hai assalammualaikum

Tiada Drama, Lagi Suka Ke Sekolah - Semenjak Fariza dah mula sekolah ni, rutin harian dia memang berubah. Dari waktu tidur, main, makan semuala. Bukan dia sahaja yang berubah, nad pun kena ikut sekali berubah..hahaha. Kalau sebelum ni tidur lambat, dalam pukul 1 ke 2 pagi, tapi sekarang pukul 10 malam, paling lambat pukul 11 malam, kena tidur. Mula tu memang macam pelik sikit bagi dia, dah tutup lampu pun masih tergoyang sana sini, masih terguling sana sini, lama-lama ok. Lepas tu, semua ok, kalau kita cakap " Fariza tidur, esok nak sekolah "..terus dia jawab " ok mommy ".

Memang dari start orientasi dia dah suka ke sekolah. Lepas masuk sesi persekolahan, semua berjalan lancar, cuma masa first day sekolah demam, tapi esoknya dah baik.


Setiap pagi muka dia akan ceria seperti dalam gambar ni. Nak bangunkan dia pun tak susah. Kalau rasa dia susah nak bangun, nad akan angkat dia perlahan-lahan dan bawak ke bilik air, buka baju semua untuk mandikan dia. Takda merengek sebab dia dah tidur awal kan, jadi dapat tidur lama, dan cergas la sikit.

Setiap pagi memang kene mandikan dia dengan air suam, baru dia tak bising atau terkejut. Kalau mandikan air sejuk, mau menangis macam kena dera..Nad bukan tuang air terus dekat badan, akan sapu muka dia dulu, bagi dia buka mata, baru mandikan badan lepas tu gosok gigi semua. Ok je, takde la aksi yang menjengkelkan..huhu..

Siap-siapkan dia pakai baju dan ajak sarapan. Walaupun setip pagi dekat tadika dia ada sarapan, tapi kena bagi juga sarapan sikit dekat rumah. Perut anak kita wak, kita tau macam mana..hahaha..

Tapi lagi sekolah ni, lagi kuat makan nad tengok. Terlalu penat la kot.

Muka ceria, pergi sekolah salam mommy, salam adik. Lambai mommy dan adik bila dah nak pergi sekolah..Ok, mommy kene terima anak mommy dah besar dan kena ada kawan dan bergaul dengan kawan..


Baju tadika tu haritu baru dapat. Baru nampak pergi sekolah ye kakak dengan baju uniform ni..hehee..

Bila balik, datang perangai manja dia..huhuhu..Macam mana ni..hurmm..hahaa..Takpe, kita layankan je selagi dia masih nak dengan kita. Kalau dah besar, takut dah tak layan. Kalau boleh sampai besar nak jadi geng ni. Geng shopping, geng jalan, geng buat kerja..agituuu...

Kalau dia buat salah, nad kadang sakat, " Fariza takyah la pergi sekolah, taknak dengar cakap mommy "..kalau budak lain mesti dah suka, tapi Fariza, " tak boleh, tak boleh "..hahaha..takut tak pergi sekolah..

Cerita dekat sekolah, ermm..dia masih tak tau nak cerita..kadang dia tak tau dia buat apa, sebab kalau di tanya asyik jawab " tak tau, tak tau"..malas nak cerita atau ape, ntahla..Tapi nanti lama-lama dia cerita juga..

Ajar dia, cakap nama kawan, pun sampai sekarang tak tau nama kawan. Tapi nasib nama cikgu dia tau " Cikgu Ema "..hahaa..

Takpe, slow-sloe nanti lama-lama dia paham la..Taknak paksa dia sangat, takut dia bosan nanti.

Harap-harap takde drama sampai ke akhir tahun ni..sampai masuk sekolah, sampai besar, sampai bila-bila la..hehee..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

12 comments so far,Add yours

  1. waalaikumussalam. comey ceria ja tersenyum, geram nak cubit pipi. hehe :D

    ReplyDelete
  2. Bila baca kisah Nad, alahai rindunya zaman anak-anak Sis kecik, urus mereka dan menhantar pergi dan balik sekolah..rindu sangat! Untung Nad ada blog, boleh abadikan kisah pengalaman bersmaa anak di sini..zaman Sis takde..memori je dalam otak..harap jangan laa nyanyuk hehehehe

    ReplyDelete
  3. Bagus laaa kakak fariza. No drama drama okey sayang. Semoga fariza terus rajin dan bersemangat ke sekolah utk menimba ilmu. Anty ya doakan fariza jadi insan berguna dunia akhirat. Aamin2

    ReplyDelete
  4. Bila tak ada drama hati mommy pun berbunga riang sebab tak perlu slot pujuk memujuk kann

    ReplyDelete
  5. Comei dia pakai baju sekolah tu. Nampak kakak2 sangat dah. Syiok kan bila anak dh masuk sekolah..kita yg teruja..tapi bila anak ke dua ke 3 dh seterusnya..excited masih ada tp tak le seteruja mcm no 1

    ReplyDelete
  6. Hahahha Aneeq pun sampai sekarang tanya dia main apa dekat sekolah, dia jawab tak tahu. Kena tanya detail sikit nad. Kala fadzi, fadzi tanya, "lepas miss tutup pintu masa mak hantar tadi Aneeq buat ape?" Nanti dia akan jawab la, "aneeq letak beg dekat tempat merah." pastu terus tanya lagi "lepas letak beg buat ape?" baru diaorang boleh ingat ape yang dieorang buat. Bagus juga untuk latih memori dieorang. Tapi bersiap sedia lah nanti dieorang tanya kita pulak mak buat ape lepas hantar aneeq balik tadi?

    ReplyDelete
  7. comelnya die...bgusla tu dah takde drama. suka la tu dpt pergi sekolah. ada rmai kawan

    ReplyDelete
  8. Good girl nya Fariza ni suka pergi sekolah. Sejuk perut ya nad. Nur dlu masuk skolah tadika pun bila dah 5 1/2 tahun. Punyalah takut nak pergi sekolah. Haha

    ReplyDelete
  9. Alalalalal dah besar dah kakak ye..senang la sebab suka gi sekolah. Moga jadi anak yg solehah ye

    ReplyDelete
  10. Aunty Fariza pun tak suka mandi air sejuk kena mandi air panas haha...

    ReplyDelete
  11. comelnya, dah pegi sekolah dah dia, i tak rela lagi bagi anak pergi school takut kena buli or membuli haha

    ReplyDelete