hai assalammualaikum

Pandai Fariza Pujuk Hati Adik Dia - Perkara tak disangka, bila Fariza kata sesuatu dekat adik dia, bila adik dia nangis " adik nak tengok Didi & Friends "..Terus adik dia diam, dan terus ikut kakak dia pergi depan tv. Kejadian bila nad tengah nak masak, macam biasa la, adik nak dekat dengan mommy, nak susu, tapi mommy masih sibuk.


Tak semena-mena Fariza datang selamatkan situasi. Masa tu memang nad kaku, terharu pun ada bila kakak Fariza pujuk adik dia yang tengah nangis. Sebab tak sangka Fariza boleh berfikir macam tu, nak pujuk adik dia,.Benda ni dah lama terjadi, dan sampai sekarang pun dia akan pujuk adik dia dengan cerita Didi tu..

Adik dia, memang suka tengok Didi & Friends. Jadi apa-apa nak bagi diam, buka je cerita tu..hehee..


Makin hari makin besar, makin faham, makin tau peranan dia sebagai kakak. Nad selalu cakap dekat Fariza, " Fariza, fariza kakak, mesti jaga adik ye, jangan bagi adik sorang-sorang..Orang buat adik Fariza marah orang tu "..Tapi kadang dia pun cari pasal..hahaa..Biaslah, adik beradik, tak cari pasal tak sah..

Dari adiknya baby lagi dia dah tunjukkan kasih sayang dia dekat adik dia. Pernah buat, konon nak tinggalkan adik dia dekat rumah, kitaornag keluar. Terus Fariza nangis cakap " mommy, adik, adik.."..teriak kau..hahaa.." mommy bawa adik bawa adik"..kihkih..

Lagi satu pernah buat, nak bagi adiknya dekat orang. Yes, dia tak bagi adiknya diambil orang..teriak juga..hahaa..Tau takut...


Masa kaki nad kena kaca, memang nad tengah tahan sakit, nampak sifat kakak dalam diri dia. Adik pulak nak dtaang dekat, mommy cakap " kakak tolong jaga adik, mommy sakit "..terus dia buka Didi & Friends bagi adiknya jagan kacau nad..alahaii..sayu tengok bila anak buat macam tu ye..Benda yang kita cakap kat dia, dia ingat dan buat..

Kadang tak sangka, eh aku dah jadi mak, dan aku ada anak baik macam ni..Walaupun kadang degil..tapi sebenarnya dia baik..huaaaa..Ok kakak, semoga jadi anak yang baik selalu untuk mommy dan daddy..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Besar dan fariza. Makin pandai memahami situasi dan kawal adik bila mummy busy. Semoga fariza membesar dengan sihat.

    ReplyDelete