hai assalammualaikum

Sambutan Ulang Tahun Ke - 20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM - Khamis semalam, nad sama-sama sambut ulang tahun ke - 20 Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Bagi korang yang tak tau, Rumah Ronald McDonald ni merupakan rumah penginapan keluarga pesakit dan pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM ni merupakan rumah penginapan dalam hospital pertama di rantau ASEAN bagi meringankan beban keluarga pesakit pediatrik.


Pertama kali nad tengok sendiri depan-depan rumah Ronald McDonald ni. Nad tengok luar sahaja, tak masuk dalam pun. Rumah ni telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia), dan  hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap di rumah ini.



Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM:
Bayaran penginapan: RM5 untuk satu malam
Bilangan bilik tidur: 19 (boleh memuatkan 19 keluarga dalam satu-satu masa)
Bilangan katil: 57 katil
Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer
Aktiviti menarik yang dijalankan: Hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan



Sambutan Ulang Tahun Ke 20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Pada haritu, Tun Dr Siti Hasmah turut hadir bagi sama-sama meraikan ulangtahun Rumah Ronald McDonald ni.



Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia ketika mengimbau kenangan merasmikan pembukaan rumah ini 20 tahun lalu berkata, “Saya amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 20 tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan dalam tempoh masa ini, saya terharu dengan komitmen dan sokongan semua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan keluarga mereka.”

Rumah Ronald McDonald ( RRM ) di HCTM-UKM dibina hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat.

Kalau korang perasan, masa korang beli makanan dekat restoran McDonalds, ada tabung sumbangan RMHC Malaysia dekat kaunter order tu. Tu la salah satu cara, Rumah Ronald McDonal ni terbina, hasil sumbangan dari orang awam yang prihatin. Lepas ni korang nampak tabung tu, bolehlah masukkan sedikit duit ke dalam.

Awal pembinaan, RRM di HCTM-UKM telah menelan belanja sebanyak RM2 juta. Sehingga kini, rumah ini telah melalui penaiktarafan dan penambahbaikan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014.


Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “Konsep unik ‘home away from home’ rumah ini merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka. Kami juga berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kami boleh memperluaskan lagi program ini untuk dimanfaatkan oleh keluarga pesakit di seluruh Malaysia.”


Kerjasama rapat pihak RMHC Malaysia dengan pelbagai pihak termasuklah syarikat-syarikat korporat, badan-badan bukan kerajaan dan individu-individu telah sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada keluarga dan pesakit kanak-kanak yang menggunakan kemudahan di rumah ini. Selain wang tunai, pihak RMHC Malaysia turut menerima pelbagai jenis sumbangan berupa barangan seperti bahan makanan kering dan basah, barangan keperluan harian dan lain-lain lagi.

Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, “HCTM-UKM sebagai sebuah hospital terkemuka di Malaysia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Selain meringankan beban pesakit dan keluarga mereka, kewujudan Rumah Ronald McDonald ini secara tidak langsung meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di sini.”


Pada haritu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada adik-adik NASOM Maestro Choir dan anak autisme dari PPKI SMK Sentul Utama iaitu adik Muhammad Irfan Bin Makmur.


Ada juga sesi perkongsian ibu bapa dan pesakit yang menginap di Ronald McDonald. Sedih bila dengar kisah mereka. Anak menghidapi penyakit dari kecil sampai sekarang. Masih mendapatkan rawatan di HUKM. Dalam kesedihan ada kegembiraan, di mana ibu bapa dapat duduk bersama anak, teman anak membuat rawatan, dengan adanya Rumah Ronald McDonald ni. Sebab ada sebahagian pesakit yang datang dari jauh. Bagus sangat RMHC buat rumah ni demi keselesaan ibu bapa dan pesakit.


