TERHIBUR DENGAN SOALAN ANAK

in , , by Nadia Johari, 23:00:00
hai assalammualaikum

Terhibur Dengan Soalan Anak - Sekarang Fariza dah masuk 5 tahun. Kalau dulu kecik-kecik, memang jenis mulut nak bercakap je dalam bahasa alien dia. Sekarang, bila dah pandai bercakap, dah paham apa dia cakap, lagila banyak soalan yang dia tanya. Soalan yang ditanya, semestinya soalan yang dia nak tau kenapa itu, kenapa ini kan. Dan sebagai mak, nad memang akan layankan je soalan dia. Bukan sekadar nak bagi dia tau, walaupun jawapan nad ni memang tau dia takkan paham, tapi sekurangnya, nad bagitau, dan satu hari dia akan paham punya.

Sebagai mak, nad memang akan layan dua-dua anak dengan penuh sabar. Anak kita kan, dah dia nak tau, mestila kita jawab. Jangan sesekali cakap ' tak tau, tak tau dan tak tau'..Takut nanti anak-anak langsung taknak berborak dengan kita bila dah besar. Sebab dari kecil, parents dah tunjukkan taknak layan anak, nanti bila besar, mulala dia cari orang lain untuk berborak. Nad taknak macam tu. Nad kalau boleh dari kecil sampaila ke besar, nak berborak selalu dengan anak. Jadi, dari kecil ni la layankan je apa soalan dia tu.


Jangan anggap, bila anak tanya soalan tu, rimas dan merepek. Budak-budak, nak membesar, mestila dia nak tau kan. Mesti kita dulu kecik-kecik macam tu juga. Walaup sesibuk mana pun, mesti jawab soalan anak-anak ni. Memang diaorang akan tanya banyak kali, dan kalau korang bijak, kena la tutup bagi jawapan yang diaorang takkan tanya lagi.

Nad suka bila Fariza tanya soalan. Sebab soalan diaorang tu memang jauh dengan usia diaorang. Keinginan nak tau memang diluar jangkaan. Lagi satu, bila Fariza tanya soalan tu, nad akan terhibur, sebab soalan dia macam ' like serius la, dia tanya soalan ni '..hahaa..

Contoh soalan dia tanya

Kenapa Hujan?
Kenapa malam?
Kenapa taik hidung besar?

Banyak lagi..Soalan dia bila tengah berlaku atau dia tengah buat sesuatu atau nampak sesuatu..

And pun akan bagi jawapan yang betul la..kadang siap google lagi..hahaaa..

Tapi, dia akan tanya sampai dia dapat jawpaan yang dia rasa puas..kalau tak dapat, Fariza akan tanya kenapa? kenapa? dan kenapa? lagi..

Mula nad akan jawab, lepas tu bila dia tanya banyak kali, nad akan fikir nak tutup ye soalan tu..

Selalunya kesudahannya, nad akan ketawa, maka tutupla soalan..haahaa..

Sebenarnya dari dia tanya soalan tu, nad tahan gelak, sebab kita tak jangka anak kita tiba-tiba tanya soalan tu..Jadi kita tahan dulu dan jawab soalan dia.

Bila dah tak tahan tu, kita gelak sekuat hati..hahahaha..

Nad kalau boleh nak layan anak sebaik mungkin. Kalau dulu, nad mungkin tak dapat dekat mak ayah nad. Mak ayah nad tak layan nad sangat. Takkan nak buat dekat anak macam tu kan. Budak sekarang lain..kena didik dengan elok..huhu..




SHARE 15 comments

Add your comment

  1. ank tgh petah bercakap ni sbnrnya seronok lyn..
    kdg2 boleh tergelak sndiri..
    kalo boleh sy pon nk mcm nad.. biar smpai besar ank cari kita je utk diajak berborak..
    boleh jd tempat luahan.. tempat berkongsi msalah.. mngkin boleh jd BFF ngn ank.. haha

    ReplyDelete
  2. betul nad, memang banyak soalan anak2 ni. kadang2 sampai taktahu nak jawab apa haha Tapi jawab jugaklah dengan cara supaya dia faham.

    ReplyDelete
  3. hahaha lepas ni nak menaip pun kena jawab soalan anak dulu. soalan depa nampak simple ta[i penting untuk dijawab

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. kadang best jugak soklan anak2 tapi tu lah, nak kena menjawab tu perlu kan kesabaran lah jugak. hehe

    ReplyDelete
  5. Seronoknya layan perangai anak ni macam2. Airah pun tak sabar tunggu baby besara boleh jadi kawan sembang

    ReplyDelete
  6. Sel sel otak tengah berhubung la tu. Maknanya mereka tu peka kepada apa yang berlaku sekitar mereka. Nak kena tunjuk kelakuan yang baik kepada mereka kerana anak-anak ni cermin kepada ibu bapa mereka.

    ReplyDelete
  7. Ye betul. Penat ye nak menjawab soalan-soalan anak saudara yang baru masuk darjah 1 nie pun. Kekadang naik takut pun ada haha

    ReplyDelete
  8. Time time macam ni lah diaorg banyak nak tahu, banyak soalan yg diorg akan tanya, so kita kena pandai2 jawab dn kena rajin layan diorg. Mmg kdg2 naik rimas..tapi layan kan aje..hehehe

    ReplyDelete
  9. Seronok layan kerenah anak. Hilang rasa stress tau. Tapi kadang tu k.sal rasa geram gak bila anak tanya berkali² .. ni bagi yang dah sekolah rendah. Jadinya kita pakai reverse psychology .. hehehe

    ReplyDelete
  10. Bila nampak Fariza ni teringat anak sendiri nama Khaulah yang suka tanya banyak soalan. Harap mereka membesar dan "jadi orang" yang berguna kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  11. Hahahha sama lah nad anak anak kita ni. Kekadang tu pening kepala nak jawab soalan dia macam mana. Last last Fadzi cakap tanya ayah hahahahahahha

    ReplyDelete
  12. Memang seronok layan soalan anak-anak. Kadang diorang tanya soalan, kita pon tak boleh jawab

    ReplyDelete
  13. hehe, comey sangat tau anak nad. sel2 otak diorang tengah berhubung tu yg banyak tanya.

    ReplyDelete
  14. Children are always cut but someone geram also with their 1001 questions. Why this and that. Lolz. But this is how they learn while growing

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2