hai assalammualaikum

Sesi Orientasi Sekolah Tadika Kemas Fariza - Lambat pulak nak kongsi cerita sesi orientasi Fariza ni. Almaklumla, kadang penat nak online..hahaa. Tapi tak kongsi rasa tak best juga kan..Kenangan dekat sini. Hari Khamis, bermulala Sesi Orientasi Fariza. Masuk pukul 9 pagi, jadi bangun 8 pagi..hahaa. Dah kejutkan dia, terus mandikan, pakai kan baju tshirt putih, tudung putih, seluar tracksuit hitam. Kasut dengan stokin siap-siap dah letak dekat luar. Fariza punya excited tu nampak dekat muka..hehee. Siap sarapan bagai pagi tu.


Dah siap semua, dalam 8.45 gerak keluar rumah. Tadika Kemas dia dekat je dengan rumah. sebelum tu semestinya tangkap gambar dulu..hehee..Ala, muka dia, dahla pipi terkeluar, pakai tudung nampak bambam pulak..kihkih.

Mommy Rasa baru mommy lahirkan awak Fariza. Sekarang dah msuk 5 tahun. Dah sekolah dah..memang masa begitu sekejap ye.

Sekarang ni mommy pulak yang gementar lebih. Yela, duk fikir macam-macam dalam kepala ni. Macam mana nanti dekat sekolah? Dapat jumpa kawan tak? Perangai sama tak macam dekat rumah? Menangis tak? fuh..

Sampai sekolah, ramai dah pelajar dan ibu bapa yang dah sampai. Nad tengok muka Fariza, cool je, steady je. Dia pulak yang teruja lebih. Fariza ni memang suka bila nampak ramai kawan. Yela, selama ni kawan dia, mommy nya je. Kalau pergi playground, dapat jumpa kawan sekejap je. Hah ni pergi sekolah, dapat jumpa kawan banyak, lama-lama, seronok la dia.




Masuk dalam kelas, duduk sebelah perempuan. Takdela nak malu berkenalan..hehee..

Muka dia pun malu-malu je. Senyap je..hehee.

Masa tu nad dah namapk ada sorang budak menangis teresak-esak. Biasalah drama macam tu mesti ada.

Lepas semua dah selesai, cikgu pun bagi penerangan tentang baju sekolah, buku harian yang perlu ditulis dan macam-macam lagi la.

Dalam pukul 10 pagi macam tu, cikgu suruh ibu bapa balik, jemput anak ke sekolah dalam pukul 11 pagi nanti. Terpaksala ibu bapa balik, sebab nanti anak-anak taknak belajar.

Lagipun cikgu dah biasa denagna nak-anak merengek ni..heheee. Jadi nak bagi biasakan dengan
sekolah, ibu bapa kene balik. Cikgu dah lama berpengalaman..

Masa nad cakap, 'mommy nak balik ni, Fariza duduk sini tau'..Siap cium, bila keluar siap lambai..Tu dia, tak menangis langsung bilamommy daddy nak pergi..hahaa. Mommy pulak yang nak nangis tau. Risau bukan main.

Waktu sebenar Fariza sekolah, pukul 7.30 pagi dah ada dekat sekolah, sebab ada sarapan. Kemudian belajar, makan lagi dalam pukul 10 pagi macam tu. Makanan berat macam nasi, mihun mee, hah macam tu la. Dekat sini ada belajar Iqra, tapi cikgu cakap dalam bulan 2 baru dibagitau.

Pukul 11 Pagi masa untuk ambil anak. mr mafia cakap, ni la pertama kali dalam hidup dia hantar dan ambil budak sekolah..hahaha..Ye wak, tak pernah-pernah sebelum, sekarang ada anak sendiri, kenala ambil dan hantar..kihkih..




Sampai sekolah dia, tengok dia dapat baju sukan sekolah. Siap pakai lagi. Masih steady, cool kau..hahaha..Tau mana dia letak kasut dia, ambil dan pakai.

Cikgu cakap, Fariza ni baik, dia la paling baik..kihkih. Ye cikgu memang Fariza anak yang baik, suka menolong tapi tu la, bila ada tak kena, menangis je..

Alhamdulillah, semuanya terkawal. Budak baik, budak tak nangis..budak cool, ni la dia Fariza. Tapi masa balik, terus cakap ' Fariza penatla '..hahhaa..baru orientasi dah penat ye sayang..alahaii kesiannya.

Balik buka semua tudung, habis berpeluh..hehe..Lepas tu bukan reti nak tidur ke apa, sambung mewarna la,main dekat rumah. Pulak tu ngadu lapar..Nasib mommy dah sempat masak.

Masa balik tu,ada cakap juga, ' Fariza belajar apa tadi '..' ada kenal dengan kawan tak '..Dia jawab 'entah je'..Tak minat nak bercerita.. mungkin penat..

Ok, nad bagi dia ada mood dulu, masa makan tanya lagi..hahaa..saja kan mak dia..Tanya benda sama. Dia jawab sikit, ' ada kawan '..' makan roti tadi, Fariza ambil sendiri'..pastu dia penat dah nak cerita..hehee..Jadi, kita pun dah tak tanya lagi..

Hari Khamis dah mula sekolah yang betul-betul. Maka bermulalah, peralihan waktu tidur. Selama ni tidur lewat. Kali ni memang kena tidurkan dia awal. Nad pun kena beralih masa juga nak buat kerja.. Selalu, lewat malam buat kerja. Budak-budka ni, kalau tak tutup lampu tak tidur la jawabnya..
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. alahai comelnya. biasa la kalau ada yg menangis. dari kecik tak berenggang dengan mak..lama2 nanti pandai la dia bila dah ada kawan

    ReplyDelete
  2. Welcome to school Fariza. ^^ debar pulak hati ngenang anak nak sekolah. (padahal lama lagi) haha

    ReplyDelete
  3. Ala comelnya.. Have fun going to school Fariza!

    ReplyDelete
  4. Comel je Fariza. Selalu anak sulung dia berdikari nad. Walaupun first time bersekolah tapi dia lah yang paling cool, tak menangis dan boleh bawa diri

    ReplyDelete
  5. cantik fariza. good luck gurl. btw, selamat tahun baru 2020 untuk nad dan keluarga. semoga tahun ni dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan berkat untuk nad sekeluarga

    ReplyDelete
  6. Alololo..suka tgok budak2 kecik ke seklah..comel je tgok. Teringat zaman anak2 sis kecik2 dulu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2