, ada rasa bersalahnya. Macam tu la perasaan mak-mak kan. Siang hari, asyik marah anak je, bila diaorang lena, mulalah rasa, " Maafkan mommy anak-anak, mommy asyik marah je dekat korang "..pastu mulalah menangis..( tengah menaip pun menangis tau )..Mommy memang hati tisu. Mommy buat semua ni sebab saja-saja marah je, tapi marah nak bagi awak berdua paham, awak berdua tau, yang awak berdua buat tu salah. Mommy mintak maaf lagi sebab kadang marah sampai pukul, cubit awak berdua ( tak kuat tapi rasa macam kuat je buat..( nangis lagi)..)


Mommy bersyukur sangat dapat Fariza dan Farhanah tau. Awak berdua kawan mommy bila mommy keseorangan. Awak berdualah yang menceriakan hidup mommy. Mommy tau awak berdua tak salah, bila buat sepah ke, bila kacau mommy ke, sebab awak berdua nak mommy join sekali kan. Tapi maaf, mommy kadang sibuk dengan kerja. Sebab kerja la mommy stress. Mommy cari duit dan simpan untuk masa depan awak, dan nak langsaikan hutan PTPTN mommy.

Mommy tau, Fariza dan Farhanah anak yang baik. Dengar cakap mommy dan daddy. Bila mommy dan daddy suruh ambil apa-apa, kakak paham dan tolong ambil. Tu pun selepas di marah. Kadang mommy tak dapat kawal amarah mommy, maafkan mommy. Mommy nak bagi Fariza paham, untuk hormat orang tua, dengar cakap orang tua, dengar cakap mommy dan daddy. Lepas mommy marah Fariza, mommy mesti nangis, sebab mommy hati tisu..Kalau boleh taknak marah Fariza dan Farhanah, tapi kalau tak marah, awak berdua taknak dengar cakap.


Mommy cuba berlembut pada mulanya, mommy taknak marah selalu, takut mommy kena darah tinggi kang..huhu..Tapi kadang dah berlembut tak jalan. Jadi tinggikan suarala ye.Mommy harap Fariza tak marah mommy. Farhanah pun, harap tak marah mommy.

Cepatla membesar anak-anak. Tolong mommy buat kerja rumah..hahaah..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Sama laa Nad..lepas marah selalu rasa menyesal huhu

    ReplyDelete
  2. un selalu jug atermarah anak. harap satu hari mereka jadi org bergunaeven susahnya masa kecil.

    ReplyDelete