RMHC memberi tumpuan kepada 4 Program Utama

Rumah Ronald McDonald merupakan program global RMHC yang kini menjangkau 370 buah di seluruh dunia. RMHC Malaysia khususnya memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu
- Rumah Ronald McDonald ( menyediakan kemudahan asas penginapan kepada pesakit pediatrik dan ahli keluarga )
- Bilik Sensori Ronald McDonald ( khas untuk kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan rangsangan deria sentuh, pendengaran,penglihatan, rasa dan bau )
-‘Gift of Smile’ ( membiayai kos pembedahan sumbing bibir dan lelangit kanak-kanak )
- Pek Kembali ke Sekolah ( meringankan beban keluarga dengan bantuan berbentuk beg sekolah, pakaian seragam sekolah dan kasut sekolah )

Semua program ini meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Sebab tu sumbangan yang diberikan di tabung derma restoran McDonald's begitu bermakna bagi memberi peluang dan harapan baru kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukannya.


Baru-baru ini, RMHC Malaysia juga telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur.

Korang boleh hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 jika berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.
SHARE 33 comments

Add your comment

  1. best dapat join event camni, sebab baru tahu betapa besar yer sumbangan Rumah Ronald McDonald ni

    ReplyDelete
  2. Wahhh lama dah usia rumah Ronald McDonald ni, baru ni tahu kewujudan nya!

    ReplyDelete
  3. Baru tau.. dah 20 tahun rupanya.. Tahniah..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, masih ada yang cakna

    ReplyDelete
  5. Bestnya jika lebih ramai ngo buat mcm mekdi. Ramai dpt dibantu

    ReplyDelete
  6. Semoga usaha murni ini akan diteruskan demi membantu insan-insan yang amat memerlukan. Syabas McD !!

    ReplyDelete
  7. Ramainya yang datang ingatkan tak ramai. Dah lama rupanya

    ReplyDelete
  8. Lama jugak rupanyanya. Sebelum ni ada juga baca2 tentang rumah mcdonals ni

    ReplyDelete
  9. Tahniah dan Syabas untuk Mc Donalds terbaiklah

    ReplyDelete
  10. Tahniah McDonald.. dah lama dah rupanya ya..

    ReplyDelete
  11. Tahniah rumah Donald McDonald. Harap sangat lepas ni ramai orang awam dapat menggunakan perkhidmatan ni

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..moga bermanfaat rumah mcdonald ni.... Tahniah sbb berjaya wujudkan utk yg btul2 memerlukan

    ReplyDelete
  13. Ni yang makin sayang kat mcd ni

    ReplyDelete
  14. Dah lama dah rumah ni ye.

    ReplyDelete
  15. Eh tak sangka rumah ronald mcdonald ni dah masuk tahun ke 20.lama jugak ye. Ingatkan baru lagi ditubuhkan. Baguslah insiatif yang dibuat mcdonald ni untuk meringankan beban keluarga pesakit

    ReplyDelete
  16. Hai hai kak Sammmmm~ Ternampak post kak sam lagi di blog~ hehehe sbb kita selalu tgok post kak sam kat fb and IG je. Nak tgok pulak deco dalam dia macam mana. Orang luar boleh masuk tengok2 kan kak sam?

    ReplyDelete
  17. Dah lama rupanya rumah Ronald McDonald. Murah sangat harga semalaman. Patut ada di Terengganu satu.

    ReplyDelete
  18. hai en azmir. eyh, heheh. yes, mek amat sokong rumah ni. dan kalau boleh nak terus menyumbang so rumah ni akan ada di setiap negeri. banyak sangat manfaatnya.

    ReplyDelete
  19. Ohh kat HUKM pun ada rumah yer kita pun baru tahu ingat kat Kelantan jer hehehe tahniah kepada badan koporat macam MCD ni kerana menymbang kepada masyarakat harap lepas ni lebih banyak lagi orang yang berjaya luar sana buat macam ni juga...

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, sangat bangga dgn adanya inisiatif sebegini dapat memudahkan ramai orang. Semoga usaha murni ini diteruskan lagi di masa akan datang.

