hai assalammualaikum

Senikan Suis Rumah Dengan AvatarOn Oleh Schneider Electric - Bila kita berada dalam rumah yang cantik dan tersusun rapi, ia ibarat " Rumahku Syurgaku ". Rumah bukan sahaja sebuah tempat tinggal, malah rumah ni adalah tempat cinta, tempat kenangan tercipta, tempat bergembira dan ketawa bersama tidak kira bersama orang tersayang, saudara dan rakan-rakan. Rumah juga boleh dijadikan sebagai tempat seni untuk kita menjadi kreatif dalam menghias dan mendekorasi rumah menjadi indah.

Nak menghias rumah memang impian semua orang, tapi kadangkala jadi cabaran. Contoh seperti bilik terlalu kecil, wallpaper tidak sepadan dengan rumah atau kekurangan cahaya di rumah. Kita ni kalau boleh, nak dekorasi memang akan tengok setiap perincian dalam rumah. Kalau boleh taknak buat kerja banyak kali.

Suis rumah yang boleh diubahsuai mengikut mood korang

Senikan Suis Rumah Dengan AvatarOn Oleh Schneider Electric

Pernah tak korang terfikir semasa menghias dan mendekorasi rumah, bahawa mengubah suai suis rumah dapat membantu memberi suasana dan rasa yang korang inginkan? Ya, suis rumah yang kita nak hidupkan dan matikan elektrik tu sebenarnya boleh kita senikan juga tau!!..

Suis AvatarOn Schneider Electric dengan gambar kucing tu..kiut kan..tak namapk suis pun




Kalau kita tengok, suis ni hanyalah komponen elektrik biasa untuk membantu kita menghidupkan dan mematikan lampu dan kipas, tapi suis yang ni boleh ditukar dengan hiasan yang sangat cantik. Dengan AvatarOn oleh Schneider Electric, rumah akan kelihatan cantik dengan penutup suis yang boleh digantikan dengan menggabungkan dengan hiasan yang korang inginkan.

AvatarOn membolehkan korang mempunyai fleksibiliti untuk menghias suis dan mengubahnya pada bila-bila masa sahaja mengikut corak dan gambar yang korang inginkan. Teknologi yang unik, dipatenkan dan pembuatan indah memastikan operasi yang selesa, dan reka bentuk mudah dipasang membolehkan korang mengubah faceplates dengan pantas dan mudah seperti yang anda inginkan.

Suis yang serba canggih ini boleh dilengkapi dengan pelbagai jenis penutup yang boleh diubah atau disesuaikan, yang memberikan AvatarOn fleksibiliti untuk mengintegrasikan dengan mudah dengan gaya dekorasi, memenuhi semua keperluan estetik.

Letak gamabr orang tersayang, lepas tu dapat sentuh hari-hari


Ubah Suai Mengikut Gaya dan Inspirasi Yang Anda Mahukan

AvatarOn boleh disesuaikan dengan pelbagai corak dan rekabentuk serta kanvas tambahan mengikut kreativiti korang. Mungkin, gambar orang tersayang atau gambar detik kenangan terindah yang korang selalu nak tengok , boleh dihiasi di suis AvatarOn dan dapat disentuh hari-hari di setiap suis yang dipasang. Atau apa sahaja corak yang dapat disesuaikan dengan hiasan di rumah korang. Mesti orang datang pun tak terfikir tu suis rumah tau, tapi gambar yang diframekan..hehee.

Tengok, unik kan, siap boleh reka bentuk apa-apa sahaja dekat suis ni.


Memang sangat unik kan rekabentuk suis AvatarOn oleh Schneider Electric ni. Suis yang bukan hanya berfungsi untuk elektrik, malah ia dapat di ubah suai mengikut penyesuaian dan seni rekaan yang anda inginkan.

Rumah korang akan bertambah cantik bila menggunakan suis AvatarOn oleh Shneider Electric ni.

Pelbagai corak dan gamabr korang boleh buat sendiri..dekorasi rumah dekorasi suis sekali

Ok, kalau korang yang suka menghias rumah dan tengah mencari suis Schneider Electric AvatarOn, korang boleh ke https://www.se.com/my/en/home/campaign/avataron.jsp untuk pemasangan. Atau korang juga boleh membeli secara online di Lazada!!

Bila dah pasang suis AvatarOn ini, korang dah boleh mereka bentuk dan menghias suis korang mengikut corak yang korang inginkan melalui Photobook di sini: https://www.photobook.com.my/home-decor/schneider-avataron-switch-cover . Mudah kan!!

Sudah tiba masanya untuk menghias rumah korang. Unik sangat kalau korang guna suis AvatarOn ni. Memang naik seri suis rumah korang tu.
SHARE 25 comments

Add your comment

  1. Waalaikumussalam. Memang unik sangat 😍

    ReplyDelete
  2. Mula2 tak fhm gak cara guna pastu ada tertengok video.. Baru tau.. Mmg cantik jgk.. Agk2 blh buat design meow2 tak hehe

    ReplyDelete
  3. Teringin gak nak ada suis macam ni, baru nampak kelainan sikit dalam rumah, asyik putih je boring gak..:D

    ReplyDelete
  4. Wah cantiknyaa suis design cam ni. Mmg lain dr yg lain. Xperasan pun tu suis.. Lawa sgt

    ReplyDelete
  5. Wah memang cantik lah suis dekat rumah kalau boleh buat deaign macam ni kan

    ReplyDelete
  6. Wow this kind of switch is so beautiful and artsy

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik dan lain daripada yang lain. Selalunya warna putih plain je. Sesekali letak yang ni nampak berseri.

    ReplyDelete
  8. Wah... Cantik laaa. Paling suka buh gambar sendiri. Buh gambar family. Hari-hari sentuh gambar! Comel sekali

    ReplyDelete
  9. Menariknya AvatarOn nie. Memang buat rumah terhias indah kan. Dah la boleh tukar-tukar kan.

    ReplyDelete
  10. Kemain lawaaanya suis dah di bikin macamtu..berkenan plak Sis ko..nak kena cari color merah sebab nak sesuaikan dengan rumah hahahaha...

    ReplyDelete
  11. Alahai... Cantik dan sangat unik. First nampak ni... Okay nak pergi usha la kat web diberi tu.. Ahahha... Jom lah mencantikkan rumah dengan sorokkan suis-suis yang ada

    ReplyDelete
  12. haritu masa pergi kedai hardware ada nampak suis guna gambar sendiri ni. Cantik!

    ReplyDelete
  13. Suis cmni cantik sangat. Boleh tak perasan ni suis sebenarnya kalau xtau suis mana satu hihi

    ReplyDelete
  14. Cool home accessories. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  15. Menarik sangat suis macam nie Nad.. lain dari yang lain..

    ReplyDelete
  16. wow bestnya. cantik-cantik pulak tu design AVATARON OLEH SCHNEIDER ELECTRIC ni. Nanti kalau dah ada rumah sendiri memang kena cari ni.

    ReplyDelete
  17. berapa ya kos untuk produk macam ni. macam nak try beli pastu letak kt suis dirumah. barulah best :)

    ReplyDelete
  18. Wei lawa sangat! Hahah terus rasa nak lawakan semua suis kat umah ni! Thanks nad share info ni

    ReplyDelete
  19. Cantiknye suis dia. Pasang kat rumah ni menarik jugak ni

    ReplyDelete
  20. Lawa ni nad. Biasa suis dekat rumah bosan sebab design marhaen kan. Letak ni boleh terus transform jadi cantik

    ReplyDelete
  21. Wahhh idea yang bagus. Tak payah pening pening nak fikir letak frame haha

    ReplyDelete
  22. Wah cantiknyaaaa.. I love it... Nanti nak customize jugak la utk rumah baru.. Bagi lawa2

    ReplyDelete
  23. Cantiknyaaa sekarang suis rumah pun boleh buat seni kat situ ikut dekorasi rumah kita best lah huhuhuh menarik tertarik dan cantik giler....

    ReplyDelete
  24. tak sure selamat tak, sebab that day ada baca posting anggota bomba / polis tentang buat corak2 pada peralatan elektrik ni.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2