hai assalammualaikum

Usia 40an Ni Baru Dapat Rasa Hantar Dan Ambil Anak Ke Sekolah - Masa mula-mula kawin, sebenarnya dia la paling risau tentang nak dapatkan zuriat. Yela, dengan usia dia yang sudah masuk 40 lebih ni, mestilah keinginan nak seorang anak tu tinggi. Usaha punya usaha, alhamdulillah, keluarkan seorang Fariza yang cantik dan baik hati ni..hehee. Sampai dia sendiri tak sangka dah ada anak kandung, anak darah daging sendiri ni. Lelaki sebenarnya teruja lebih, tapi taknak tunjuk konon kontrol macho..hahahhaa..

Bila Fariza dah masuk sekolah, lagi dia macam, besar dah anak dia. Macam tak sangka, boleh dapat tengok anak sendiri masuk alam persekolahan. Bagi dia, bersyukur sangat diberi peluang seperti ini. Apa yang dia katakan masa Fariza kecil " agaknya, kalau Fariza dah sekolah, mestilah cikgu atau kawan-kawan dia fikir abang ni atuk Fariza "..nad gelak jela..hahahha..Sekarang , anaknya pun dah masuk alam persekolahan, tapi steady lagi mr mafia ni, takde pun nampak tua, nampak maintain masih muda..kah..


Bila mr mafia cakap " selama abang hidup ni, ni la pertama kali abang hantar dan ambil budak sekolah tau "..Nad macam biasa tak percaya la..yela, takkan tak pernah hantar anak buah dia ke..lol..

Dia cakap tak...ermmm..dasayt tu..

Jadi, bila ada anak sendiri ni, nah, ambil tugasan hantar dan ambil anak sekolah..hehee..

Nasib mr mafia ni kerja sendiri..Jadi bolehla uruskan masa tu dengan betul.

Selagi boleh ambil anak, dia akan ambil. Takutla nak bagi orang lain ambil. Takut orang tu lalai atau lupa ke...

Haritu, lupa setengah jam pun dah gelabah..hahaa..Nad pulak masa tu tengah layan Maharaja Lawak Mega dekat On Deman, jadi khusyuk..kejam kan lupa anak..Tengok jam, Allahuakbar, dah 12.30 tengahari. anak balik 12 tengahari..kelam kabut jerit panggil mr mafia. Mr mafia pulk tertidur..hurmmm..masing-masing jadi kelam kabut..

Nasib, cikgu masih teman anak lagi.

Lepas kejadian tu, terus alert jam pukul berapa. Sebelum 12 tengahari dah keluar rumah stndby nak ambil anak..

Macam tu la ye..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. You’re the best, I was doing a google search and your site came up for real estate in Longwood, FL but anyway, I have enjoyed reading it, keep it up! Want to find out the net worth of your favorite entrepreneurs, athletes, actors, celebrities? See more in Celebrity net worth.

    ReplyDelete