hai assalammualaikum


Meletup Drama Sweet Dreams Gara-Gara Ben Amir Ya!! - Wah, sana sini sebut nama Ben Amir ya. Dekat Facebook, Instagram, sekali whatsup group kau..dasyatt..Macam tu la bila ada pelakon yang handsome, nak pulak heroin yang cantik dan kiut, lembut bagai, memang nama akan disebut-sebut dan drama tu akan meletup, sebab semua orang nak tau siapa dia Ben Amir tu..hahhaa..

Nad ni memang jenis tak kenal sangat nama pelakon, kadang kurang layan drama. Mana yang best, memang layan la. Tapi pelakon Ben Amir ni, nad rasa dia memang pelakon sebelum ni. Sebelum ni rambut dia pendek, tapi dalam drama Sweet Dreams, rambut dia panjang. Ingatkan pelakon baru kan..huhuhu..Ben Amir mula melonjak naik selepas dia berlakon dalam drama Suri Hari Mr Pilot.


Biodata Ben Amir

Nama sebenar Ben Amir ialah Muhammad Amir Sabaruddin merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2011/2012.

Ben dilahirkan pada 13 Mei 1990 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak keempat dari lima beradik. Beliau menerima pendidikan di UiTM kampus Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.



Ben merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan yang dimana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

Selepas Hero Remaja tamat, Ben ditawarkan drama Fira Ayuni lakonan Faralyna Idris, seterusnya berlakon di samping rakan seperjuagannya, Fattah dan Nur Risteena dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku, melakonkan watak Sam. Kerjaya filem Ben bermula pada 2015 menerusi filem Romeo Kota arahan Aaron Aziz lakonan Aaron sendiri dan pelawak Nabil Ahmad.

Kejayaan beliau hadir pada 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.



Ben menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang dijangka akan bersiaran di TV3 pada Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.

( credit :wikipedia )


Katanya, nama dia Ben Amir sebab nama kucing dia yang dah mati..

Sinopsis Sweet Dreams

Siapa layan drama  Sweet Dreams ni..setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam..Selepas habis drama Setelah Terlafaznya Akad, Sweet Dreams ni la pulak cerita dia..Tengok jalan cerita, macam sweet, romantik, kelakar pun ada..hehee..Drama ni didaptasi dari novel..


Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.


Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Sama-samalah kita tonton ya..memang aku tengok Mira ni clumsy betul..Part kelakar yang kawan dia tu..hehee..

JUDUL : SWEET DREAMS
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama - Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours