hai assalammualaikum


Selepas menjadi ibu bapa, semestinya kita ingin menjalani kehidupan terbaik bersama anak kita dan jadikan ia sungguh bermakna dan mencipta kenangan indah bersama anak kita. Mungkin persekitarn dulu berlainan dengan sekarang. Jadi, sentiasa lindungi kulit supaya kekal terus sihat denagn Aveeno.


Nikmati hidup yang terbaik dengan perlindungan Prebiotik Oat dalam Aveeno® dan Aveeno Baby®!

Aveeno® memahami keperluan untuk menghasil dan mengekalkan pelindung kulit yang sihat, supaya ibu dan bayi dapat melalui kehidupan seharian tanpa perlu risau. Mereka menggelar pengembaraan hidup ini "Skinventures", yang meliputi aktiviti seperti berkelah, berenang hinggalah bermain di pantai.

Skinventures luar sangat menyeronokkan untuk keluarga, tetapi tanpa penjagaan yang betul, kulit kita akan terdedah kepada penyakit, dan terutama kulit bayi yang lembut, boleh menjadi kering dan gatal dengan mudah. Sebenarnya, kulit bayi adalah 30% lebih nipis berbanding kulit orang dewasa1, dan satu daripada dua bayi mempunyai kulit kering2!

Bagi Aveeno®, keseimbangan adalah kunci kesejahteraan. Menggunakan kaedah sains termaju yang mengubah bahan-bahan daripada alam semula jadi menjadi produk yang membantu mengimbangi dan memperbaharui kulit, penekanan yang besar diberikan dalam menjadikan setiap produk Aveeno selamat dan berkesan, dengan hasil klinikal yang terbukti untuk memberikan pengguna ketenangan fikiran.

Pada tahun 1945, dua orang adik beradik dari Amerika, Sidney dan Albert Musher, mula mengkaji manfaat oat, berdasarkan kepercayaan mereka bahawa alam semula jadi menyimpan rahsia untuk kesihatan manusia. Malah, ketika itu, oat merupakan bahan yang terkenal dalam penjagaan kulit, yang digunakan sejak zaman purba kerana keupayaannya untuk memberi kelegaan dan khasiat. Musher bersaudara ini menemui khasiat oatmeal koloid halus dalam membantu melegakan kulit kering dan rengsa, lalu membawa penyelidikan mereka satu langkah ke hadapan. Kemudian, ahli dermatologi dari Mayo Clinic yang terkenal mengiktiraf kerja perintis mereka, maka lahirlah jenama Aveeno®.

"Bahan-bahan yang terdapat dalam alam semula jadi, dan terbukti dengan sains." Inilah yang menjadikan kehidupan cantik, membantu melegakan dan mengubah kulit kita menjadi lebih baik.

Sejak tahun 2001, pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Aveeno® telah menjalankan lebih daripada 80 kajian klinikal, yang telah diterbitkan dalam jurnal saintifik. Keberkesanan dan keselamatan produk oatmeal koloid telah dinilai dalam lebih 25 kajian, yang melibatkan lebih daripada 2,500 pesakit dengan kulit kering dan rengsa.



Baru-baru ini, Aveeno® telah menemui ciri-ciri prebiotik yang unik dari oat, yang membantu menggalakkan mikrobioma kulit yang seimbang3 – iaitu satu aspek penting untuk kulit yang sihat dan bertenaga. Kulit yang sihat biasanya mempunyai keseimbangan yang baik bagi kedua-dua bakteria yang bermanfaat dan berbahaya, yang membantu melindungi dan mengekalkan pelindung kulit yang sihat. Bakteria baik ini juga dikenali sebagai probiotik.

Probiotik wujud di dalam usus kita, pada kulit dan di bahagian lain badan, menyokong kesihatan keseluruhan. Untuk terus hidup, probiotik memerlukan prebiotik.


Prebiotik adalah makanan untuk bakteria baik (probiotik) yang hidup di dalam badan kita. Ramai orang biasanya beralih kepada suplemen prebiotik untuk menyokong perkembangan sihat probiotik di dalam usus kita - tetapi bagaimana pula dengan kulit kita?

Itulah sebabnya produk Aveeno® dan Aveeno Baby® menggunakan Oat Prebiotik membantu untuk menambah pelindung kulit dan menyokong ekosistem semula jadinya. Aveeno® Prebiotic Oats diperbuat daripada bijirin oat semula jadi dengan gred makanan berkualiti tinggi serta berprotein tinggi dari Kanada, Amerika Utara, UK dan Perancis.  Bijirin ini diproses secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia berbahaya untuk mengekalkan integriti prebiotiknya. Diproses khusus untuk mengekalkan kebaikannya sebelum dirumuskan ke dalam produk Aveeno®, Oat Prebiotik ini membantu menjadikan kulit sihat dan seimbang.


Dirumuskan untuk memberi keselesaan sepanjang hari, ketiga-tiga rangkaian Aveeno® Skin Relief, Aveeno Baby® Soothing Relief dan Dermexa  mengandungi formula Prebiotik Triple Oat Aveeno®, yang menggunakan gabungan manfaat tiga bahan yang berbeza, semuanya diperbuat daripada Oat:
Tepung Oat - memberikan kelembapan selama 24 jam
Ekstrak Oat Penuh - membantu melegakan gatal dan ketidakselesaan
Minyak Oat - membantu menguatkan pelindung semula jadi kulit

Petua Penjagaan Kulit Aveeno® untuk bayi:
Bersihkan kulit bayi dengan Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash atau Dermexa Moisturizing Wash. Tuangkan pada kain lap basah, ke tangan anda, atau terus ke dalam air mandi.
Lap kulit bayi dengan lembut menggunakan tuala lembut dan bersih.
Untuk hasil yang terbaik, ikuti dengan Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream atau Dermexa Moisturizing Cream.  Sapu losyen pada kulit bayi, berikan perhatian tambahan pada mana-mana bahagian yang kering. Berhati-hati untuk mengelakkan kawasan mata.
Bayi kini mendapat perlindungan selama 24 jam!


Kini tiba masanya untuk menjalani kehidupan terbaik bersama anak-anak kecil anda dengan Aveeno® dan Aveeno Baby® dengan bantuan Oats Prebiotik. Bebaskan diri dari kulit kering dan tidak selesa, dan harungi Skinventures baharu bersama-sama!

Produk Aveeno® dan Aveeno Baby® boleh didapati di farmasi utama terpilih, seperti Watsons, Guardian, Caring, dan AEON Wellness, serta di kedai-kedai dalam talian rasmi Aveeno® di Lazada (http://bit.ly/AveenoLazadaMY) dan Shopee ( http://bit.ly/AveenoShopee).

Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno Malaysia di:
Facebook: https://www.facebook.com/myaveeno
Instagram : https://www.instagram.com/aveenomy/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

20 comments so far,Add yours

  1. menariklah..produk Aveeno ni, bolehlah dicuba nanti.

    ReplyDelete
  2. Senang nak cari sebab dijual kat byk tempat mcm watson dll tu.. Tp kalau malas keluar usha shopee je la hihi.. Produk pun mmg menarik..

    ReplyDelete
  3. Kak ana yg mak budak pun guna aveeno ni. Tp yg ni nmpk lagi menarik sebab ada oat prebiotik. Nk try juga lah.

    ReplyDelete
  4. Zira tak pernah try lagi. Okey ke guna ni

    ReplyDelete
  5. Alalala.. Comelnya packing dia. Nampak menarik la produk aveeno ni. Dah banyak produk tuk anak anak sekarang ni kan..

    ReplyDelete
  6. Macam bagus je ya produk ni, kalau untuk bagi gan anak2..memang bagus guna yang organik agar kulit anak yang lembut tu tak ada masalah. Nanti leh rekomen kat kengkawan

    ReplyDelete
  7. What I like about their product is that it's made from natural products & safe for children.

    ReplyDelete
  8. Dahlia memang pengguna Aveeno Dermexa ni dari dulu sebab sangat serasi dengan kulit eczema dia. Lepas ni memang takkan tukar yang lain hihi

    ReplyDelete
  9. Yay!!!!!!! Aveeno is a good brand. I pun suka pakai Aveeno body lotion. Memang licin gebu kulit.

    ReplyDelete
  10. Terbaiklah! Nampak cantik dan selamat untuk anak-anak. In shaa Allah saya akan recommend dkt member yang ada anak kecil. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  11. Wahh Aveeno tak penah dgr lagi nama brand ni. nt sy explore tau. thanks for the info

    ReplyDelete
  12. untuk produk baby kena pastikan ianya selamat betul-betul kan, thanks for this info.

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing! My daughter is now bigger already , if I ever marry again , will let my babies try or even I will share with my friends.

    ReplyDelete
  14. Ala comelnya.. Aveeno ni syira tak pernah guna lagi. Nanti syira try untuk medina. Nampak menarik ja

    ReplyDelete
  15. Betul tu. Untuk produk penjagaan muka bagus juga dapatkan yang ada prebiotik sebab permukaan kulit kita memang ada dorang ni hidup cuma tak nampak je. Hehe.

    ReplyDelete
  16. owh, permukaan kulit pun perlukan prebiotik ya... thanks for the info Nadia... dapat info baru hari ni... Aveeno ni ada pernah saya dengar sebelum ni daripada kawan-kawan dan rata-rata mengatakan bahawa ianya merupakan produk yang bagus... thus, dah tau la kini yang in future kalau memerlukan, bolehlah saya cari Aveeno ni...

    ReplyDelete
  17. This brand is great. Gentle and moisturizing at the same time I'm using it in myself too because I'm suffering frm ezcema.

    ReplyDelete
  18. Best! Saya suka cuba2 produk baby ni. Especially yang mudah didapati di Watsons. Lagi2 kalau belum pernah dicuba macam ada khasiat prebiotik ni. Cam best je!

    ReplyDelete
  19. Bagusnya produk ni. Bahan daripada oat jadi baby pun selesa sebab tak ada kandungan berbahaya kan. Boleh Qiss share kat kawan yang ada baby ni

    ReplyDelete