    ReplyDelete
  21. Tahniah mcdonald buat usaha macam ni untuk membantu golongan yang menerlukan. :)

    ReplyDelete
  22. Tahniah rumah ronald mcdonald atas ulangtahun ke 20... beri bantuan macam ni pun dah membantu mereka yang tak mampu nak sewa kediaman untuk jaga org dekat hospital.

    ReplyDelete
  23. k mid tsk tahu pun ada rumah ronald mcdonald kt HUKM nie...dah dah 20 tahun berjasa rupanya. bagusnya dapat menolong dan mengurangkan beban pada mereka yang memerlukan..kipidap Rumah Donald McDonald!!!!

    ReplyDelete
  24. Baru tahu pasal RRM ni. Ushaa yg sungguh murni memudahkan urusan org lain. 20 tahun dah tau. Lama dah tu. Tahniah ya :)

    ReplyDelete
  25. Bagusnya ada inisitif mcm ni. Kita ingat dia buat kat satu negeri je. Rupanya banyak jugak dah ada erk.

    ReplyDelete
  26. Tahniah ronald macdonalds. Dah 20 tahun ye memberi khidmat penginapan mampu milik macam ni. I tak sangka dah 20 tahun dah. Sebab baru2 ni je dengar pasal eumah Rmcd ni

    ReplyDelete
  27. Bagus ada inisiatif macam ni. Nora xpernah tahu ada kemudahan macam ni dan dh diperluaskan pulak tu. Tebraik

    ReplyDelete
  28. Happy 20. Belum pernah sama seklai di undang seperti acara ini. Kepengin sekali menjadi bagian dari runtuyan acaranya. Pasti sangat bahagia.. The best

    ReplyDelete
  29. Tahniah rumah Donald McDonald dah 20 thn nembantu kelyarga pesakit yg krg mamou

    ReplyDelete
  30. Honestly ena baru tahu tentang rumah Donald Mcdonald ni dah lama ditubuhkan. Kalau isi tabung pon tak baca main masukkan je. Lepasni boleh masuk lebih sbb dah tahu bantuan diberikan kepada siapa. Tq sharing info nad

    ReplyDelete
  31. usaha2 murni camni patut dijadikan contoh oleh banyak lagi badan2. Diam2 dah lama ye rumah ronald mcdonalds ni

    ReplyDelete
  32. Salam


    Apakah Anda mencari pinjaman?

    Nama saya Femi Otedola, saya seorang multi miliarder dan saya telah berada di industri minyak dan gas selama 28 tahun terakhir. Sekarang saya ingin memberikan pinjaman kepada orang-orang yang menghadapi masalah keuangan mencari solusi dari situasi keuangan mereka, Jadi saya harus membentuk tim profesional untuk mengelola perusahaan ini. Saya tahu apa artinya mencari dana untuk mendirikan bisnis Anda dan ketika Anda mengunjungi Bank mereka selalu meminta begitu banyak dokumen dan jaminan, Di sini kami akan meminjamkan Anda dengan suku bunga rendah, dan tanpa jaminan. Anda harus tahu bahwa kami hanya di sini untuk meminjamkan mereka yang sangat serius dan bersedia membayar kembali pinjaman.

    Kami menawarkan yang berikut:

    ~~~~ Pinjaman Kerjasama √√√√√

    ~~~~~ Pinjaman Bisnis Jangka Panjang (maks 40 tahun) √√√√√

    ~~~~~ Pinjaman Bisnis√√√√

    ~~~~~~ Pinjaman Pribadi√√√

    Catatan: hanya orang-orang serius yang boleh mengajukan permohonan. Jika Anda harus mengajukan pinjaman dari kami, Anda harus memahami bahwa kami di sini untuk meminjamkan Anda dan Anda harus jujur dan dapat dipercaya. Hubungi kami hari ini dan dapatkan wajah baru kebebasan finansial.

    Hubungi Kami melalui alamat Email berikut
    √√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√
    Femiotedolaloanfirm@gmail.com
    Femiotedolaloanfirm1@outlook.com  

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2